Laparrrr

Mystery & Detective Series 96597

Perempuan sihir 2
part12

Masuk kedalam bilik, Sham tidak dapat memejamkan matanya. Wajah dan susuk tubuh Qistina, yang tidak memakai apa apa, masih bermain main difikirannya.

"Tak sangka! Kau tidak melarang aku buat begitu. Aku betul betul suka dekat kau. Aku berharap kau pun suka dekat aku".

Lafsa Sham sendirian. Sambil tersenyum dan terus masuk didunia mimpi.

"Shammm bagun Sham".

Jerit emaknya diluar pintu bilik Sham. Membuatkan Qistina yang barada didalam bilik, membuka pintu.

"Ehhh Tina pula yang keluar... Mak cik bising ya?"

"Ehhh tak adalah mak cik. Tina dah bangun dari tadi. Saja golek golek atas katil. Sekali dengar suara makcik, itu yang saya buka pintu".

"Apa dia mak".

Sham membuka pintu biliknya sambil bertanya.

"Mak nak pergi kedai. Kalau Abah balik, cakap mak pergi kedai ya? Takut orang tua tu tercari cari nanti".

"Hummm mak ni! Ingatkan apalah tadi".

Emak Sham beredar dari situ meninggalkan Sham dan Qistina. Sham memandang Qistina dengan senyuman dan Qistina membalas senyuman itu. Qistina masuk semula kedalam biliknya untuk mandi. Sham juga masuk kedalam biliknya... Setelah selesai mandi dan memakai baju. Qistina keluar dari biliknya. Sambil mata memandang sekeliling. Sham masih lagi belum keluar dari biliknya. Qistina berjalan kebilik Sham dan mengetuk pintu bilik Sham beberapa kali. Tujuan Qistina untuk mengajak Sham berborak borak.

" Tok! tok! Shamm oh Sham".

Teriak Qistina. Sham bangun dari katilnya dan terus meluru kedepan pintu. Bila terdengar suara Tina memangil namanya.

"Ya Tina".

Balas Sham.

"Tina boring duduk sorang sorang. Jomm borak dekat luar. Boleh hirup udara kampung".

"Jom lepak bilik Sham".

Pelawa Sham sambil memegang tangan Qistina.

"Sham banyak gambar gambar lama. Tina nak tengok".

"Nakk! Tapi Sham bawak gambar dekat luar. Kita tengok dekat tangga".

Sham menarik lembut tangan Qistina. Bila Qistina tidak sudi masuk kedalam biliknya. Qistina tahu Sham mahu berdua duaan denganya didalam bilik. Qistina merapatkan dirinya lebih dekat kepada Sham dan meletakkan kedua dua tapak tangannya kedada Sham yang tidak berbaju itu.

"Tak naklah lepak dalam bilik. Bahaya sayang! Nanti Mak atau Abah awak balik... Tak baik kalau dia nampak kita berdua duaan begini".

Ayat Qistina lebih lembut berbicara. Sambil membuat lentok gediknya. Dia mahu menolak pelawaan Sham dengan lembut. Agar Sham tidak terlalu memaksanya... Sham merenung Qistina, bila Qistina bersuara manja. Sham merapatkan bibirnya dibibir Qistina dan mengucup lembut. Qistina membalas kucupan itu. Bila Qistina membalas. Sham mengucup dengan lebih rakus. Qistina juga semakin beraksi. Qistina mengigit lembut bibir Sham dan menolak pelahan Pipi Sham. Agar ciuman itu terlerai.

"Nakal ya".

Kata Sham bila Qistina mengigit dan melepaskann ciumanya. Masing masing tergelak kecil.

"Saya betul betul senang dengan Tina. Tina orangnya tenang sahaja. Cara Tina buat Sham tertawan hati".

Qistina menarik nafas panjang, bila Sham kata begitu.

"Terlalu awal Sham. Untuk Sham menyintai seseorang itu. Terlalu awal jugak, Sham menilai seseorang yang baru Sham kenal. Jangan terburu buru, nanti Sham juga yang susah".

"Ya betul! Sham memang terburu buru. Sham takut orang yang Sham suka. Terlepas dari Sham. Pertama kali Sham merasakan ini semua. Satu perasaan yang tak dapat diungkap dengan kata kata. Entah lahhhh".

Qistina hanya terseyum bila Sham meluahkan rasa hatinya dan mendengus. Qistina paham perasaan Sham. Tapi Qistina tidak dapat melayan perasaan Sham itu. Dirinya bagaikan seorang pelarian. Yang akan setia berlari lari. Sham mugkin tak akan faham, dimasa yang akan datang.

"Sham Tina lapar. Jom pergi dapur. Tina masakkan Sham".

Qistina cuba menukar topik perbualannya. Membuatkan Sham terseyum.

"Saya pun! yang sebenarnya lapar jugak".

"Jomm, Tina buatkan".

Qistina menarik tangan Sham agar mengikutnya keruang dapur. Sham pula hanya mengikut kemahuan Qistina.

"Lahhh kita payah masak. Makcik dah sedaikan kita sarapan".

Kata Qistina, bila membuka penutup tudung saji yang berada diatas meja makan. Kelihatan Emak Sham sudah pun menyediakan nasi goreng buat mereka. Mereka berdua duduk dan makan bersama sama.

"Tina orang mana?"

Tanya Sham sambil memandang Qistina yang begitu berselera menjamu makanan dihadapnya. Qistina terhenti dari makan. Otaknya ligat berfikir. Dia harus menipu, untuk menutup identitinya yang sebelum ini. Semua orang berangapan Qistina sudah mati. Kini hanya ada Tina sahaja. Tina yang keseoarangan tanpa ahli keluarga.

"Melaka".

Jawap Tina ringkas.

"Macam tu dekatlah dengan tempat Sham. Sham dekat kem askar di Port Dickson".

Qistina hanya terseyum bila Sham kata begitu.

"Amboii anak anak emak ni! Macam suami isteri".

Emak Sham masuk melalui pintu dapur. Bila balik dari membeli barang. Mereka berdua hanya menyerinai memandang kepada emak Sham.

"Abah tak balik lagi ke Sham".

"Belum lagi mak".

"Hmmm orang tua ni! Dah melampau. Kalau dekat rumah isteri muda, sampai dua tiga hari, tak ingak nak balik rumah. Kalau rumah kita, Satu hari je, dah panas bontot".

Bebel emak Sham. Membuatkan Qistina terseyum dengan bebelan itu. Sham pula berkerut wajahnya. Bila emaknya mula membebel.

Sudah empat hari Qistina tinggal dirumah orang tua yang membantunya. Ketenagan mula terasa. Sedikit pun Qistina tidak mengingati masa lalunya. Fikirannya bagaikan kosong, bila ada disitu. Sikap orang sekeliling yang sangat baik. Membuatkan Qistina semakin senang.

"Laparrrrrrrrr".

Terkedu Qistina, bila ada suara berbisik panjang ditelinganya. Qistina betul betul lupa tentang khamis malam jummat, dia harus memberi jin jin peliharaannya makan asap kemenyan. Dari baring Qistina terus terbangun. Bila suara itu berbisik.

"Aku lupa, maafkan aku. Aku akan bagi kau makan nanti. Pergi kau dari sini dulu. Aku akan panggil kau memudian".

Terasa berangin leher Qistina bila jin peliharaanya pergi dari situ. Qistina tidak senang duduk mahu pun baring. Bila jin peliharaannya meminta makan. Bisikan suara jinnya itu cukup kasar. Tidak seperti selalu.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience