Series
103353
Perempuan Sihir pt 67
“Begitu berat dugaan ibu kamu hadap Lin. Sakit dikhianati dengan orang yang kita sayang”.
Rosalinda lantas memandang Que. Bila sahaja Zura kata begitu. Que tertunduk kebawah dan Zura menyambung kata katannya.
“Dia memilih jalan untuk mengubah hidup dia. Ya! dia berjaya. Berjaya buat papa kamu lumpuh dan berjaya buat papa kamu rasa tidak berguna dalam dunia ini. Papa dah dapat balasan dari Ibu kamu. Memang dia Berjaya dan berkuasa. Tapi sampai bila kami nak hidup macam ni. Auntie juga menyesal. Auntie juga ingin berubah”.
Zura merenung Rosalinda dengan renungan yang penuh kasih sayang.
“Auntie tak ada anak sayang. Auntie hanya ada sahabat untuk auntie menompang kasih. Dia lah segala galanya buat auntie. Tak ada rahsia antara kami. Segala masalah dia, adalah masaalah auntie juga”.
Beberapa kali Zura mendengus semasa bercerita. Berat mata memandang, berat lagi bahu yang memikulnya. Rosalinda bangun dan melutut berhadapan Zura yang sedari tadi duduk disebelahnya. Roslinda memeluk Zura sambil menangis. Pelukan itu disambut Zura.
“Saya yang berdosa auntie, saya dah tuduh ibu wanita jahat, Perempuan Sihir. Saya berdosa auntie. Saya nak meminta ampun kepada ibu. Kalau lah saya tau lebih awal lagi. Saya tidak akan kurang hajar dengan ibu. Saya tuduh dia yang bukan bukan”.
Rosalinda bangun dari tempat dia berlutut dan terus berdiri.
“ lbuuuu, Ibuuuu”.
Rosalinda sedikit menjerit memangil ibunya. Berharap ibunya ada bersembunyi didalam rumah itu. Rosalinda berlari di tepi anak tangga.
“Ibuuuuu Lin datang ibu. Lin nak jumpa ibu. Ampunkan Lin ibu. Ibuuuuuuu”.
Rosalinda terduduk di anak tangga. Membuatkan Que berlari kepada Rosalinda dan memeluk Rosalinda. Pelukan Que itu disambut Rosalinda.
“Saya nak ibu saya Que”.
Rosalinda merengek seperti anak kecil. Sambil air mata setia berlinang. Que meletakan kedua tapak tangannya dipipi Rosalinda dan mengesat air mata Rosalinda. Zura pula meletakkan kedua tepaknya dimuka dan menagis di tempat duduk yang sama. Tidak berganjak walau seinci. Rosalinda bangun dipapah oleh Que dan kembali berlutut dihadapan Zura.
“Auntie, Ibu mana? Ibu tak nak jumpa Lin ke? ibu menyorok dekat bilik atas ke auntie?”.
Macam macam pertanyaan di lemparkan kepada Zura. Zura setia menagis. Bagai orang gila Rosalinda. Sesekali bangun dan meninjau ninjau persekitaan didalam rumah. Berharap ibunya akan keluar dari menyorok. Que sentiasa mengiringi Rosalinda.
“Dia dah tak ada Lin”.
Lin kembali kepada Zura kembali. Bila Zura mula berbicara.
“Ibu pergi mana Auntie?”.
“Dia dah pergi jauh dari sini. Dia tak nak kita cari dia. Dia tak mahu ada kena mengena dengan orang yang dia kenal. Dia tak akan balik lagi”.
Zura meratap wajah Rosalinda dan mengusap pipi Rosalinda yang kemerah merahan, akibat menagis.
“Lupa kan dia sayang. Angap dia tak pernah wujud dalam hidup kamu. Angap dia sudah tiada. Lupakan dia dan bina hidup baru. Papa kamu pun sudah pulih, kerana dia telah tarik sakit papa kamu. Dia nak kamu rasa bahagia bersama papa kamu. Pergi lah balik sayang. Bina hidup baru dengan papa kamu. Lupakan sahaja dia”.
Kata kata Zura membuatkan Rosalinda meraung dan membentak bentak dirinya diatas sofa.
“Bawa mengucap Rosalinda. Jangan macam ni”.
Que memeluk Rosalinda agar lebih tenang.
“Kenapa dengan dia auntie?”.
Tanya Que kepada Zura. Bila melihat Rosalinda melemahkan dirinya. Zura lantas bangun dan mengambil segelas air. Zura menghulurkan kepada Que, agar Que memberi Rosalinda minum dan menyapu air dimuka Rosalinda agar lebih bertenang. Zura membetul betulkan sofa, agar Rosalinda baring dengan selesa.
“Kita nak buat apa auntie?”.
“Biarkan dia berehat. Dia tak apa apa. Cuma tertekan dengan apa yang berlaku”.
Balas Zura lantas duduk diatas sofa.
Que kembali duduk kepenatan. Beberapa kali Que terbatuk batuk. Que juga memegang dadanya, setiap kali batuk. Setiap kelakuan Que Zura setia menjadi perhatian.
“Kamu rasa dada kamu sakit mencucuk cucuk bila batuk ke?”.
Tanya Zura yang mula perihatin. Que menganguk.
“Auntie nak bagi tau kamu. Apa yang kamu buat bukan lah benda yang baik. Kau dah dengarkan, apa yang terjadi kepada keluarga Lin. Keluarga mereka berpecah belah angkara nafsu”.
“Saya dah menyesal auntie, saya bersumpah tidak akan ulang lagi perangai buruk saya. Saya dah dapat balasan didunia. Saya sakit yang sebenarnya. Tapi saya kuat kan juga diri saya”.
Air mata Que turun menitis. Wajah kekesalan terpancar di wajah Que. Zura setia merenung Que.
“Kamu nak auntie tarik balik sihir yang telah dihantar oleh ibu Lin?”.
Que mangangguk laju dan memandang Zura.
“ Tapi ingat, jangan pernah sakiti Lin lagi. Lin juga seperti anak auntie. Sakit dia, sakit juga kami”.
“Baik auntie, saya berjanji dan juga bersumpah. Saya tak akan sakiti hati dia”.
“Baik”.
Balas Zura dan lantas bangun dari tempat duduknya dan terus masuk kedalam bilik diruang dapur. Beberapa minit, Zura keluar semula dengan membawa sedulang barang barang pemujaan yang sedang berasap. Berdebar dada Que melihat dulang yang tersedia tepak kemenyan dan beberapa barang diatasnya. Zura terus meletakkan di atas meja ruang tamu.
“Sepanjang perubatan ini, kalau kamu ternampak atau terdengar sesuatu kamu jangan pernah bangun dari tempat duduk kamu”.
Que menjadi tidak menentu, bila Zura kata begitu. Dia lantas memandang Rosalinda yang terbaring diatas sofa dan kembali memandang Zura.
“Mari kita duduk dibawa, lebih mudah berubat. Tolong auntie alih kan meja ditengah ni, letak di hujung”.
Que mengikut kemahuan Zura. Meja kopi diruang tengah di alihkan ke hujung. Semua barang barang didalam dulang diletakan ke bawah. Zura bersila dihadapan dulang tersebut. Asap ditepak semakin berkurangan.
“Duduk sini”.
Arah Zura. Que datang dan terus bersila dibawah. Berhadapan Zura. Mata Que memandang semua barang barang yang berada didalan dulang. Ada limau, telur ayam kampung, pisau kecil mangkuk kosong dan beberapa barang yang Que tidak mengenali barang tersebut.
“Buka baju kamu”.
Arah Zura lagi. Que menurut sahaja. Dia membuka baju dan diletakkan diatas sofa. Mulut Zura mula membaca sesuatu. Que memandang setia gerak geri Zura. Badan Zura bergoyang kiri dan kanan.
“Ingat Que, badan kamu akan menjadi panas. Kamu akan muntahkan bisa bisa yang ada didalam badan kamu. Kamu jangan tahan, muntahkan sahaja didalam bekas ini. Bisa itu akan keluar dan kamu akan lemah”.
Dalam ketakutan Que mengganguk tanda faham. Nafsnya berdegup kencang. Zura sedia membaca mentera. Tiba tiba angin bertiup membuatkan asap yang tadinya tenang melayang ke atas. beralih kearah tepi. Que setia memerhatikan Zura. Que terperanjat bukan kepalang, bila melihat satu lembaga hitam menjelma dibelakang Zura. Wajah mahluk itu membuatkan Que hampir menjerit ketakutan. Tetapi Que tidak buat begitu. Dia menutup mulutnya dengan kedua belah tangan.
Share this novel