" Mayra " Aku yang tengah kyusuk membuat latihan didalam buku menoleh kearah Rayyan .
" urm .. Sy saya nak minta maaf pasal hari itu " ujar Rayyan mungkin kerana dia risau sebab sudah hampir seminggu aku tidak menegurnya . Bukan aku tidak mahu menegurnya tapi aku malu , malu bila teringatkan muka aku yang berubah merah bila mata kami bertaut ketika itu .
Wajah aku berubah , aku mengalihkan pandangan ketempat lain . Aku mengeluh kerana tidak tahu apa yang harus aku katakan lagipula Rayyan tidak bersalah untuk dia meminta maaf daripadaku .
" saya minta maaf kalau perasaan saya buat awak tak selesa , saya boleh pindah tempat duduk lain . Tak pun pindah terus ke sekolah lain . Asalkan awak selesa .. " kata Rayyan bersungguh-sungguh lalu menunduk selepas menghabiskan kata-katanya . Wajahnya kelihatan risau . Aku mengeluh sekali lagi .
" Awak tak perlu buat semua itu untuk saya " Aku tidak setuju dengan tindakan yang bakal Rayyan ambil . Dia tidak perlu berbuat demikian demi hanya kerana mahu aku selesa ..
Itu cuma akan buat aku bertambah bersalah padanya . Aku tidak mahu mementingkan diri sendiri lagipula rasanya aku tidak akan mahu dia tinggalkan aku kerana aku akui aku sudah mula menyukainya lebih dari seorang kawan . Aku tahu dan aku pasti dia juga tahu .. Yang semua nie terlalu cepat .
" saya sanggup buat apa saja , asalkan awak gembira " kata Rayyan jujur walaupun hakikatnya dia nampak berat untuk meluahkan hal itu .
" walaupun saya dengan orang lain ? " tanya aku menduga . Aku sendiri tidak pasti kenapa soalan itu yang terkeluar dari mulutku . Yang aku tahu aku perlu memastikan sesuatu .
Benar ke dia menyukai aku ? Benarkah dia sanggup berbuat apa sahaja asalkan aku bahagia ? Ataupun dia cuma menganggap aku sebagai kawannya . Mata Rayyan membutang , matanya berkaca-kaca bibirnya diketap beberapa kali .
Rayyan mengangguk lalu menunduk memandang lantai . Aku mengenggam tangan Rayyan . Rayyan memandang tepat ke mata aku mungkin menantikan penjelasan , jawapan , perkataan atau apa saja yang diharapkan boleh menenangkan hatinya ketika itu . Aku tidak sanggup melihat keadaannya yang sebegitu .
" saya .. Saya .. Hm .. Saya nak buat satu pengakuan . saya pun suka awak " luah aku . Mata Rayyan bersinar-sinar mungkin tidak percaya apa yang didengari olehnya . Mukanya merah . Aku tersenyum .
" betul ke nie ? " tanya Rayyan memastikan bahawa dia tidak tersalah dengar . Aku mengangguk . Rayyan tersenyum lebar , begitu juga dengan aku .
" terima kasih awak " ujar Rayyan gembira . Mukanya merah kalah udang galah bakar .
" sama-sama "
" err .. Jadi saya tak payah pindah sekolah lha kan ? " tanya Rayyan . Aku tergelak lalu mengelengkan kepala. Senyum Rayyan melebar semula .
Share this novel