4 Tahun Kemudian
" ma , can i have that ? " seorang anak kecil menarik-narik hujung bajuku sambil satu lagi tangannya menunjukkan sebuah lori menjual aiskrim . Aku tersenyum .
" yeay , sure " Aku berjalan beriringan dengannya ke lori menjual aiskrim itu . Ya , betul . Sebelum Syafiq pergi , dia sudah meninggalkan satu lagi hadiah yang sangat bermakna buatku . Ryan Haziq , puteraku dan Syafiq .
Aku dikhabarkan hamil beberapa hari selepas pemergian Syafiq .
Aku berdikari menjaga dan membesarkan Ryan dibumi asing Australia .
Aku gembira aku ada dia . Siapa kata , penyudah kisah yang bahagia ialah apabila seorang wanita dan seorang lelaki yang saling mencintai dapat bersama selepas mengharungi pelbagai cabaran dan rintangan dalam percintaan mereka ?
Pada aku , cukup sekadar kita gembira dan bersyukur dengan apa yang kita punya . Jalani hari-hari yang mendatang yang mungkin akan lebih mencabar dengan hati yang ikhlas dan kuat .
Cukup lha , hanya ada aku Nurul Emayra Aleesya dan Ryan Haziq bin Muhammad Syafiq Hakim sebagai pemberi semangat untuk aku terus menjalani kehidupan yang beronak dan berliku ini .
Share this novel