Kesah Qistina

Mystery & Detective Series 96597

Perempuan sihir 2.
part9

Teriak Zura kepada seseorang yang menyorok didapur. Dia berjalan dari dapur dan terus menuju kepada Zura yang berada diruang tamu. Mereka berdua sering membalas seyuman.

"Dia cantik Qis! wajahnya sering tak tumpah, macam wajah kau. Matanya sahaja yang ikut kepada Khai".

Qistina mengangguk anggukkan kepalannya sahaja. Air mata Qistina mula mengalir, bila Zura kata begitu. Sudah 15tahun dia tidak dapat memeluk dan menatap wajah anak kesayanganya itu. Ingin sangat dia memeluk dan mengucup anaknya itu.

“Aku tau perasaan kau Qis. Itu yang kau mahukan. Kau kena hadapi semua itu. Kerana silap kau juga Linda datang kesini. Aku tau kau telah dengar, apa yang mereka mahukan datang kemari?”.

Qistina menganggukkan kepalanya.

“Aku dapat rasakan kesedihan dia Zu. Sebab itu aku mahu dia datang kemari berjumpa kita. Aku selalu berharap dan berdoa, dia sentiasa dijaga. Tapi apakan daya. Dia tetap ditimpa malang juga. Kuasa yang aku berikan sudah tidak kuat lagi. Kerana aku sudah lama tidak memberi dia makan”.

Qistina duduk termenung dan mengimbas kembali kejadian yang telah berlaku 15tahun yang lepas.

............................................

Setelah ibu menghubunginya, Qistina memandu dan ternampak satu kelibat melintasi jalan selepas keluar dari terowong Karak. Membuatkan Qistina hilang kawalan dan terus terbabas dipembahagi jalan. Qistina tercampak keluar dari kenderaannya dan dapat mencapai dahan pokok pokok yang ada disitu. Kecederaan Qistina tidaklah begitu parah. Qistina berjaya memanjat naik dan keluar dari kawasan kemalanan itu. Qistina merenung kepada keretanya yang jatuh terjunam. Fikirannya betul betul tidak menentu. perasaan takut mula menyelubunginya. Dalam perasaan yang bercampur baur, Qistina tetap teringat ingatkan wajah Khairul... Yang tidak sudu, memandang wajahnya, bila dia melangkah keluar dari rumah.

"Kalau aku pulang kerumah, mahu ke Khai terima aku. Aku umpama wanita sihir, baginya. Aku malu untuk melihat wajah wajah orang yang aku sayang. Perbuatan aku betul betul keji. Aku perempuan penyihir yang jahat. Aku malu untuk pulang".

Bisik Qistina sendiri. Qistina melihat cincin perkahwinannya dijari manis. Air mata Qistina mengalir deras. Qistina membuka cincin dijarinya dan mengucup beberapa kali.

"Kamu semua angaplah aku dah mati. Mati dan tak akan pernah kembali lagi dalam hidup kamu semua. Aku doakan kamu semua lebih bahagia, bila aku sudah tidak ada lagi... Ibu sayang kamu Linda. Ibu tak akan pernah lupakan anak kesayanan ibu. Ibu pasti kamu akan dijaga baik oleh papa kamu dan orang orang disekeliling kamu".

Lafas Qistina. Air mata semakin laju membasahi pipi. Qistina mengucup kali terakhir cincin perkahwinannya dan mencampakkannya dibawah gaung. Tempat kenderaannya terjunam jatuh. Qistina berjalan kaki dengan kecederaan dibahu dan dipehanya… Dalam perjalannya sendirian diwaktu yang hampir subuh. Seseorang telah memberhantikan kenderaannya, betul betul dihadapan Qistina. Keluar seoarang lelaki yang agak berusia bersama seoarang wanita. Yang juga seusia lelaki itu, dari kenderaannya.

"Anak nak pergi mana pagi pagi macam ni? kenapa jalan sorang sorang?".

Terdiam Qistina bila ditanya oleh lelaki tua itu.

"Pak cik, boleh bagi saya pinjam handphone".

Tanya Qistina dengan nada yang agak letih. Letih berjalan, tidak tentu haluannya...

"Boleh boleh".

Pakcik itu pergi kekeretanya dan mengambil talifon bimbitnya dan datang kembali kepada Qistina. Pakcik itu memberikan talifon bimbitnya.

"Terima kasih pak cik".

Qistina mengambil talifon bimbit itu dan cuba mendail. Jari Qistina mula kaku. Dia tidak tahu siapa yang harus dihubunginya. Otaknya ligat berfikir.

"Zura"

Bisik Qistina dan jarinya mula mendail… Beberapa kali Qistina cuba menghubungi Zura, tetapi tidak dijawap oleh Zura. Mungkin kerana masih awal pagi. Zura masih lena dibuai mimpi. Qistina melihat jam ditalifon bimbit pakcik itu. Kelihatan sudah pukul 4.25pagi. Sudah lama dia berjalan, pasti sudah semakin jauh dari tempat kemalangan.

"Kawan saya tak jawaplah pakcik".

Qistina memandang pakcik tersebut dan memandang pula kepada makcik yang setia berdiri dibalik pintu keretanya.

"Kamu nak kemana pagi pagi buta macam ni? Kamu nak kami hantar kamu balik kerumah ke?"

Tanya makcik itu pula. Qistina tertunduk dan mengeleng gelengkan kepalanya.

"Kalau macam tu, kamu ikut kami balik kerumah kami. Rumah kami pun tak berapa jauh dari sini. Nanti bila dah terang, kamu cuba hubungi kawan kamu lagi".

Qistina menganggukan kepalanya dan mengikut kedua dua orang tua itu pulang kerumahnya... Rupanya mereka berdua adalah orang dari kampung berdekatan kawasan itu sahaja.

“Jom masuk nak”.

Pelawa makcik tersebut. Qistina melemparkan seyuman dan terus keluar dari kereta. Qistina berjalan mengikut makcik dan pakcik itu masuk kedalam rumah. Pesekitaran pekarangan rumah itu sungguh cantik, dengan pokok pokok bunga yang segar menghijau. Rumah kayu yang dijaga dengan baik, menambahkan lagi kecantikannya.

“Cantik rumah makcik”

“Biasa aja nak! Rumah orang kampung… Mehh masuk”.

Pelawa makcik itu bila dua daun pintu kayu dibuka luas. Qistina melangkah masuk kedalam.

“Duduk nak”.

Qistina yang terpegun dengan kecantikan susun atur didalam rumah itu. Terus melaburkan punggungnya diatas kerusi kayu jati. Mata Qistina masih lagi memerhati sekitar dalam rumah yang dipenuhi barang barang lama dan antik.

“Kamu ni yang sebenarnya nak kemana?”

Tanya pakcik itu, sambil melabuhkan punggungnya diatas salah satu kerusi. Begitu juga dengan makcik itu.

“Saya sebenarnnnyaaaa”.

Qistina tertunduk dan tidak menghabiskan ayatnya.

“Tak apalah nak! Kalau kamu tak mahu bagi tau kami. Kami tak paksa kamu untuk bercerita… Hari pun dah nak dekat subuh, Kamu berehat sahaja disini. Pasti kamu letih kan? Meh ikut makcik. Makcik tunjukkan kamu bilik tetamu. Kamu berehat didalam bilik itu”.

“Ehhh tak payah susah susah mak cik. Saya boleh duduk disini sampai hari terang”.

“Jangan macam tu nak. Sekarang kamu tetamu makcik. Kamu pun kelihatan letih. Kamu pergilah baring dan berehat. Jangan bimbang, kami orang baik baik”.

Serba salah Qistina, bila makcik itu kata begitu.

“Baiklah makcik”.

Balas Qistina dengan senyuman. Makcik itu kelihatan gembira bila Qistina tidak lagi menolak pelawaannya. Qistina bangun dari tempat duduknya dan terus mengikut makcik itu kebilik tetamu.

“Kamu berehatlah dulu. kalau nak tukar baju, ambil sahaja dalam almari tu. Dalam tu ada beberapa helai baju”.

“Baik makcik”.

Balas Qistina dan makcik itu pun keluar dari bilik dan meninggalkan Qistina sendirian didalam bilik tetamu itu. Qistina merebahkan diri diatas katil. Badannya betul betul sakit sakit, akibat kemalangan tadi. Terasa lega sedikit, bila dapat baring dan merehatkan badan. Dalam fikiran yang kosong dan mata Qistina memerhatikan kipas siling yang sering berkejaran antara satu sama lain, akhirnya Qistina terlelap... Bila Qistina tersedar, matahari sudah pun meninggi. Qistina bangun dan terus kealmari baju didalam bilik itu. Badan Qistina betul betul sakit dan melekit. Terasa betul betul tidak selesa. Qistina membuka daun pintu almari itu. Kelihaan ada beberapa helai baju kurung kedah opah dan kain batik. Qistina mengambil salah satu baju dan kain batik didalam alamari itu dan dibawanya keluar dari bilik, untuk mandi dan membersihkan diri.

"Mak cik, ohh makcik”.

Teriak Qistina, bila diruang tamu tidak ada sesiapa. Kerana bilik Qistina tidur, berhampiran ruang tamu.

"Makcik kat dapor nak! Meh sini turun tangga belah kiri bilik".

Terseyum sendiri Qistina, bila makcik itu bersuara. Qistina berjalan menuju kerunag dapur. anak tangga kayu, diturunnya pelahan lahan. Keliahatan makcik itu sedang sebuk memasak lauk untuk tengahari.

"Maafkan saya makcik. Saya baru bangun. Tak dapat tolong makcik"

"Ehhh tak apa nak! Kamu kan tidur lewat subuh tadi... Lupa makcik nak tanya nama kamu tadi. Nama kamu siap?".

Qistina terdiam sejenak, bila makcik itu bertanyakan namanya.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience