" abang , temankan Mayra shopping boleh ? " Kataku kepada abangku Emir yang sedang sibuk bermain game . Emir tidak menunjukkan sebarang reaksi . Ouh , tak nak layan aku ehh ? Kejapnya , kejap .. Tunggu taw . Aku mendekatkan jarakku dengan Emir .
" abang !! Temankan Mayra shopping !!" Aku menjerit ke telinga Emir .
Emir terkejut lalu terjatuh dari kerusi . Ha Ha ! Hamek kau . Tu lha , khusyuk sangat main game kan . Padan muka jatuh kerusi . Aku tidak dapat menahan gelak melihat abangku yang sudah jatuh tergolek seperti nangka busuk itu .
" nak apa ? " tanya Emir sambil mencuba untuk bangun . What !!?? Seriously ? Dia tanya aku nak apa ? Aku punya lha menjerit dekat telinga dia tadi .
" alamak ! " kali ini aku menekup mulutku menggunakan kedua belah tapak tangan seperti sedang terkejut .
" nie kenapa plak nie ? " tanya Emir hairan melihat aku . Dia mengurut-urut pinggangnya , mungkin sakit akibat jatuh dari kerusi tadi . Siapa suruh ignore aku .. Tu lha balasan dia
" abang ada ear trouble ke ? Mayra cakap temankan Mayra shopping " Bengang plak aku dengan orang tua ini . Okay , now don't get me wrong . Emir cuma 5 tahun lebih tua dari aku saja .
" Emir , pergilah temankan adik kamu itu " Datin Melina , mama aku yang baru muncul dari arah dapur pun nampaknya menyokong aku . Yess ! Ada peluang nie . Mesti Emir tidak boleh cakap apa untuk membangkang mama . Aku sebenarnya bukan nak sangat keluar dengan si' sado' nie . Okay , one more thing .. Aku bukan sengaja nak puji dia tapi itu lha yang budak-budak perempuan sekolah aku kata sebab itu juga lha aku malas hendak berkawan dengan budak perempuan . Dia orang itu semua pun hendak berkawan dengan aku cuma kerana ingin mendekati Emir .
" malaslah . asal tak ajak syafiq tu je ?" tanya Emir , lalu kembali melabuhkan pungungnya diatas kerusi .
Here we go again !! Tiap kali aku ajak dia shopping , mesti dia sebut nama mamat itu . Bukan aku tidak mahu keluar dengan satu-satunya sahabat aku itu tetapi aku cuma tidak mahu menganggu dia pagi-pagi begini hanya untuk menemankan aku shopping . Lagipula , mamat itu bukannya berminat dengan bab-bab macam ini .
" alah , sekali sekala nak keluar dengan abang kesayangan Mayra nie . Tak kan tak boleh ? Please bang .. Please " Aku cuba memujuk Emir dengan cara ala ala perempuan gedik yang selalu digunakan perempuan yang cuba untuk mendekati Emir .
" tak payah nak mengadalah " kata Emir malas hendak melayan aku . Ish , tak boleh jadi ini . Cara lembut tak jalan , kita cuba cara kasar plak .
" ala , jum lah " Aku cuba memujuk lagi , kali ini sambil menarik Emir bangun dari kerusi .
" okay okay , abang ikut tapi Mayra kena janji belanja abang makan " pinta Emir . Ala , setakat belanja makan . Apa ada hal daripada aku terpaksa jalan seorang diri dengan beg shopping yang melambak . Hihi .
" janji ! " ujarku girang sambil menghulurkan jari pinky milikku . Pinky swear lha konon .
***
" waa ~~ dha lama tak datang sini " Aku teriak sebaik sahaja memasuki Mall itu .
" bukan ke baru dua hari lepas Mayra datang sini dengan mama ? " tanya Emir sambil menggaru kepalanya yang tidak gatal . Eleyh , kalau betul pun kenapa ?? Hari itu dengan mama , kali ini dengan abang aku . Entah bila kali terakhir aku shopping dengan Emir pun aku tidak ingat . Emir baru sahaja setahun bekerja selepas tamat menyambung pelajarannya . Itu yang aku tak pernah ada peluang hendak ajak dia keluar sejak dia balik ke Malaysia setahun yang lalu . Emir bekerja dengan papa sebaik sahaja pulang ke Malaysia .
" lama lha tu .. Dha , jum ! " Aku menarik lengan Emir menuju ke sebuah butik pakaian kegemaran aku . Aku terlihat satu susuk tubuh yang aku kenali . Macam aku kenal mamat nie ?? Aku berjalan kearah lelaki itu untuk memastikan sesuatu .
Ehh , apa dia buat dekat sini ? Aku tidak dapat menahan diriku dari menguntum sebuah senyuman ' jahat ' . Ha ha , jahat sangat you .. Emir hanya membuntuti langkahku .
" awak . " aku menegur sebelum pemuda itu menoleh kearah aku . Kelihatan pemuda itu terkejut melihat kehadiran aku dibutik itu . Aip , terkejut beruk mamat nie . Ha ha . Whatever is , aku suka tengok muka terkejut dia itu .
" Rayyan buat apa dekat sini ? " soal aku ceria . Soalanku tidak dijawab . Seriously ? Dia pandang aku dengan pandangan yang macam aku ini nak makan dia lagi ?
" Rayyan kerja dekat sini ke ? " Aku bertanya lagi . Kali ini Rayyan hanya mengangguk . Sekurang-kurangnya ada respon.. Right ? Kemudian dia menoleh kearah Emir .
" ouh , anyway .. Kenalkan nie Emir bf saya " ujar aku sengaja ingin mengusik kerana aku baru tersedar dengan reaksi muka Rayyan yang pelik melihat aku masuk ke butik itu dengan seorang lelaki ? Ya , mungkin itu lha yang dia fikirkan . Emir memandang aku hairan . Wajah Rayyan pula mula berubah tidak senang .
" haha , saya gurau saja lha . nie abang saya " Aku cepat cepat menerangkan pada Rayyan apabila aku lihat suasana yang agak janggal sebentar tadi .
" Emir " Emir memperkenalkan dirinya sambil menghulurkan tanyanya untuk bersalaman . Rayyan menyambut " Rayyan " . Rayyan dan Emir sama-sama mengukirkan senyuman .
" ehem , dha kenalkan ? Jum lha beli apa yang patut . Rayyan sayang , can you help us carikan baju yang sesuai untuk abang Mayra nie " ujar aku sengaja menekankan panggilan sayang itu . Rayyan tersedak air liur mendengarkan perkataan sayang itu . Emir tersengih menahan tawa . Ha ha .
" abang nak baju macam mana ? " soal Rayyan pada Emir .
" kemeja please " jawab Emir ringkas . Rayyan mengangguk lalu berjalan kearah rak-rak yang menempatkan baju kemeja . Rayyan menyelak-nyelak helaian baju kemeja yang tergantung dan terlipat .
" what about this ? " tanya Rayyan sambil menunjukkan sehelai baju kemeja berwarna ungu .
" perfect ! " teriak aku lalu mengambil baju itu dari tangan Rayyan tanpa disedari aku telah terpegang tangan Rayyan . Terpegang je pun , bukan sengaja . Aku membelek-belek baju itu sebelum perasan yang Rayyan sudah tergamam kerana aku sudah terpegang tangannya tadi . Mukanya merah , merah gila . Seriously ? Wow !
" saya pergi carikan baju yang lain " kata Rayyan pantas , lalu beredar untuk kebahagian belakang meninggalkan aku dan Emir . Emir terus tergelak . Aku menoleh bingung melihat abangku . Gila ke apa ? Dia ingat lawak ?? Ha ha , memang lawak pun ..
" abang kenapa ? " tanya aku hairan sebab dia tak henti-henti tergelak . Aku risau ada orang call hospital bahagia saja .
" Mayra tak nampak ke muka dia merah padam tu " ujar Emir lalu menyambung gelaknya . Aku hanya tersenyum sinis . Kalau ya pun , tak payah lha over sampai macam itu . Mesti Rayyan dengar . Buat malu aku sahaja . Ya , aku tahu .. Aku pun tak dapat tahan gelak masa first time sembang dengan Rayyan .
" ouh , dia memang macam itu . dalam kelas dia duduk sebelah Mayra taw . Mayra suka usik dia " Aku memberitahu .
" abang rasa dia suka Mayra lha . Eh , abang bukan rasa .. Abang tahu " bicara Emir sekaligus mematikan senyuman diwajah aku . Hak eleh mamat nie , nak main rasa-rasa plak . Kang aku terperasan macam mana ??
" mengarut lha abang nie " aku terus meninggalkan Emir untuk ke kaunter . Malas hendak melayan rasa-rasa dia tu .
Share this novel