Perempuan sihir 2
Part60
"Ya! Ibu bersalah kerana meninggalkan kamu macam itu sahaja. Tapi ibu ada sebab ibu tersendiri... Sebab yang ibu tak dapat jelaskan kepada kamu".
Qistina cuba menerangkan kepada Rosalinda.
"Tak payah nak terangkan kepada aku, aku tak nak tahu. Apa yang aku tahu. Ibu aku dah meninggal dunia. Kau bukan ibu aku. Kau Ahli Sihir yang menyamar menjadi ibu aku. Ibu aku orangnya baik. Bukan tukang sihir orang".
Terkedu Qistina. Bila Rosalinda kata begitu. Jiwanya bagi dirobek robek. Mendengar kata hinaan yang keluar dari mulut Rosalinda. Anaknya tidak pernah tahu, apa punca dan sebabnya sampai dia menjadi seperti dirinya yang sekarang. Rosalinda cuba melangkah untuk pergi tetapi dihalang Qistina.
"Ya! Betul semua apa yang kau kata itu. Aku bukan ibu kau. Aku hanya hanya ahli sihir yang jahat dimata kau. Cuma aku nak kau tahu. Ahli sihir ini pernah penjadi ibu kau dan pernah sayang kan kau. Dan aku nak kau tahu. Sampai hujung hayat aku, aku tetap akan sentiasa sayang kan kau. Aku minta maaflah menganggu kau dan orang orang dalam rumah ini. Tapi aku tak boleh tahan diri aku untuk wujudkan diri ini untuk memastikan kamu semua selamat terutama mak tok. Sekarang aku dah puas. Dapat melihat dan memeluk ibu aku sendiri dan memohon keampunan dan maaf dari ibu dan ayah aku. Sekarang aku rasa, aku boleh pergi dari sini. Dan aku tak akan pernah datang lagi dan menggangu kamu semua".
Rosalinda yang bagaikan patung, menahan sebak di dalam hati. Rindu, amarah dan benci bercampur baur didalam diri Rosalinda.
"Jangan macam tu Lin! Papa tak pernah ajar anak papa jadi kurang ajar".
Khairul masuk ke dalam bilik bila berada lama di depan pintu luar bilik, setelah mendengar pertengkaran anak dan isterinya. Anak mata masing masing beralih kepada Khairul yang melangkah masuk lebih dalam lagi dan terus berdiri disisi Rosalinda.
"Maafkan Papa Lin".
Sambil Khairul memegang bahu Rosalinda.
"Segala kejadian yang telah berlaku ini. Ada lah salah papa. Papa lah yang harus dipersalahkan. Ibu seorang insan yang sangat baik".
"Sudahhh! Diam Khai. Saya tak nak dengar lagi perkara yang lepas. Saya tak mahu dia tahu apa yang telah berlaku dulu. Saya nak dia setiap bencikan saya".
Sampuk Qistina dan cuba berlalu pergi tetapi ditahan oleh Khairul. Khairul sempat menarik lengan Qistina.
"Nanti dulu Qis".
Qistina terhenti bila Khairul memegangnya.
"Abang nak tebus dosa abang dekat Qis. Tolonglah benarkan kita bersama semula seperti dulu dulu Qis".
Qistina merentap keras tangan yang dipegang oleh Khairul.
"Dah terlambat Khai! Semua ni dah terlambat. Saya bukan macam saya yang dulu".
Qistina lantas mencapai talifon bimbitnya dan melepaskan satu pesanan ringkas kepada Zura. Agar mengambilnya segera. Qistina terus berjalan laju keluar dari bilik dan terus mengetuk pintu bilik ibu dan ayahnya pula.
"Tok! Tok! Tok".
Daun pintu bilik dibuka oleh ayah.
"Haa, kenapa Qis?".
Tanya Ayah dengan wajah mamai.
"Maaf Qis kacau ayah. Qis nak balik ada hal sikit".
"Ehh kenapa tergesa gesa ni?".
Tanya ayah Qis dengan wajah yang berkerut.
"Boleh Qis peluk cium ibu sebelum balik".
Qistian tidak menghiraukan pertanyaan ayahnya dan terus masuk ke dalam bilik. Qistian lantas memeluk ibunya yang sedang tidur... Bila terasa dirinya dipeluk ibu Qistian terjaga dari tidurnya.
"Kenapa sayang ibu ni?".
Tanya Ibunya, bila melihat air mata Qistian mula membasahi pipi.
"Ibu! Qis kena balik bu. Qis ada hal".
"Janganlah macam ni Qis. Qis kan dah janji dengan ibu, nak bawak ibu pergi klinik esok kan. Jangan lah balik dulu Qis! Ibu rindu sangat dekat Qis".
Qistian memeluk ibunya dengan lebih kuat dan mengucup seluruh wajah Ibunya berkali kali. Qistian bangun dari katil dan terus memeluk erat ayahnya pula. Qistian menarik tangan ayahnya dan mengucup erat.
"Ampunkan Qis ayah".
Qistian berjalan laju ke muka pintu.
"Qis jangan tinggalkan ibu lagi Qis".
Ibu mula merintih dan menangis. Sambil berusaha untuk bangun. Qistina lantas berjalan laju mendapatkan ibunya.
"Jangan macam tu ibu. Qis kena pergi dari sini. Qis tak ada lebih baik, dari Qis ada di sini. Ampunkan Qis ibu. Halalkan lah susu yang ibu berikan kepada Qis, sedari awal kelahiran Qis di dunia ini".
Suara Qistina bertukar sebak. Dan mula menangis kembali.
"Halalkan juga segala makan dan minum Qis sedari kecil sampai Qis besar. Ampun kan Qis ya ibu, ayah".
Qistina mengucup lagi pipi ibunya kiri dan kanan. Berserta pelukan erat. Untuk beberapa saat. Qistina bergegas keluar dari bilik ibunya.
"Aqissss"...
Qistina pergi bersulam dengan jeritan ibu yang memanggil namanya. Qistina tidak menghiraukan sesiapa lagi di dalam rumah itu. Termasuk Khirul dan Rosalinda yang berdiri bagikan patung di hadapan bilik...
Tiba di luar rumah, kelihatan Zura masih belum tiba.
"Dia ni tak tengok watsap aku agaknya. Tidur ke dia ni?".
Bisik Qistina sambil matanya melilau. Lalu memakai seliparnya.
"Abang hantar Qis ya?".
Tegur Khirul di hadapan muka pintu. Qistina tidak mempedulikannya Khirul dan terus berjalan seorang diri. Perasaan takut tidak pernah wujud lagi di dalam diri Qistina. Selepas dia mengamalkan ilmu sihir. Manakala Khirul tetap berkeras. Khirul menghidupkan keretanya dan meluru pergi kepada Qistina. Dan perlahan lahan mengiringi Qistina dengan keretanya.
"Masuk Qis, abang hantar. Bahaya malam malam buta ni jalan seorang seorang".
Ayat Khairul membuatkan Qistina tergelak besar.
"Dalam hidup aku ni, dah tak ada perasa takut lagi Khai. Tak payah lah kau nak bimbangkan aku. Bertahun aku hidup seorang diri"...
"Abg tau Qis orang yang hebat sekarang ni. Tak akan ada manusia pun dalam dunia ni boleh sakitkan Qis. Tapi abang betul betul nak hantar Qis. Penat berjalan nanti".
Qistina terhenti dari berjalan. Begitu juga Khirul...Khairul memberhentikan kenderaannya.
Share this novel