salam pekenalan

Mystery & Detective Series 96597

Perempuan Sihir2
part28

"Auntie juga memerlukan gambar mereka, untuk auntie membuat penghintungan, untuk kamu berdua".

"We have auntie"

Balas Darshini dan Darshini mengeluarkan lima keping gambar yang telah di print dari komputernya siap siap. Gambar itu telah diambil oleh Darshini melalui Instgram mereka berlima. Terseyum Qistina, bila Darshini mengeluarkan gambar dari poket begnya. Mereka berdua, betul betul telah bersedia.

"Kita bagi mereka ucapan perkenalan dulu lah ya!".

Kata Qistina sambil meneyerungai. Rosalinda yang faham akan maksud Qistina, terseyum bahagia. Manakala Darshini terpingga. Sambil menyengol lengan Rosalinda.

"Auntie ni nak kacau mereka lah! Guna sihir".

Rosalinda bersuara sedikit berbisik kepada Darsini. Terseyum Darshini, bila Rosalinda menerangkan kepadannya... Qistina, mengambil kelima lima gambar itu dan diasapkan diatas asap kemenyan dan mengomat gamit mulutnya membacakan sesuatu.

"Upacara buat pengenalan untuk kamu berlima... Aku hantar lima ekor peliharaaan aku kepada engkau wahai manusia manusia durjana. Agar kamu ketakutan malam ini... Pergi ajar mereka berlima".

Arah Qistina kepada sesuatu yang Rosalinda dan Darshini tidak nampak. Nada Qistina keras, ketika mengarakan mahluk mahluk tersebut. Terasa meremang bulu roma Rosalinda dan Darshini. Bila arahan itu diberikan oleh Qistina.

"Mereka dah pergi kepada mereka berlima. Mereka akan ketakutan seorang demi seorang. Sekarang kamu berdua, akan auntie berikan pedinding. Tali ini harus diikat dikaki kamu. Jangan buka sehinga dia terputus sendiri".

Qistina menunjukkan dua utas tali, seperti tali kulit, berwarna coklat pekat, kepada Rosalinda dan Darshini. Qistina memberikan mereka sorang satu tali kulit itu, yang telah pun dijampi sebelum ini.

"Ikatkan dikaki kamu. Pastikan ikatan itu kukuh dan kamu berdua selesa memakainnya. Jangan bimbang, orang tidak akan perasan, yang kamu pakai ini, adalah tangkal pedinding. Kerana anak anak muda seperti kamu, banyak memakai tali kulit dikaki".

Darshini dan Roslinda terseyum, bila Qistina kata begitu. Mereka memang pernah nampak, anak anak gadis sebayanya, memakai seperti itu.

"Lin".

Tersetak hati Roslainda, bila Qistina memangilnya dengan nama Lin. Rosalinda mengerutkan dahinya kepada Qistina.

"Mana auntie tau nama saya Lin?".

Tanya Rosalinda kepada Qistina. Kerana dia pernah memperkenalakan dirinya sebagai Rosa. Darshini juga tidak pernah memangil nama panjangnya. Hanya Pangilan Rosa sahaja. Lagi pun nama Lin hanya dipangil oleh ibu dan papanya sahaja.

"Apa yang aku buat ni!"

Bisik Qistina, bila tersebut pangilan Lin... Qistina terseyum memandang Rosalinda.

"Saya boleh tau apa apa sahaja, termasuk nama kamu berdua. Jadi jangan heran kalau saya tau nama penuh atau nama pangilan kamu berdua".

Qistina mencari helah, agar tersasulnya tadi dapat ditutup.

"Kenapa?... Saya tak boleh pangil kamu dengan nama itu ke?".

Tanya Qistina lagi kepada Rosalinda. Rosalinda merenung Qistina dengan renungan yang sedikit bercelaru.

"Boleh auntie".

Balas Rosalinda dan kembali tersenyum.

"Terkejut saya, auntie pangil saya dengan nama tu. Hanya papa dan orang terdekat sahaja yang memangil saya dengan nama itu. Terutama aruah Ibu saya".

Terang Rosalinda kepada Qistina.

Sebab hati Qistina, bila Rosalinda kata begitu. Dirinya yang masih sehat dan kuat. Diangap telah pergi menghadap ilahi. Hanya kerana kehendaknya yang mahukan kekuasaan diri.

"Selepas ini kamu akan datang ke sini seminggu sekali. Auntie akan uruskan lima orang ini, dengan cara auntie sendiri".

Qistina beralih kecerita yang lain.

"Kamu berdua boleh balik dahulu. Kita jumpa lagi minggu depan. Kamu boleh hubungi handphone auntie, bila bila masa kamu mahu. Auntie sedia membantu kamu... Ambil ni!".

Qistina memberikan nama kadnya kepada Rosalinda dan Darshini. Mereka berdua mengambil nama kad itu dan membaca nama yang berada dinama kad tersebut.

"Auntie Tina ya?".

Tanya Darshini, Qistina menganggukkan kepalanya dengan senyuman... Rosalinda dan Darshini menyimpan kad itu didalam beg silang masing masing.

"Kami pulang dulu ya auntie".

Mereka berdua bangun dari bersila diatas karpet dan terus berjalan keluar. Qistina juga bagun bersama sama. Untuk melihat mereka berdua pulang.

"Dah habis ya?"

Tanya Zura, sebaik sahaja mereka keluar dari bilik dan berjalan kerunag tamu.

"Belum lagi Zu! Aku baru bagi mereka berlima salam kenalan dulu".

Jawap Qistina sambil terseyum. Seyuman Qistina memang tidak nampak, kerana Qistina masih lagi menutup separuh wajahnya. Tetapi dari matanya, semua dapat tahu yang dia sedang terseyum.

"Bagi budak budak tu rasa sikit, akibat perbuatan jahat mereka. Jangan ingat anak gadis orang boleh ditarahnya".

Kata Zura dengan nada yang marah...Darshini dan Rosalinda terseyum bahagia. Bila ada yang menyokong dibelakangnya disaat ini. Darshini dan Rosalinda pulang kerumah dengan perasaan yang cukup berpuas hati.

................................................................

Menjelang tengah malam, barulah mata Azhar terasa mengantuk, selepas melayari lama web lucah dia dalam talifon bimbinya sambil baring didalam gelap, diatas katil. Baru sahaja matanya mahu terlelap. Tiba tiba dia ternampak satu lembaga besar berbulu dan bermata merah, berdiri dipenjuru bilik. Terkejut Azhar, sambil badannya mengigil ketakutan, bila mahluk itu cuba mendekatinya, setiap kali matanya berkedip. Azhar cuba bangun dari atas katil tetapi tidak berjaya. Dirinya bagaikan diikat kuat diatas katil. Hanya matanya sahaja yang mampu berkelip. Kerana ketakutan, setiap kali dia berkelip, mahluk itu semakin mendekatinya. Azhar cuba menahan matanya dari berkelip, tetapi tidak berjaya. Matanya menjadi sakit, dan akhirnya dia berkelip juga. Bila mahluk itu semakin dekat dihadapan muka Azhar, Mahluk itu terus menghempap seluruh badan Azhar. Membuatkan Azhar tidak dapat bernafas dengan baik. Dia cuba memekik memangil Mama dan Papanya tetapi tidak berjaya. Mulutnya bagikan dikunci dan sediki pun badannya tidak dapat bergerak. Bila mata mahluk itu bertentangan dengan mata Azhar. Azhar lebih ketakutan. Air mata sahaja yang mampu keluar dari mata Azhar dengan nafas yang tersekat sekat. Sedang Azhar cuba untuk melawan kekuatan mahluk itu, tiba tiba datang satu cahaya dari tingkap bilik Azhar dan dalam sekelip mata juga mahluk itu hilang dari pandangan mata Azhar.

"Tolongggggg".

Jerit Azhar ketakutan dan mengigil seluruh badan. Nafanya tercungap cungap dan dadanya berdegup kencang...

"Heiii kenapa ni sayang?".

Tanya Mama Azhar dihadapan pintu biliknya, sambil membuka lampu. Azhar lantas melompat turun dari katil dan memeluk Mamanya dengan kuat. Membuatkan Mama Azhar keriasauan, melihat anak kesayangnya berpeluh peluh.

"Har takut mama".

"Har takut apa sayang?"

"Dalam bilik Har ada hantu".

Jawap Azhar kepada mamanya, membuatkan mamanya berkerut dahi.

"Har mimpi lah sayang. Mana ada hantu... Dah tu, jangan fikir yang bukan bukan".

Kata mama Azhar. Azhar melepakan pelukan mamanya dan berdiri disebelah mamanya sambil memandang kedalam biliknya.

"Itu lah, suka sangat tidur lambat. Balik merayau tak cuci kaki, terus naik katil".

Bebel Mama Azhar.

"Dah tu, Har pergi tidur".

"Mama Har nak tidur dekat ruang tamu lah".

Kata Azhar.

"Hummm suka hati kamu lah".

Mama Azhar masuk semula kedalam biliknya, meningakan Azhar yang masih dalam kebingungan. Azhar mengambil selimut dan bantalnya, terus baring diatas sofa dirunag tamu tingkat dua biliknya.

"Aku mimpi ke tadi?"

Tanda tanya masih berada didalam kotak fikir Azhar. Akhirnya Azhar terlelap sampai kepagi.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience