Melawat Joshua

Mystery & Detective Series 96597

Perempuan sihir2
part 50

Que bangun dari tempat duduknya dengan seyuman. Rosalinda juga turut bangun dan berjalan mengikut Que.

“Thanks for coming dear”.

Kata Joshua dengan nada gembira. Rosalinda hanya terseyum... Rosalinda masuk kedalam bilik Que sambil mata memerhatikan sekeliling bilik. Bilik yang kemas disusun rapi. Ada juga kerusi sofa Dua tempat duduk. disuduh penjuru bilik. Rosalinda memilih untuk duduk disitu. Manakala Que menarik kerusi gamingnya dan duduk dihadapan Rosalinda. Berdebar dada Rosalinda bila berdua duaan seperti itu. Lebih mendebarkan, bila Que merenungnya dengan seyuman. Mulut Rosalinda bagikan terkunci. Tidak tahu untuk bercerita apa kepada Que.

“Dulu rumah ni kecoh, bila semua ada. Tapi sekarang dah tak semeriah dulu”.

Que memulakan ceritanya. Rosalinda mendengar cerita Que.

“Bila satu satu dari kami meninggal tanpa sebab. Rumah ni menjadi suram”.

Que memandang ruangan biliknya. Kalau tak, saya dengan Iris satu bilik. Tapi saya jarang tinggal sini. Mama suruh balik rumah. Hujung minggu, baru saya datang kesini. Tapi, setelah Iris tak ada. Saya terus tingal disini”.

Cerita Que lagi kepada Rosalinda.

“Sekarang Josh pulak sakit. Harap sakit biasa sahaja. Saya tak tau lah. Siapalah yang buat semua ni”.

Que bangun dari tempat duduknya dan duduk disebelah Rosalinda. Rosalinda mengecilkan dirinya dan mengesot ketepi, bila kerusi sofa dua seat yang didudukinya, duduki oleh Que juga.

“Kenapa awak dah tak macam dulu. Dulu kita selalu keluar bersama. Tapi sekarang kita jarang dapat bersama. Kenapa?”.

Tanya Que sambil badannya disengetkan sedikit, agar memandang Rosalinda yang duduk disebelahnya.

“Awak ni ada ada je lah Que. Saya sama je macam dulu. Cuma lebih cantik sikit hehhe”.

Rosalinda mula bersuara dan tergelak kecil. Rosalinda mula selesakan dirinya disebelah Que.

“Mesti ramai awek datang kesini kan?”.

Rosalinda mula menyeringai. Memandang Que.

“Ehhh jangan lah tuduh tuduk kita. Kita tak macam mereka lah”.

Kata Que dan mencubit pipi Rosalinda. Que merapatkan bibirnya ditelinga Rosalinda.

“Saya setia dekat awak sorang je”.

Bisik Que, membuatkan dada Rosalinda berdegup kencang. Bimbang Que akan mengapa apakan dirinya, Rosalinda lantas bangun dari tempat duduknya.

“Saya nak ketandas”.

Que tersandar disofa, bila Rosalinda bangun dari tempat duduknya.

“Dekat dapur”.

Balas Que ringkas. Darshini bergegas keluar dari bilik dan mata memandang kepada Darshini dan Joshua, diruang tamu. Mereka sedang rancak berborak. Rosalinda terus berjalan kedapur. Kelihatan Boy sedang memasak meggie untuk dimakan.

“Nak ketandas ke?”.

Tanya Boy didapur. Rosalinda mengangukkan kepalanya. Rosalinda terus masuk kedalam tandas dan menutup pintu, lalu mengeluarkan bungkusan kecil sebesar ibu jari, yang telah diikat rapi oleh auntie Tina. Rosalinda merenung bungkusan kecil itu.

“Mana aku nak letak benda ni?”.

Bisik Rosalinda.

“Takkan nak letak dalam tandas ni. Nanti tak menjadi pulak”.

Bisik Rosalinda lagi. Rosalinda mengengam kain tersebut dan keluar dari tandas. Kelihatan Boy sudah selesai memasak dan sedang duduk dimeja makan. Sambil menjamu meggienya.

“Jemput makan”.

Pelawa Boy.

“Tak pe Bismillah”.

Balas Rosalinda dengan seyuman dan terus berjalan pergi keruang hadapan. Kelihatan Joshua dan Darshini bergelak tawa. Rosalinda terus berjalan masuk kedalam bilik Que. Que masih duduk diatas sofa, sambil bermain dengan talifon bimbitnya. Rosalinda megengam dengan lebih kuat barang tersebut. Rosalinda berjalan kepada Que dan terus duduk disebelah Que.

“Joshua tu, sakit sakit macam ni, dia tak balik rumah kelurga dia ke?”.

Tanya Rosalinda kepada Que yang begitu leka bermain game ditalifon bimbitnya.

“Dah suruh balik, tapi dia malas nak jumpa keluargannya. Takut mereka bimbang. Josh kata dia sakit sikit je”.

Balas Que sambil berhenti bermain game ditalifon bimbitnya dan memandang Rosalinda. Rosalinda menganguk tanda faham.

“Queeee”.

Nada Rosalinda lembut dan melirik dengan senyuman.

“Ya”.

Balas Que dan membalas senyuman Rosalinda.

“Que suka Rosa”.

Bertambah lebar senyuman Que.

“Dah tentu lah Que suka. Kalau tak, tak kan Que cemburu bila Rosa keluar dengan Syuk hari tu… Rosa lah satu satunya yang ada didalam hati Que”.

Kata Que, sambil mengambil tangan Rosalinda dan diletakkan didadanya… Didada Rosalinda bagikan mahu meletus, bila Que mengatakan yang dia betul betul sukakam dirinya.

“Kau suka aku! Tapi kau bagi dekat kawan kawan kau. Manusia sial”.

Bisik Rosalinda sambil menahan marah. Namun setia terseyum.

“Nasib Syuk dah tak ada. Kalau tak, saya ada persaing”.

Kata Que sambil mengengam erat tangan Rosalinda. Manakala tangan lagi satu setia mengengam. Tak sabar rasanya Rosalinda hendak menyorokkan barang itu.

“Terima Kasih Que. Kerana sudi sayang saya”.

Rosalinda merapatkan dirinya kepada Que dan merapatkan bibirnya ke bibir Que. Que menyambut ciuman itu dengan rakus sambil memeluk Rosalinda, menjadikan kedudukan badan Rosalinda diatas badan Qie, bila Que mula merebahkan dirinya. Rosalinda juga mula memainkan aksinya. Rosalinda lantas memasukan tangan yang mempunyai barang tersebut ke bucu sofa tempat mereka baring. Rosalinda memasukan jarinya lebih dalam. Agar barang itu tertanam. Pasti sesiapa tidak akan dapat tahu tentang barang tersebut ada disitu. Oleh kerana barang tersebut sangat kecil. Rosalinda pasti, barang itu tidak mudah ditemui oleh sesaiapa. Rosalinda melepaskan cuman itu, bila Que mula meramas ramas punggungnya. Rosalinda lantas bangun dari baringnya dan terus membetulkan duduknya.

“Maafkan saya”.

Balas Rosalinda dengan seyuman. Que menarik nafas panjang dan hanya terseyum.

“Jom kita duduk luar. Saya nak balik”.

“Ehhh kenapa cepat sangat nak balik?”.

Tanya Que. Sambil mengerutkan dahinya.

“Jangan lah balik dulu”.

Que mula merapatkan dirinya kepada Rosalinda. Rosalinda sedikit menjauhkan dirinya. Rosalinda memikirkan alasan apa yang harus diberikan kepada Que. Agar dia dapat keluar dari bilik itu.

“Biarlah mereka beborak dulu”.

Kata Que lagi. Rosalinda hanya terseyum.

“Jom lah duduk luar”.

Rosalinda bangun dari tempat duduk dan menghukurkan tangannya kepada Que.

“Jom lah duduk luar”.

Ulang Rosalinda lagi dengan seyuman. Que menyambut tangan Rosalinda dan membalas seyuman itu.

“Ok lah”.

Balas Que lembut dan agak malas untuk bangun. Que lantas memeluk Rosalinda, sebaik sahaja bangun dari tempat duduknya.

“Saya sayang awak”.

Lafas Que dan memeluk Rosalinda dengan lebih erat. Rosalinda hanya mampu terseyum dan menolak lembut Que. Tetapi tidak dilepaskan Que. Dada Rosalinda mula berdebar debar bila Que tidak mahu melepaskannya.

“Awak suka saya”.

Tanya Que kepada Rosalinda. Rosalinda merenung Que sedalam dalamnya. Renungan itu disambut oleh Que.

“Saya suka awak tapiiii”.

Rosalinda terdiam dan mengalihkan pandangannya kebawah.

“Kenapa? saya tak handsome ke?”.

Rosalinda tergelak kecil. Bila Que kata begitu.

“Handsome sangat. Sampai kau boleh makan semua gadis. Sampai kau boleh jadi bapak ayam dan jual mereka”.

Bisik Rosalinda sambil setia terseyum. Bila melihat Rosalinda terseyum. Que merapatkan bibirnya ke bibir Rosalinda. Rosalinda menolak pelahan pipi Que. Seperti tidak rela dicium, untuk kali ini. Que terseyum bila Rosalinda buat begitu.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience