Perempuan Sihir 2
part2
"Ding dong! Ding dong!"
"Bik Nini, tolong tengokan siapa yang datang tu?"
Bergegas pembantu rumah mengintai dari tirai langsir.
"Lin! Dar datang".
Jerita Bik Nini dari pintu utama kepada Rosalinda dan berpaling kepada Darshini yang berada di pagar luar.
"Buka aja Dar! Pintu pagarnya idak berkunci".
Terseyum Darshini dari luar dan terus membuka pintu pagar itu sendiri.
"Mekasih Bik Nini".
Darshini terus masuk kedalam rumah, walaupun tidak dipelawa masuk. Darshini sudah biasa dirumah Rosalinda, begitu juga Rosalinda.
"Hello uncle".
Tegur Darshini, bila sahaja dia melihat Rosalinda sebuk memberi papanya makan. Kahirul hanya terseyum, bila ditegur oleh Darsini.
"Ini mesti ada apa apakan. Datang petang petang rumah aku".
"Alaaaa u ni Rosa. Nak datang lepak sini pun tak boleh ke?"
"Bukan tak boleh princess, u ni kalau datang waktu waktu macam ni, mesti nak ajak aku keluar. Nak dating, tapi ajak orang temankan”.
"Alaaa u ni! Uncle tengok Rosa ni?".
Terseyum Kahirul, bila melihat gelagat manja Darshini.
"Pergilah Lin, temankan Dar".
"You see, uncle understands me. You're my best friend, don't understand me”. Marah Dashini dan berpaling kepada Kahirul.
“i love u uncle. Sebab faham Dar”.
"Love u too Dar".
"Ok lah! Ok lah! aku kalah. Kau nak pergi pukul berapa?"
"Yehhh, sayang u".
Darshini memeluk dan mencium pipi Rosalinda. Nasib pinggan nasi ditangannya tidak terjatuh.
"Kita pergi pukul 8malam. Pakai kereta i, nanti i belanja u makan".
"Hummmm"
Itu sahaja yang keluar dari mulut Rosalinda. Rosalinda kembali memberi papanya makan.
"Pin! pin!".
"Rosa, cepat lah"
Jerit Darshini, yang begitu tidak sabar lagi. Rosalinda memakai kasut sport adidasnya dan terus meluru masuk kedalam kereta.
"Tak meyempat betullah kau ni".
Rosalinda membetulkan skirt pendeknya dan mula tunduk, untuk membetulkan kasutnya pula, yang masih belum sempat diikat talinya. Darsini pula terseyum dan memulakan pemanduanya.
"Kau ni, yang sebenarnya nak jumpa siapa ni?"
Tanya Rosalinda, memulakan perbualan. Bila sahaja kasutnya siap diikat.
"Nak jumpa Joshua".
Terkejut Rosalinda, bila Darsini mengatakan yang dia mahu berjumpa Joshua. Rosalinda mengerutkan dahinya dan merenung kepada Darshini.
"Are you crazy? You know himmm".
Belum sempat Rosalinda mahu menghabiskan ayat. Darshini memotong.
"I know, but we can be friends".
"Bukan macam tu Princess. Hisss u tak faham. I tak tau nak terangkan dekat u macam mana?"
"But! I like him".
Wajah Darshini yang tadinya ceria. Mula bertukar sedih. Membuatkan Rosalinda serba salah.
"Jangan buat muka macam tu princess. I tak suka... Ok kita jumpa dia dulu".
Terseyum Darshini kembali, bila Rosalinda mula faham dirinya.
"We met him first. If he's not good for u. We will never see him again. I promise".
Darshini menunjukkan jari kelinkingnya kepada Rosalinda, tanda berjanji dengan Rosalinda. Rosalinda terseyum dan berpaut anak jarinya dengan anak jari Darshini. Mereka berdua salin membalas seyuman.
"Bib! Bib!"
"Qis watsap aku".
Terseyum Rosalinda bila melihat nama Que di screen talifon bimbitnya. Rosalinda menekan whatsapp dari Que itu.
***Haiii! buat apa tu?"
Terseyum Rosalinda bila melihat whatsapp dari Que itu.
"Amboii gatal".
Tegur Darshini, bila melihat Rosalinda menyeringai seorang diri. Rosalinda tidak memperdulikan Darsini. Lantas membalas whatsapp dari Que.
***Keluar dengar Dar! Dia nak jumpa Joshua. Dia ajak aku temankan".
Lebih 5minit whatsapp Rosalinda tidak dibalas oleh Que. Berkurut wajah Rosalinda menunggu Que membalas whatsappnya.
***Taipping***
Terseyum Rosalinda, bila melihat Que mula menaip semula.
***Jangan jumpa dia Rosa. Dia pasti ada dengan group dia. Mereka kalau jumpa perempuan, mana boleh datang sorang sorang. Bahaya untuk kau dengan Dar".
Wajah Rosalinda yang tadi terseyum, bertukar wajah yang berkerut. Rosalinda tidak membalas whatsapp dari Que. Dia hanya membiarkan sahaja whatsapp itu. Pada waktu yang sama, Rosalinda mula bimbang atas keselamatan dirinya dan Darshini. Rosalinda hanya berharap, tidak ada apa apa yang buruk terjadi, kepada dia dan Darshini. Sampai sahaja tempat yang dijanjikan oleh Darshini dan Joshua. Darshini dengan wajah yang riang, keluar dari kereta. Rosalinda hanya mampu melihat keriangan Darshini. Tidak sanggup rasanya untuk mematahkan keriangan kawan baiknya itu, yang begitu taksub untuk berjumpa joshua.
"Aku pasti, mesti Joshua ada menjanjikan kata kata manis kepada Darshini, sehingga Darshini mahu berjumpannya".
Bisik Rosalinda sambil mata setia memerhatikan Darshini, yang telah pergi terlebih dahulu kepada Joshua. Yang berada keseoarangan diluar sebuah mini pup. Terasa lega Rosalinda, bila melihat Joshua keseoarangan. Pertemuan Joshua dan Darshini seperti sepasanga kekasih yang telah lama mengenali antara satu sama lain. Joshua mengucup pipi Darshini, ketika Darshini sampai kepadanya. Joshua memeluk pinggan Darshini untuk dibawa masuk kedalam mini pup itu. Bertambah tidak selesa mata Rosalinda.
"Jap! jap! I ada bawak kawan i".
Kata Darshini, bila sahaja Joshua cuba menarik lembut pinggannya untuk masuk kedalam. Mata Joshua memandang kepada Rosalinda yang berjalan kepadanya. Wajah Joshua bertukar lebih gembira, bila melihat dirinya juga ada disitu. Joshua melihatnya dari atas sehingga kebawah dan terseyum nakal. Membuatkan dada Rosalinda berdegap degup.
"Jom lepak dalam".
Ajak Joshua dan setia memeluk pinggan Darshini. Rosalinda menganggukan sahaja kepalanya dan mengikut Joshua dan Darshini dari belakang.
"Heiii Jos"
Teriak empat lagi kawan Joshua yang juga ada disitu. Seumpamanya gembira dengan kehadiran Joshua. Rupanya, mereka berlima sama sama datang tadi. Lakonan mereka, cukup menjadi. Seumpama, Joshua baru hadir dimini pup tersebut.
"Tak sangka, mereka pun ada juga lepak dekat sini".
Bisik Joshua kepada Darshini. Darshini sedikit berkerut. Namun, bila melihat Joshua terseyum. Darshini juga turut terseyum.
"Introduce my friends. Ini Azhar, Syuk, Iris and Boy".
Darshini hanya terseyum dan tidak berjabat tangan dengan mereka. Joshua bermain mata pula kepada kawan kawannya. Menandakan ada kawan lain bersama Darshini. Terbuntang mata masing masing, bila melihat dibelakang Darshini ada Rosalinda. Bertambah teruja mereka berempat.
"Wahh Rosa pun ada sekali lah!"
Azhar terseyum menyeringai memandang kepada Rosalinda. Rosalinda hanya membalas dengan senyum.
"Mehh duduk sini".
Pelawa Syuk pula. Sambil menepuk nepuk kerusi disebelahnya.
"Tak apa i lepak sana ya".
"Ehhh janganlah macam tu. Meh lah lepak sama sama. Kami ni bukan jahat pun. sampai u takut nak lepak dengan kita orang".
Rosalinda memandang Darshini. Darshini hanya diam membisu. Darshini terasa serba salah terhadap Rosalinda. Dia tahu, Rosalinda betul betul tidak selesa dengan mereka berlima. Joshua menarik lembut tangan Darshini agar duduk bersama mereka. Darshini mengikut kemahuan Joshua. Bila melihat Darshini duduk semeja dengan mereka berlima. Rosalinda juga turut serta duduk bersama.
"Macam tu lah! Kita kawan satu kolej, belajar satu kolej ni, jangan sombong sombong sangat. Nanti orang benci".
Azhar menyeringai sambil memandang kepada Rosalinda dan menjeling pula ke peha Rosalinda yang kainnya terselak sedikit keatas. Rosalinda mengerutkan dahinya dan membetulkan kedudukannya.
"Lepak sini boringlah! Jom pergi karaoke dekat sebelah".
Ajak Iris pula. Yang cuba menukar tempat. Ketempat yang lain pula.
"Best jugak tu".
Balas Joshua, sambil memandang kepada Darshini. Darshini sepertinya terpukau dengan ketampanan wajah Joshua. Setia kali Joshua tersenyum, membuatkan Darshini tidak teruan. Siapa sangka, sekumpulan anak muda yang berwajah tampan, lepak bersamanya. Kerana begitu leka dengan wajah tampan mereka. Sampai Darshini lupa yang jejaka dikelilingnya, bukalah orang yang baik baik.
"Temankan i ya?"
Ajak Joshua kepada Darshini. Joshua tahu, kalau Darshini bersetuju, pasti Rosalinda akan ikut sama.
"Ehh tak boleh Jos, i dengan Rosalinda must go home early”.
Balas Darshini, sambil memandang Rosalinda. Terasa lega Roslinda, bila Darshini memberikan alasa.
“You don't like being friends with me? I just want to meet this cute girl in front of me. Tolonglah jangan balik dulu ya. Dapat teman i dekat karaoke tu sekejap pun tak apa”.
Pujuk Joshua yang begitu beria ria, tidak membenarkan Darshini dan Rosalinda pulang awal. Kata kata Joshua betul betul membuatkan Darshini serba salah. Manakala Rosalinda juga terasa serba salah kepada Darshini.
“Macam mana Rosa? Boleh ke?”
Darshini memandang kepada Rosalinda.
“Ok boleh! Tapi tak boleh lama. Kita lepak sekejap je ya?”
Darshini terseyum bahagia, bila Rosalinda bersetuju untuk pergi ke karaoke yang berada bersebelahan mini pup itu. Dalam langkah yang tidak berapa setuju untuk mengikut mereka ke sana. Rosalinda terpaska turutkan. Kerana bimbangkan keselamatan Darshini berseorangan, bersama lima orang jejaka itu.
Share this novel