KEJUTAN

Mystery & Detective Series 96597

perempuan sihir2
part 57

“Ibu ni betul betul buat saya marah”.

Along lantas mengangkat ibunya dengan paksaan.

“Tolong ibu along, ibu tak nak pergi hospital”.

Rayu ibu dan Along tidak memperdulikan ibunya yang menangis dan merayu. Along mengendong ibunya, bagikan anak kecil yang merengek rengek. Sehingga keruang tamu. Manakala yang lain turut menangis. Melihat Along berbuat begitu kepada ibu. Mereka semua tahu, Along betul betul sayangkan ibunya dan tidak mahu melihat ibunya sakit dan tidak mendapat rawatan. Ibunya merayu dan tetap merayu. Terhenti Along dihadapan pintu utama, bila melihat dua susuk tubuh yang berdiri bagaikan patung dimuka pintu rumahnya. Wajah Along dikerutkan.

“Ibuuuuu”.

Salah seorang yang berada dihadapan pintu utama bersuara. Ibu yang dalam gendongan Along turun pelahan lahan menjejakka kaki ke lantai, sambil merenung tajam kearah suara yang menyebut ibu itu. Suara itu memang sudah lama tidak Bermain dicorong telinganya. Ibu turut tergamam dan berkerut dahi.

“Qisss”.

Suara ibu terketar ketar. Sambil merenung untuk mendapatkan kepastian. Kerana wajah Qistina sedikit sebanyak telah berubah lebih cantik. Orang yang betul betul mengenali Qistina sahaja yang dapat mengecam raut wajahnya. Qistina mengalirkan air matanya bila melihat ibu berkeadaan uzur dan semakin kurus.

“Ibuuu”.

Suara Qistina merintih dan menangis sambil memeluk ibunya dengan erat. Ibu bagaikan mahu rebah kebumi. Bila melihat anak kesayangannya wujud dihadapan mata. Qistian lantas merangkul ibu yang semakin longlai dan sama sama terduduk diatas lantai… Manakala yang lain terkejut dengan kehadiran Qistina. Membuntang mata masing masing. Terutam sekali Rosalinda dan Khirul yang masih terpinga pinga. Qistina melilau mata memandang sekeliling dan dapati ayahnya setia berdiri berdekatan dirinya. Qistina lantas menangkap kaki bapanya.

“Ayah maafkan Qis ayah”.

Ayah yang juga dalam kebingungan, tidak mampu berkata apa. Ayah memegang bahu Qistina dan menarik Qistina agar bangun dari lantai. Lantas Ayah memeluk Qistina dengan deraian air mata. Pelahan lahan Ibu Qistina bangun dengan lemah dan memeluk Qistina dari belakang.

“Ampunkan Qis ibu”.

Qistina melepaskan pelukan ayahnya dan berpusing memeluk ibunya kembali.

“Tolonglah ibu, tolong jangan sakit ibu. Qis nak ibu sehat”.
Kata Qistina lagi. Manakala Zura terpaku sambil mengalir air matanya... Mata Qistina terpandang Khairul, yang tergamam memandangnya sedari tadi. Perasaan sedih terperanjat, kasihan bercampur baur. Qistina tidak memperdulikan Khairul dan beralih anak matanya kepada Rosalinda. Qistina lalu melepaskan dakapan ibunya dan terus setia memerhatikan Rosalinda ya terkejut dengan kehadirannya. Qistina berjalan beberapa langkah untuk datang kepada Rosalinda. Manakala Rosalinda berundur beberapa tapak kebelakang.

“Lin, ini ibu Lin”.

Rosalinda bertambah mengerutkan dahinya. Bila Qistina membuka luasa dakapan. Agar Rosalinda datang kepadanya dan memeluknya. Rosalinda mengeleng gelengkan kepalanya pelahan lahan. Rosalinda betul betul tidak percaya dengan apa yang berlaku dihadapan matanya.

“Khai, saya dah balik Khai”.

Qistina merenung layu wajah Khairul, bila Rosalinda tidak memperdulikannya. Khairul juga bagikan tidak percaya. Qistina wujud dihadapan mata dengan tiba tiba, setelah sekian lama. Keadaan sunyi seketika. Masing masing terdiam sejenak. Along pula mengantikan Qistina, untuk memeluk ibunya yang tidak kuat untuk berdiri lama.

“YakAllah! Terima kasih YakAllah! Kau telah makbulkan doa hamba mu ini. Aku tau anak aku belum mati lagi. Hati aku kuat mengatakan dia masih hidup. Terima kasih Allah. Kau temukan kami semula”.

Ibu mengangkat tangan berdoa kepada tuhan. Air mata Qistina semakin berderai, bila ibu mengangkat tangan. Qistina kembali memeluk ibunya.

“Ampunkan Qis ibu. Qis telah buat semua dalam rumah ni terkejut begini. Qis betul betul rindukan ibu dan ayah. Qis rindu kepada semua. Maafkan Qis ibu. Qis mengambil terlalu lama masa, untuk datang berjumpa ibu dan semua disini... Sepanjang Qis menghilang, tak pernah pun walau sesaat melupakan kamu semua. Qis terlalu rindu. Tapi Qis terpaksa buat begini”.

“Sudahlah tu Qis. Qis balik sini pun, ibu rasa bahagia sangat. Tolong jangan tinggalkan ibu lagi Qis. Ibu sakit sayang. Sakit rindukan Qis".

Balas ibu dan mengelap air mata Qistina dengan jarinya. Mata Qistina beralih kepada Qistina yang semakin jauh dari kedudukannya sebelum ini.

“Linnn, ni ibu Lin! Maafkan ibu Lin”.

Qistina pelahan lahan melepaskan pelukan ibu dan ingin datang memeluk Rosalinda pula. Bila Qistina semakin menghampiri Rosalinda, Rosalinda lantas berlari menuju pintu utama rumah.

“Lin”.

Zura yang berada dipintu utama menahan lembut Rosalinda. Sambil memegang bahu Rosalinda.

“Lin, itu ibu Lin sayang”.

Qistina bersuara lembut memangil Rosalinda sambil memegang bahu Rosalinda.Semua mata tertumpu kepada Rosalinda yang berada dihadapan pintu utama bersama Zura. Rosalinda mengesat air matanya. Dan menyengol keras tangan Zura yang berada dibahunya... Rosalinda melangkah keluar dari rumah dan kembali menangis teresak esak. Qistina tidak dapat menghalang anaknya dari pergi. Qistina terduduk diatas sofa dan dikerumuni ahli keluarga. Manakala Rosalinda menaiki keretanya, meninggalkan perkarangan rumah tok Wannya.

“Qis, aku balik rumah mak aku dulu ya?”.

Kata Zura yang setia tercegat dihadapan pintu utama.

Qis hanya menganggukan kepalanya sahaja... Zura merasakan dia tidak patut ada disitu. Biarlah Qistian bersama sama keluargnya.

“Mana Qis pergi sayang?. Kenapa buat kami fikir yang buruk tentang Qis”.

Tanya Ibu yang juga duduk dikerusi sama dengan Qistina. Qistina kembali berpusing dan memeluk kembali ibunya. Qistian mengucup pipi ibunya beberapa kali, Tanpa berkata apa apa. pelukan ini yang dinantikan berbelas tahun. Kini masanya telah tiba. Tidak mungkin dapat dilepaskan. Manakala Khairul setia terkejut dan memerhatikan Qistina. Kecantikan Qistina lebih terselah sekarang, berbanding saat dia ditinggalkan dahulu. Sehinggakan, dia sendiri tidak mengenali Qistina kalau tidak direnung betul betul.

“Qis kena pergi ibu, Qis tak boleh lama disini”.

“Jangan pergi Qis”.

Balas Ayah Qistina. Bila Qistian mengatakan untuk pergi.

“Ini rumah Qis. Qis tak kasihan dengan ibu ke?”.

Kata ayahnya lagi.

“Sebab kasihan lah, Qis kena pergi”.

Balas Qistian dengan wajah yang suram.

“Qis tak sayang ibu ke?”.

Ibunya pula bersuara. Sambil mengengam jari Qistina dengan linangan air mata.

“Sayang sangat ibu. Sebab itu Qis datang. Qis nak ibu sehat. Ibu pergi hospital ya ibu?”.

“Ibu dah sehat, bila nampak Qis”.

Balas ibu dengan seyuman.

“Ibu kena pergi hospital kalau ibu nak sehat”.

Sampuk along, sambil melangkah duduk dipembahagi sofa disebelah ibunya.

“Ibu ni degil Qis! Tak mahu dengar cakap along”.

Kata Along lagi. Qistina memandang along ketika berbicara dan memandang kepada ibu kembali.

“Kalau ibu nak Qis datang selalu, Ibu kena pergi hospital. Nanti Qis akan datang tengok ibu selalu”.

Pujuk Qistian dan Ibu mengangguk tanda setuju. Membuatkan ayah dan Along terseyum gembira. Bila Qistian berjaya memujuk ibunya.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience