?Mummy Syafiq ajak kami sekeluarga dinner dirumahnya untuk meraikan aku sudah boleh pulang kerumah katanya . Rumah Syafiq bagaikan rumah kedua bagiku . Selepas sahaja selesai makan malam , Papa mama bersembang dengan mummy dan daddy .
Keluarga Syafiq pun dha macam keluarga kedua bagi aku , dulu mereka pernah bersembang untuk menjodohkan kami berdua tapi tak tahu lha apa jadi lepas tu .. Akupun tak ingat sebab kenapa mereka dha tak ada sebut langsung pasal hal tu sejak aku sihat balik nie atau ada apa-apa yang aku tak tahu dha jadi sebelum kemalangan .
Selepas makan malam saja , Syafiq hilang entah kemana .. Masa makan tadi pun Syafiq banyak berdiam diri . Janggal rasanya bila orang yang kita rapat tiba-tiba jadi begitu asing . Tahu tak kenapa aku cakap asing ?? Sebab dia tak macam Syafiq yang aku pernah kenal .
Patutnya dia , kawan baik aku yang selalu melawat aku dihospital tapi tak , Rayyan kawan dia yang aku tak kenal plak merajinkan diri melawat aku dihospital . Kenapa ? Apa yang dha jadi sebelum ini ?? Walau macam mana aku paksakan diri untuk mengingat , aku hanya akan menyakiti diri sendiri .
Aku tolak ketepi dulu semua perasaan dan tanggapan aku itu . Aku berjalan menuju ke bilik Syafiq untuk mencari dia .
Tok ! Tok ! Aku mengetuk pintu bilik Syafiq . Senyap , tiada respon . Aku ketuk sekali lagi , masih tiada respon . Perlahan-lahan aku menguak daun pintu bilik Syafiq . Syafiq sedang berdiri dibalkoni biliknya sambil memerhatikan langit . Perlahan-lahan aku berjalan kearahnya .
" Cuaca hari ini agak menenangkan " kata Syafiq tanpa memandang kearah aku . Aku sendiri tidak pasti sama ada dia berkata pada aku ataupun pada dirinya sendiri . Aku memandang dia .
Syafiq menutup matanya , barangkali sedang menghayati suasana yang menenangkan ini . Matanya dibuka semula . Kali ini dia menoleh kearah aku yang berada disebelahnya .
" Sejak kecil lagi , inilah bahagian rumah yang paling aku suka . tahu tak sebab apa ? " aku hanya mengeleng . Dia tersenyum .
" sebab aku tak perlu tengok bangunan-bangunan atau rumah-rumah lain bila aku berdiri dibalkoni nie " Dia memandang semula kearah depan . Aku memandang kearah yang Syafiq pandang .
Betul kata Syafiq , dibalkoni ini .. Yang hanya akan kami nampak ialah sebuah tasik dan hutan yang terletak tidak terlalu jauh dari kediaman Syafiq . Aku tersenyum .
" kenapa kau dha lain ? " soalan itu terpancul keluar dari mulutku . Dia memandangku dengan pandangan yang sukar untuk aku tafsir . Dia mengeluh .
" apa maksud kau ? "
" kenapa kau bagi Rayyan kawan dengan aku ? "
" kenapa ? Kau tak suka kawan dengan dia ? " Syafiq memandang aku menanti jawapan .
" ssuka .. Cuma -- "
" so , soalan tu tak sepatutnya keluar dari mulut kau " potong Syafiq kemudian berjalan masuk semula kedalam biliknya . Aku mengikutinya .
" Aku cuma nak tahu kenapa ka-- " Syafiq berhenti berjalan dan bepaling kearah aku . Aku memandang dia .
" kau dha besar . Aku tak ada hak nak halang sesiapapun dari berkawan dengan kau " Syafiq terus berlalu meninggalkan aku seorang didalam biliknya .
Ada logiknya apa yang Syafiq cakap tapi aku tak suka hubungan kami renggang hanya kerana kami dha dewasa . Kalau begitu , aku lebih rela tak membesar dari hilang kawan sebaik Syafiq .
* Syafiq *
Aku berjalan kearah sebuah pangkin yang berada ditepi kolam dibelakang rumah aku . Aku duduk disitu sambil memandang bulan . Aku suka bulan , kalau aku sedih aku mesti nak tengok bulan . kekadang bulan boleh tolong aku lupakan benda yang buat hati aku rasa sakit .
Kenapa aku berubah ?? Sebab aku nampak cara korang pandang satu sama lain . Macam dunia nie hanya ada korang berdua . Aku tahu Rayyan tak sama macam lelaki-lelaki lain yang cuba rapat dengan kau . Aku tahu Rayyan boleh jaga kau .
Apa kau expect aku buat ? Ada disaat korang sedang bergurau senda , bermesra macam aku tak ada disitu . Apa kau expect aku rasa bila melihat korang berdua ? Sakit ..
Cuma ini saja lha cara yang aku ada untuk kurangkan rasa sakit hati aku . Jarakkan diri aku dari engkau . Aku akui memang susah nak berjauhan dengan orang yang kita sayang tapi apa lagi aku boleh buat ?
Malam ini sekali lagi air mata lelaki yang sudah lama tertahan aku biarkan mengalir .Tak tahu mengapa air mata ini senang sekali mengalir kerana seorang gadis yang bernama Nurul Emayra Aleesya . Hanya satu sebab yang pasti .. Sebab aku Muhammad Syafiq Hakim terlalu sayangkan dia .. Terlalu sayangkan Mayra Aleesya ..
Share this novel