Petang itu , aku meminta Syafiq menemankanku untuk ke kedai buku kerana ada beberapa buah buku yang hendak aku beli . Aku menuju ke kedai buku popular untuk membeli beberapa buah buku rujukan dan novel .
Syafiq mengambil keputusan menunggu aku disebuah kafe berdekatan . Selepas memilih beberapa buku rujukan yang aku perlukan , aku ke bahagian novel plak . Aku membaca setiap tajuk novel yang tersusun rapi dirak itu .
Mataku terhenti pada sebuah buku , aku hendak menarik buku itu keluar tapi ada tangan yang lebih pantas menyambar buku dihadapanku itu . Aku menoleh kearah pemilik tangan yang sudah mengambil buku itu . Orang itu juga memandang kearah aku .
" ehh , awak . buat apa dekat sini ? " tanya aku sebaik sahaja melihat Rayyan .
" ouh , tak ada . ingatkan nak beli sayur .. Tu lha , tengah belek belek .. Ehh , terjumpa lha awak " terang Rayyan . Mata aku terkebil-kebil sebelum aku dapat menangkap maksud butir bicara Rayyan itu .
" ha ha , pandai gurau sekarangkan ?? " tegurku . Muka Rayyan terus berubah merah . Ingatkan dha okay , rupanya still blushing lagi . Aku cuba menahan gelak melihat muka Rayyan yang sudah merah padam akibat ditegur oleh aku .
" urm .. Awak datang sini dengan siapa ? " soal Rayyan cuba mengelakkan dirinya terus terusan menjadi bahan gelakku .
" saya datang dengan Syafiq tapi dia tunggu saya dekat kafe depan sana " jelasku .
" awak suruhlah dia balik dahulu . beritahu dia saya hantar awak balik " pinta Rayyan serius . Aku tidak pernah melihat Rayyan serius bila bercakap denganku . Aku hanya menurut . Aku menghantar pesanan ringkas kepada Syafiq .
Share this novel