59

Mystery & Detective Series 96597

PEREMPUAN SIHIR 2
Part 59

"Macam mana pulak dengan orang orang yang kau dah inaya. Kau memamg tak ada hati dan perasaankan… sebelum kau inaya anak anak gadis, pernah kau fikir akibatnya".

Lafas Rosalinda, sambil merenung tajam Que. Que terkejut dan berkerut dahi, bila Rosalinda Kata begitu. Masing masing berpandangan antara satu sama lain dengan riaksi wajah yang berbeza.

“Hanya kerana saya cuba buat benda yang tak senonoh dengan awak. Awak boleh cakap saya inya anak anak gadis orang ke Rosa?. Saya bukan lelaki yang sejahat itu. Sungguh hina saya dimata awak. Hanya kerana saya tak sengaja”.

Que kembali memegang tangan Rosalinda. Tetapi ditolah keras. Que cuba berdolak dalik tentang perangai jahatnya sebelum ini dihadapa Rosalinda dan gadis gadis lain.

“Saat macam ni pun kau nak menipu lagi Que. Kau sendiri tau, ajal kau semakin hampir. Tapi kau tetap berdalih dengan aku”.

Que semakin tidak faham dengan Rosalinda.

“Kenapa Ros, kenapa awak cakap macam tu?. Awak tahu siapa yang sihir saya ke?”.

Tanya Que dan Rosalinda berdiam diri dan bangun dari tempat duduknya. Dia berjalan mundar mandir dikawasan taman didalam pekarangan rumah Que. Que hanya memerhatikan sahaja… Rosalinda terhenti dari mundar mandir dan menyeringai memandang Que dengan renungan yang tajam.

“Aku tau Que”.

Terkejut Qie bila Rosalinda mengatakan yang dia tahu siap yang menyihir dirinya.

“Siapa Rosa. Siapa dia? kenapa dia buat begitu. Kalau saya dan kawan kawan saya ada buat salah. Saya nak berjumpa dia Rosa. Saya nak minta maaf. Saya dah tak sanggup hidup sakit begini”.

Nada Que bertukar sebak.

“Dah terlambat Que, awak dah terlambat. Segala galanya tak mungkin dapat berundur kembali. Apa yang awak buat sebelum ni, awak kena hadap”.

“Hokkk hukkk hukkk”.

Que terbatuk batuk bila mendengar kata kata Rosalinda itu, sambil memegang dadanya.

“Saya sakit Rosa! Saya dah tak sangup lagi menahan sakit ni”.

Sedikit rasa kasihan wujud dalam diri Rosalinda bila melihat Que terbatuk batuk dan merintih kesakitan. Tetapi hati yang sakit, lebih mengusai diri Rosalinda.

“Tolong saya Rosa! Siapa orang yang buat saya begini. Saya nak mohon ampun dan maaf, kalau saya ada buat salah. Siapa dia Rosa?”.

Tanya Que sambil anak mata melilau kesuatu sudut dibelakang rumah.

“Dia datang!”.

Que mula menutup muka ketakutan. Manakala Rosalinda hanya berdiri seperti patung. Memandang Que yang ketakutan sambil menutup matanya dengan telapak tangan.

“Dia datang Rosa. Dia nak cederakan akan saya”.

Kata Que lagi dan lantas bangun. Que cuba untuk memeluk Rosalinda. Tetapi Rosalinda menolak keras Que. Membuatkan Que terkejut dan memandang layu kepada Rosalinda. Que menelan air liur dengan kerasnya, sebelum berbicara.

“Awak ke?”.

Que menunding jari kepada Rosalinda. Manakala Rosalinda keras membatu.

“Awak ke yang buat semua ni?”.

Tanya Que lagi sambil merenung Rosalinda yang sedikit pun tidak mempedulikan Que. Malah membeliak liakkan biji matanya. Bila Que berbicara.

“Tergamak awak Rosa! Buat saya begini… Apa salah saya dan kawan kawan saya dekat awak. Sampai awak tergamak buat begitu”.

Nada Que mula keras.

“Haaaaaa haahaaaaaaaaa”.

Bagai orang gila Qistian ketawa bila Que kata begitu kepadanya.

“Kenapa marah sayang!”:

Rosalinda datang rapat kepada Que dan meletakan kedua telapak tangannya didada Que. Que terdiam bila Rosalinda pula berbicara. Sambil merenung tajam kedalam matanya.

“Bukan korang semua suka perempuan ke?… Bermain dengan perempuan. Sedap dapat, bahagia dapat, nikmat dapat, puas dapat… Sekarang rasakan pulak kesakitan, rasakan pulak penyeksaan… Ini semua balasa buat manusia macam kamu semua”.

Kata Rosalinda lagi dengan seyuman yang menyeramkan. Que lantas menolak bahu Rosalinda dengan keras, membuatkan Rosalinda terjatuh. Rosalinda ketawa bagikan orang gila diatas tanah.

“Tapi kenapa Rosa?. Kenapa kau buat aku macam ni?. Apa dosa aku dekat kau, sampai kau sakitkan aku! Sampai kau boleh sihir semua kawan kawan aku sampai mati. Kenapa Rosa kenapa?”.

Que mahukan jawapan dari Rosalinda. Manakala Rosalinda membesarkan biji matanya dan bangun dengan pantas. Bila Que bertanya.

“Mapus kau!”.

Balas Rosalinda dengan marah dan terus belari keluar dari rumah Que. Que mengejar Rosalinda dari belakang. Rosalinda lantas masuk kedalam kereta dan mengunci kesemua pintu. Membuatkan Que mengetuk ngetuk cermin kereta. Agar Rosalinda membuka pintu. Rosalinda tidak menghiraukan Que dan terus menghidupkan enjin keretanya. Que setia mengetuk ngetuk, tetapi kali ini lebih kuat membuatkan Roslinda berpaling memandang Que dengan wajah yang marah. Terhenti Que dari mengetuk dan wajah Que pula berubah serta merta. Bukan kerana memandang Rosalinda tetapi terpandang mahluk yang menyeramkan ada duduk disebelah Rosalinda ditempat penumpang. Que berundur selangkah kebelakang. Rosalinda pula terus meninggalkan Que yang setia terpaku. Que bagaikan tidak percaya dengan apa yang terjadi keatas dirinya. Dia juga tak menjanka, orang yang rapat dengannya adalah perlaku sihir itu.

“Bodohhh! Kenapa kau lari! Sial”.

Marah Rosalinda sendiri. Bila dirinya meninggalkan Que begitu sahaja. Rosalinda memecut memandu dan terus pulang kerumah neneknya semula. Sampai di sana kelihatan semua sudah tidur dan ada juga yang sudah pulang ke rumah masing masing. Rosalinda membuka perlahan lahan pintu rumah neneknya dan terus menuju laju masuk ke dalam bilik. Rosalinda berharap Ibunya Qistina juga sudah pulang. Terkejut Rosalinda bila melihat ibunya ada di situ. Dalam masa yang sama Qistina tidak dapat tidur pada malam itu kerana bimbang akan Rosalinda. Bila sahaja melihat ibunya ada di dalam bilik. Rosalinda berpatah balik untuk keluar dari bilik.

"Tunggu dulu Lin! Jangan lari lagi sayang".

Lafas Qistina dengan nada lembut. Terhenti Rosalinda apa bila ibunya berbicara.

"Maafkan lah ibu Lin di atas segala galanya, ibu tau siapa ibu. Ibu Tak layak buat kamu dan Papa. Tapi jauh di sudut hati ini, ibu betul betul sayangkan kamu. Bertahun tahun ibu ingin sangat memeluk kamu. Tapi ibu betul betul tak berdaya".

Qistina bangun dari atas katil dan berjalan perlahan menuju kepada Rosalinda...

"Dah cukup! Jangan rapat dengan aku".

Rosalinda mengangkat tangan kepada Qistina agar tidak menghampirinya. Terhenti langkah Qistina.

"Aku tak mahu dekat dengan orang yang tidak pernah terfikir untuk datang berjumpa aku. Kau tinggalkan aku dan buat kami semua fikir kau dah mati. Sekarang kau wujud depan mata aku. Kau nak apa yang sebenarnya ya?. Kau hilang macam itu sahaja. Sekarang kau wujud dan nak kami terima kau!. Jangan pernah bermimpi aku nak terima kau".

Rosalinda mengetap gigi bila berbicara. Menahan kemarahan yang teramat sangat.

....................

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience