42

Mystery & Detective Series 96597

Perempuan sihir 2
part 42

"Sekarang ni Lin selalu keluar malam. Lin pergi mana?"

Tanya Khairul kepada Rosalinda. Semasa perjalanan kerumah nenek Rosalinda. Rosalinda sedikit risau, dengan soalan Papanya itu.

"Lin tak pergi mana mana papa. Lin pergi rumah kawan sahaja".

Balas Rosalinda. Membuatkan Khairul terseyum sahaja... Sampai dirumah mak tok, Rosalinda bergegas keluar dari kereta dan terus masuk kedalam rumah. Kelihatan pak Long dan mak longnya ada diruang tamu, menonton television.

"Nenek mana Pak long".

Tanya Rosalinda dan bersalaman dengan pak long dan mak longnya.

"Ada dalam bilik".

Balas Mak long. Rosalinda bergegas masuk kedalam bilik neneknya. Kelihatan neneknya sedang baring diatas katil. Wajahnya layu dan berkoyok kiri dan kanan. Membuatkan Rosalinda mula menagis dan meluru, memeluk neneknya.

"Kenapa menangis Lin?".

Rosalinda hanya berdiam dan setia memeluk neneknya.

"Lin tak nak mak tok sakit".

Balas Rosalinda dan sambung menagis teresak esak.

"Sudahlah tu Lin. Bertambah sakit Mak tok nanti".

Khairul berdiri dihadapan pintu bilik, sambil menasihati anak kesayangannya.

"Lin dengan papa Lin, tidur sini ya. Mak tok rindu sangat dengan kamu... Sejak akhir akhir ni, mak tok selalu mimpikan ibu kamu. Agaknya, Mak tok terlalu rindukan dia... Nak melawat kubur, tapi kubunnya tidak pernah ada".

Lafas Mak tok dengan nada yang sedih. Bila teringatkan anak kesayangannya.

"Sudahlah tu Ibu, ibu jangan ingat ingat lagi, orang yang dah pergi meninggalkan kita. Kita doakan sahaja. Semoga di setiasa tenang disana".

Sampuk Khairul. Membuatkan ibu mertanya, mengesatkan air matanya, dengan tuala kecik yang dipegangnya sedari tadi. Rosalinda lantas memeluk Mak toknya bila melihat mak toknya menangis.
...…..….............….......……....…...........

"Aku rasa ada yang buat kita lah! Sejak akhir akhir ni, selepas kematian Syuk. Badan aku selalu terasa panas. Kadang kadang terasa sejuk sangat".

Cerita Boy kepada Azhar dan Joshua.

"Kenapa bro! Ada yang nak racun kita ke?".

Tanya Joshua, yang sepertinya tidak faham maksud Boy.

"Bukan itu lah Jos. Maksud aku, kita semua ni macam dah kena sihir".

Membuntang mata Joshua. Bila Boy menerengkan kepadanya.

"Sama, aku pun rasa yang sama".

Kata Azhar kepada Boy...

"Jangan mengarut lah korang".

Kata Que yang tiba tiba muncul dari belakang mereka. Terteleng leher masing masing memandang kepada Que.

"Korang yang makan macam macam. Sebab itu lah suhu badan korang tak stabil".

Kata Que lagi. Sambil duduk disebelah Joshua. Menghandap kepada Azahar dan Boy. Mereka bertiga hanya diam membisu.

"Malam ni aku ada lauk untuk korang. Kalau korang nak, aku boleh bawak dekat kelab karaok".

Kata Que, yang membuatkan Azahar dan Boy menyeringai. Kecuali Joshua. Yang mendiamkan dirinya.

"Oiii kau dah kenapa?".

Tanya Que, sambil menyengol Joshua dengan sikunya.

"Tak ada apa lah bro".

Balas Josuan.

"On tak malam ni?"...Tanya Que kepada Joshua yang keliahatan sugul.

"Aku tak join. Aku nak keluar dengan Dar".

Balas Joshua lagi.

"Ok, cantik lah kalau macam tu. Aku pun nak keluar dengan Rosa. Boleh keluar sama sama".

Joshua mula terseyum, bila Que mengajaknya keluar berempat malam ni.

"Tapi korang berdua pulak. Aku ada sajikan lauk dekat karaok. Korang on je... Tapi bayaran kena buat dulu ya. Transfer je dalam akaunt aku".

Que menyeringai memandang Boy dan Azhar.

...................................................

"Aku kena cepat uruskan mereka Zura".

Kata Qistina kepada Zura.

"Tak settle lagi ke Qis?".

"Sepatutnya dah settle Zu. Tapi aku tak pastilah. Kenapa aku rasa lemah bila melihat anak aku, didepan mata... Aku macam tak memberikan tumpuan sepenuhnya kepada apa yang aku nak buat. Macam macam perasaan ada dalam jiwa aku ni. Bila melihat dia datang berjumpa dengan aku. Dan sama sama duduk didalam bilik pemujaan... Aduhhh Zu. Aku tak boleh berlengah lengah lagi. Mereka harus segera aku hapuskan. Agar anak aku tidak lagi datang kesini. Dia harus jauh dengan aku Zu".

Zura hanya berdiam diri, bila Qistina mula meluahkan perasaanya. Qistina bangun dari tempat duduknya disofa dan terus berjalan masuk kedalam bilik pemujaan. Diikuti Zura. Qistina mula duduk bersila. Zura juga turut duduk bersila dihadapan Qistina.

"Semalam Lin ada bagi tau aku. Dia akan keluar dengan budak ni".

Qistina menunjukkan gambar Que kepada Zura. Zura mengambil gambar tersebut dan terseyum.

"Dar juga ada bagi tau aku. Yang dia akan keluar dengan budak ini".

Qistina memberikan pula gambar Joshua kepada Zura.

"Mereka berdua memang handsome. Tapi sayang. Akal sikit pun tak ada... Bila tengok mereka, aku teringatkan Taufiq".

Zura menyeringai, begitu juga Qistina.

"Aku dengar, sekarang ni Taufiq dah jadi ahli Masjid".

"Bagus lahhh Zu. Kalau dia dah tak jadi Setan lagi".

Balas Qistina selamber.

"Sekarang ni, yang tengah free mereka berdua".

Qistina menujukkan pula dua lagi gambar kepada Zura.

"Sorang Boy dan lagi sorang Azhar".

Zura mencapai gambar itu dan memerhatikan raut wajah mereka berdua.

"Sayang sayang! Muda muda lagi dah cium bau kematian".

Zura terseyum dibalas Qistina, sambil Qistina mula menbakar tepak kemeyannya. Agar asap keluar berkepul.

"Wahai kadam yang menjaga langit dan bumi. Aku seru kau datang kepada Aku. Datang sujud dikaki ku. Gajah putih diseberang lautan, lagikan tunduk sujut kepada Aku. Ini kan pula kau wahai Jin".

Qistina terseyum, bila dia dapat merasakan kehadiran Jin peliaharaanya. Zura hanya duduk terdiam disitu. Qistina mengambil serpihan kaca yang berada dialam kesung batu nya itu dan melukan sedikit hujung jarinya dan menitiskan didalam Tepak kemeyan. Qistina menunbuk numbuk sepihan kaca itu dengan mengunakan anak batu. Sehingga menjadi seperti serbuk. Zura dan Qistina berpandangan. Mereka berdua terseyum memandang antara satu sama lain.

"Kamu nak keluar ke?".

Tanya Khairul kepada Roslinda.

"Ya papa. Lin nak keluar dengannnn".

Belum sempat Rosalinda menghabiskan ayatnya.

"Helloo auncle".

Jerit Darshini dari muka pintu utama.

"Hmmm Diaaaa".

Rosalinda menghabiskan ayatnya dan menunding jari kepada Darshini. Tergelak Khairul, sambil mengeleng gelengkan kepalanya.

"Masuk dulu Dar".

Pelawa Khairul.

"Tak apa auncle. Kami nak tunggu boyfreand dekat luar. Nanti kena tingal pulak".

Balas Darshini selamber. Sambil meyeringai.

"Hisss dia ni"...

Marah Rosalinda, bila Darshini berkata begitu. Kepada Papanya.

"I'm just kidding. Do not be angry Rosa".

Darshini setia menyeringai.

"Ada ada aja lah kamu berdua ni".

Khairul mengeleng gelengkan kepalanya sahaja.

"Kamu keluar berdua sahaja ke?".

Tanya Khairul lagi. Darshini dan Rosalinda berpandangan.

"Nanti kawan datang ambil kami papa. Kami keluar berempat".

Balas Rosalinda. Khairul pula terdiam sejenak.

"Hati hati, jangan balik lambat sangat".

Nasihat Khirul... Khairu tidak mahu tahu siapa kawan Roslinda dan Darshini itu. Kerana dirinya dapat meneka. Yang bakal datang mengambil mereka berdua, adalah kawan lelaki.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience