SIHIR

Mystery & Detective Series 96597

perempuan sihir2
part32

“Kami ni menyusahkan auntie aja”.

Kata Rosalinda kepada Qistina. Bila mereka makan bersama sama.

“Apa yang menyusahkannya Lin… Boleh ke auntie Tina panggil u Lin? atau u nak auntie panggil u dengan nama lain?”.

Menyeringai Rosalinda bila Qistina bertanya begitu.

“Lin pun boleh auntie. Sedap hati saya bila auntie memangil dengan nama itu. Suara auntie seperti suara ibu saya. Terasa rindu pula dekat ibu. Wajah auntie juga mirip wajah aruah ibu saya. Cuma antie lebih cantik”.

Tersentak hati Qistina, bila Rosalind kata begitu. Qistina memandang kepada Darshini pula.

“Family u berapa orang?”.

Tanya Qistina kepada Darshini, Qistina cuba menukar topiknya kepada Rosalinda dan pergi kepada Darshini pula.

“Small family auntie. Hanya mummy, daddy, me and my brother”.

“Ohhh”.

Balas Qistina pendek.

“U pula Lin, siapa tinggal dengan u”.

Tanya Qistina kepada Rosalinda, yang berpura pura tidak mengetahui latar belakang Rosalinda.

“Saya dan papa sahaja auntie. Papa Lin dah lama, tak berapa sehat. Sejak Ibu meninggal dunia. Papa sakit, sampailah sekarang. Papa tak boleh berjalan. Lin betul betul teringin nak tengok papa sehat seperti dulu. Dapat bawak Lin jalan jalan macam dulu, masa ibu ada... Sejak papa sakit, kami tidak lagi keluar berjalan jalan bersama sama. Hanya nenek dengan atuk Lin sahaja yang bawa Lin keluar berjalan jalan dan pergi holiday”.

Sebak Qistian, bila Rosalinda berceritakan tentang bapanya.

“Sedaplah auntie masak”.

Darshini menukar topik perbualan. Kerana suasana bertukar sedih bila Rosalinda bercerita tentang keluarganya.

“Biasa biasa sahaja Dar. Kalau kamu berdua nak auntie masakan hari hari pun boleh. Auntie tinggal seorang diri aja dalam rumah ni... Bila Auntie Zura tak ada, terasa sunyi”.

Terseyum Darshini dan Rosalinda bila Qistina kata begitu. Selesai makan mereka bertiga duduk diruang tamu. Qistina bangun dari tempat duduknya dan terus kebilik upacara. Qistina menyediakan bahan bahan yang akan digunakan sebentar lagi. Qistina duduk menghadap, barang barang pemujaannya. Fikiran Qistina hanya memikirkan tentang suaminya yang masih lagi berada dibawah sihir yang pernah dilakukannya dulu dan sehingga kini. Qistina betul betul terlupakan sihirnya kepada Khairul.

“Kini sudah tiba masanya”.

Qistina membakar kemenyan dan memulakan upacara menyeru.

“Kini sudah tiba masanya… Sudah berbelas tahun kau dibawah sihir aku. Aku merasa puas sekarang. Atas perbuatan jahat kau kepada aku dan diatas kebaikan aku kepada kau dahulu. Telah aku balas. Separuh dari hidup kau terlantar tak boleh berbuat apa apa. Sekarang aku bebaskan kau dari Sihir aku… Wahaiiiii Jin yang memusnahkan hidup Khairul, aku seru kau datang semula kepada aku. Aku rasa sudah cukup dia merana. Kemari kamu, datang menghadap aku”.

Berdebar debar dada Qistina, bila mahu memutuskan Sihirnya kepada suami yang pernah disayangi dahulu dan juga pernah menyakitkan jiwanya juga. Qistina melukakan sedikit penghujung jarinya dan menitiskan beberapa titisan darahnya di dalam tepak asap kemenyan yang berkepul dengan asap. Asap yang berkepul itu seperti disedut sesuatu yang besar. Membuatkan asap kemenyan itu bekepuk disatu arah dan terus hilang. Qistina menegakkan badannya dan mula membuntang matanya, bila lampu didalam bilik berkelip kelip.

“Terima kasih kerana laksanakan tugas dengan sempurna. Aku akan berikan makana istimewa buat kau nanti”.

Qistina terseyum sendiri.

……………………………..

“Tolong aku tolongggggg”.

Khairul yang sedang tidur, mula meracau. Dia merasakan seperti diikat sesuatu. Khairul dapat merasakan sesuatu duduk diatas badannya dan dia cuba untuk melepaskan diri. Dengan sepenuh tenaga, Khairul megerang kesakitan dan cuba untuk membuka ikatan tersebut. Bila Kahirul melawan, Khairul dapat merasakn ikatan dirinya mula rengang. Dengan seluruh tenaganya, Khairul merentap ikatan itu dan Khairul terus tersedar dari tidurnya.

“Allahhuakbar”.

Jerit Kahirul. Dari baring Khairul terus terduduk diatas katil. Terkejut Kahirul bila dia boleh bangun dari baring dan terduduk. Mata Kahirul membuntang melihat dirinya yang boleh mengerakkan angota badannya.

“Syukur alhamdulillah”.

Kahirul mengangkat tangannya berdoa dan bersyukur dengan apa yang telah berlaku keatas dirinya. Kahirul mula menangis kegembiraan. Khiarul dapat merasakan dirinya seperti terlepas dari sesuatu beban yang selama ini mengikatnya. Khairul bangun dari katil dan duduk dipenghujung bucu katil. Khairul cuba untuk bangun. Kakinya cuba memijak lantai, buat pertama kalinya. Tetapi tenaganya masih belum kuat. Mungkin kerana sudah berbelas tahun dia terlantar dan tidak mengunkan kakinya untuk berjalan. Khairul mencuba dan tetap mencuba. Khairul berpaut dibucu katil dan cuba lagi untuk bangun. Akhirnya Khairul berjaya berdiri, bertongkatkan tiang katil. Khairul terseyum sendiri. Tak sabar rasanya untuk menunjukkan kepada anak kesayangannya. Yang dia boleh berdiri sendiri.

……………………………….

“Lin, Dar kemari”.

Teriak Qistina dari dalam bilik pemujaan. Rosalinda dan Darshini bangun dari ruang tamu dan berjalan datang kepada Qistina yang setia duduk dihadapan tepak kemenyan dan beberapa barang pemujaan dihadapanya termasuk gambar lima anak muda yang berada didalam dulang. Darshini dan Rosalinda duduk bersila dihadapan Qistina.

“Sorang dari mereka telah dihapuskan”.

Bicara Qistina, sebaik sahaja dua anak gadis itu melabuhkan punggungnya dilantai yang beralaskan karpet. Darshini dan Rosalinda terseyum bahagia.

“Yang seterusnya akan menyusul. Sorang demi seoarang”.

Bertambah bahagia Darshini dan Rosalinda.

“Tapi, kali ini kamu yang harus mengerjakan mereka sendiri. Kamu harus bertentangan mata dengan mereka berempat dan membaca mentera yang akan auntie berikan. Kamu harus mengunakan wangian yang auntie akan berikan nanti… Kamu berdua juga harus mendekati mereka agar mereka dapat menghidu wangian itu. Setelah mereka melafaskan yang kamu berdua wangi. Kamu harus melafaskan ayat yang auntie berikan dan menghembus kewajah mereka. Barulah sihir yang kamu tujukan akan terkena mereka”.

Rosalinda dan Darshini menganggukkan kepalanya tanda faham kepada Qistina. Tak sabar rasanya mereka berdua untuk menghapuskan lagi empat orang musuh mereka.

“Kemari jari kamu berdua”.

Arah Qistian. Rosalinda dan Darshini berpandangan sambil berkerut dahi.

“Jangan takut. Auntie hanya mahu sedikit titisan darah kamu berdua. Untuk untie masukan kedalam botol wangian ini. Agar lebih mujarab nanti. Bauan ini hanya untuk mereka berempat sahaja. Kepada orang lain, tidak ada kesan apa apa”.

Rosalinda menghulurkan jari telunjuknya kepada Qistina diikuti oleh Darshini. Qistina terseyum melihat gelagat anak gadis itu. Mereka sepertinya takut takut. Qistina mengambil jarum yang dicucuk diatas limau dan melukakan tangan Rosalinda terlebih dahulu dan menekan sedikit kuat, agar darah dijari Rosalinda keluar dan dititiskan didalam botol yang berisi minyak wangi. Diikuti pula oleh darah Darshini. Kemudian, Qistina mengasapkan wangian itu diatas asap kemenyan. Sambil mulutnya komat kamit membaca sesuatu. Membuatkan Rosalinda dan Darshini meremang bulu roma.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience