Perempuan Sihir 2
part41
“Auntie Tina, kami betul betul gembira. Yang kedua telah pun terhapus. Padan muka dia”.
Kata Rosalinda kepada Qistina. Raut wajah Rosalinda dan Darshini betul betul bercahaya, bila hajatnya terlaksana. Membuatkan Qistina dan Zura berpandangan.
“Dia pasti akan jadi macam aku satu hari nanti, kalau aku terus membiarkan dia terjebak dalam ilmu sihir ini”.
Bisik Qistini sendiri, sambil memandang anaknya yang dalam kegembira, setelah menghapukan sesorang.
“Kenapa auntie pangil kami kemari?”.
Tanya Rosalinda kepada Qistina. Qistina menarik nafas panjang.
“Selepas ini, kamu berdua tak perlu lagi mengunakan ilmu ini. Auntie yang akan uruskan mereka bertiga”.
“Bukan bertiga auntie, tapi berempat lagi”.
Balas Darshini. Membuatkan Qistina dan Zura berkerut dahi.
“Kenapa bertambah ramai pula?”.
Zura berkerut dahi, begitu juga Qistina. Rosalinda menceritakan, siapa dalang yang sebenarnya kepada Zura dan Qistina. Zura dan Qistina menganguk tanda faham.
“Kenapa kami sendiri tak boleh buat auntie?”.
Tanya Rosalinda.
“Kerana kamu masih muda. Kamu tidak seharusnya bermain dengan sihir. Sihir bukan barang maninan. Sekali melangkah, mengundur bukan sesuatu yang mudah. Jadi , selepas ini. Auntie yang akan melaksanankan tugas yang seterusnya. Kamu berdua boleh meneruskan kehidupan kamu seperti biasa. Tapi kamu jangan bimbang. Auntie akan terus berada disamping kamu berdua. Selagi mereka berempat tidak terhapus. Kamu jangan bimbang”.
Qistina dan Darshini hanya menganggukkan kepalanya sahaja. Tanda faham.
“Jom ikut auntie”.
Qistina bangun dari tempat duduknya dan terus kebilik pemujaan. Diikuti Rosalinda dan Darshini. Zura pula terus kedapur.
“Duduk”.
Arah Qistina. Darshini dan Rosalinda duduk dihadapan Qistina. Qistina mula bermain dengan asap kemenyan. Sambil mengasap asapkan tiga gambar yang berada ditangannya.
“Mana gambar yang lagi satu tu”.
Rosalinda menyerahkan gambar tersebut kepada Qistina dan Qistina mengasapkan keempat empat gambar tersebut.
“Kenapa aku terasa panas ni ya!”.
Tanya Boy kepada Joshua, Azhar dan Que yang duduk diruang tamu, sambil bermain game.
“Yalah bro! Aku pun terasa bahang sangat ni!. Kau tak bukak air cond ke bro”.
Marah Azhar.
“Aku bukak lah Har! Mata kau tu butakan. Tengok lah atas tu”.
Boy membeliakkan matanya memandang Azhar. Joshua yang baring diatas kerusi, terus bangun.
“Aku nak mandi lah. Badan aku ni dah berpeluh peluh kepanasan”.
Kata Joshua dan terus kebilik air. Manakala yang lain mengibas gibas badan masing masing dengan baju.
“Nak!”.
Kata Zura, sambil menghulirkan botol kaca yang kecil kepada Qistina. Qistina mengambil botol kaca tersebut dan meletakan botol kaca kecil tersebut kedalam batu lesung yang berada dihadapannya sedari tadi. Rosalinda dan Darshini hanya memerhatikan getak geri Qistina. Zura pula terus keluar dari bilik itu. Setelah mengasapkan kembali gambar gambar tadi. Qistina melekatkan kebawah gambar gambar tersebut. Dan mengambil botol kaca kecil yang berada didalam batu lesung. Qistina mengasapkan botol kecik tersebut dan kembali meletakan botol tersebut kedalam batu lesung. Lalu Qistina memecahkan botol tersebut dengan anak batu lesung. Membuatkan botol tersebut hancur. Berapandangan Rosalinda Darshini, lalu mereka berdua memandang Qistina dengan wajah yang berkerut. Qistina pula hanya meyeringai memandang mereka berdua dihadapannya. Manakala tangannya masih menumbuk numbuk kaca tersebut. Hingga menjadi debu kaca yang halus.
“Siapa dulu antara mereka berempat yang kamu nak hapuskan?”.
Tanya Qistina selamber.
“Ring!Ring! Ring”.
Belum sempat Rosalinda membuka mulut, talifon bimbit Rosalinda berbunyi. Rosalinda memandang nama di screen talifon bimbitnya. Tertera nama Papa.
“Papa Call”.
Kata Rosalinda kepada Darshini. Berdebar dada Qistina, bila Rosalina mengatakan papanya yang menghubunginya. Rosalinda membuat isyarat tangan. Agar diam seketika. Dan Rosalinda menjawap pangilan papanya itu.
"Hello papa".
"Hello Lin. Lin dekat mana sayang?".
Tanya Khairul, bila mendengar suara Rosalinda.
"Lin rumah kawan. Kenapa ya?".
Tanya Rosalinda pula.
"Mak tok sakit. Mak tok nak jumpa Lin".
"Apa papa, Mak tok sakit".
Terkejut Rosalinda begitu juga Qistina.
"Baik papa. Lin balik sekarang".
Rosalinda memutuskan talian dan meletakan talifon bimbitnya didalam bag semula.
"Weii, Mak tok sakit lah".
Kata Rosalinda kepada Darshini.
"Aku kena balik kampung".
Kata Rosalinda lagi kepada Darshini dan memandang kepada Qistina... Luruh hati Qistina bila mendengar ibunya sedang sakit. Air matanya berlumba lumba untuk keluar, tetapi dia mampu menahan air matanya dari berkelopak dimata.
"Auntie Tina, Lin balik dulu ya?. Nanti auntie teruskan sahaja upacara ini".
Kata Rosalinda kepada Qistina. Qistina hanya menganguk angukkan kepalanya sahaja. Rosalinda dan Darshini bangun dari tempat duduknya dan berlalu pergi. Meningalkan Qistina sendiri. Qistina bagun dari tempat duduknya dan berlari masuk kedalam bilik Zura. Lantas memeluk erat Zura dan mula menangis. Zura yang tidak tahu apa apa. Berkerut dahi, bila Qistina mula menangis.
"Ibu aku sakit Zura. Aku rindu ibu aku. Sekarang dia tengah sakit. Aku teringgin sangat nak tengok dia Zura. Aku nak sangat peluk dan cium dia. Aku nak dia tatap wajah aku. Sebelum dia menutup matanya Zura. Aku nak sangat pergi jumpa dia. Tolong aku Zura. Aku tak tau caranya macam mana?".
"Sudah lah Qis, jangan nangis".
Zura melepaskan pelukan Qistina dan memandang Qistina.
"Kau nak wujudkan diri kau, didepan semua orang yang kau kenal ke Qis?".
Qistina terdiam seketika, bila Zura tanya begitu.
"Tapi! Ibu aku sakit Zura. Aku nak sangat tengok dia Zura. Aku nak peluk dia kuat kuat".
Zura terdiam, bila Qistina kata begitu.
"Papa! Papa".
Jerit Rosalinda, sebaik sahaja dia sampai dihadapan pintu... Khairul yang bertongkat. Turun kebawah, melangkah satu persatu anak tangga. Rosalinda berlari mendapatkan Papanya dianak tangga.
"Mak tok macam mana Papa?".
Tanya Rosalinda dengan wajah yang gusar.
"Mak tok tak berapa sehat Lin. Tok wan baru Call papa tadi. Katanya nak sangat tengok kamu".
"Jomm papa". Ajak Rosalinda, yang tergesa gesa untuk pulang kekampung ibunya diKlang.
"Jangan kelang kabut sangat Lin".
Khairul berkerut dahi, bila melihat Rosalinda dalam keadaan begitu.
"Jom kita pergi sekarang. Biar Papa yang bawak".
Kata Khirul lagi. Rosalinda mengangguk tanda setuju. Rosalinda tahu, papanya pasti risau. Dirinya akan memandu laju nanti... Sekiranya dia yang memandu pulang kekampung.
Share this novel