5 jahanam

Mystery & Detective Series 96597

Perempuan Sihir2
part26

Debaran didada Rosalinda dan Darshini semakin sampai ke kemuncaknya bila melihat Azhar, boy, syuk, Irid dan Joshua berada didataran sambil mengganggu anak anak gadis yang lalu lalang dihadapan mereka sambil gelak ketawa, bila mereka tidak dilayan oleh gadis yang lalu dihadapan mereka. Darshini memimpin tangan Rosalinda dan megengam kuat jari Rosalinda. Sepertinya takut dengan mereka. Rosalinda juga takut terhadap mereka. Tertapi bagai ada satu kuasa. Membuatkan Rosalinda tidak segemuruh Darshini.

"We have to be strong princess".

Darshini memandang Rosalinda, bila Rosalinda kata begitu. Membuatkan Darshini terseyum dan tidak lagi mengengam kuat jari Rosalinda. Tetapi masih dalam posisi memegang.

"Bro! Bro! Tengok siapa yang datang tu".

Kata Azhar kepada kawan kawannya, sambil jarinya ditundingkan kepada Darshini dan Rosalinda... Mata masing masing beralih arah kepada jari Azhar. Terseyum menyeringai masing masing bila melihat Rosalinda dan Darshini datang ke kolej dan lalu disitu.

"Haii Rosa! Hai Dar. Dah lama kami tunggu korang datang kolej. Akhirnya datang jugak".

Tegur Syuk, sambil terseyum gatal. Membuatkan nafas Rosalinda turun dan naik dengan pantas dan tidak menentu. Rosalinda mengetap giginya menahan kemarahan, bila melihat wajah wajah mereka. Tiba tiba Joshua bangun dari tempat duduknya dan menghampiri Darshini.

"Please forgive me dear. I promise not to be naughty again. Jom kita keluar lagi nak... Kali ni kita keluar berdua sahaja. Definitely more fun".

Joshua tersenyum gatal dihadapan Darshini. Terbuntang mata Darshini memandang Joshua.

"Pangg".

Darshini melepaskan satu tamparan dipipi Joshua. Membuatkan Azhar, Boy, Syuk dan Iris terbangun dari tempat duduk mereka. Joshua cuba untuk melapaskan satu tumbukan dimuka Darshini, tetapi sempat dihalang oleh Rosalinda.

"Sial punya betina".

Joshua mengetap gigi sambil menahan marah. Darshini pula terseyum sinis begitu juga Roslinda.

"Mereka tak puas agaknya, kena dengan kita hari tu".

Boy bersuara sambil jalan menghampiri Roslinda. Boy merapatkan badanya ditepi sisi Rosalinda. Rosalinda menolak keras Boy yang cuba menghampirinya. Boy tersengih bila Rosalinda buat begitu.

"Manusia macam korang tak patut wujud dalam dunia ni. Korang akan dapat pembalasannya nanti... Aku akan pastikan korang sujud dikaki kami nanti".

Rosalinda mengetap gigi semasa berbicara dan menarik Darshini untuk meninggalkan mereka semua. Berkerut wajah masing masing bila Rosalinda kata begitu. Tetapi mereka tidak mengambil peduli dengan kata kata Rosalinda. Mereka ketawa dengan lebih kuat. Bila Rosalinda dan Darshini berjalan pergi.

"Tolong maafkan saya Rosa".

Tiba tiba Que menghalang jalan Rosalinda dan Darshini. Bila terpandang Que, Rosalinda teringat kembali kata kata Que yang menyakitkan hatinya.

"Berambuslah kau dari depan aku. Aku dah menyampah dengan kau. Bukan kau ke yang hina aku depan karaok hari tu. Kau kata aku betina jalang. Sengaja nak suruh mereka yang tak berguna tu rogol aku. Heiii berambus lahh".

Rosalinda menolak bahu Que dan menarik tangan Darshini agar berjalan lebih pantas. Meninggalkan Que. Que menarik nafas panjang. Bila Rosalinda kata begitu kepadanya.

"I betul betul tak sabar nak jumpa auntie tu. I nak ajar mereka. Biar mereka rasa sakit, macam mana kite kena".

"Sabar Dar, kite pasti akan sakitkan mereka. Kita buat mereka sujud dekat telapak kaki kita. Masanya akan tiba. Kita akan kena kan mereka habis habisan".

Rosalinda menyeringai ketika berbicara. Darshini membalas senyuman itu dan meganguk angukkan kepalanya tanda faham.

"Bib! Bib!"

Whatsapp Rosalinda berbunyi. Rosalinda menjeling kepada talifon bimbitnya yang berada diatas meja. Tertera nama Que didalam whatsapp yang masuk. Rosalinda menjeling bila melihat whatsapp itu tanpa memegangnya. Beberapa kali whatsappnya berbunyi.

"Siapa yang watsap tu Lin. Kenapa tak balas?"

Tanya Khairul kepada anakanya. Bila melihat anaknya hanya menjeling melihat talifon bimbit itu. Rosalinda hanya terseyum apabila bapanya bertanya dan Rosalinda menyambung semula makan.

"Macam mana kolej, ok ke?"

Tanya Khairul kepada Rosalina.

"Ok papa, cumaaa".

Rosalinda terhenti dari menghabiskan ayatnya.

"Cuma apa Lin?".

Rosalinda terseyum memandang papanya. Yang sebenarnya, dia mahu meluahkan perasaan takutnya kepada budak budak jahat yang telah merogolnya kepada bapanya. Tetapi dia bimbang bapanya akan merasa risau.

"Tak ada apa apa papa".

"Lin kalau ada apa apa masalah, tolonglah cerita dekat Papa. Papa tak mahu perkara buruk seperti hari itu terjadi lagi".

Rosalinda terseyum sambil bangun mencuci tangan didapur setelah menghabiskan makannya dan datang semula diruang makan. Kahirul setia memerhatikan Rosalinda. Rosalinda memusingkan kerusi roda kahirul dan duduk berlutut dihadapan Kahirul. Sambil memegang tangan bapanya itu.

"Papa jangan bimbang. Saya tak akan jadi seperti hari itu lagi. Saya akan jadi anak yang kuat. Begitu juga Darshini. Kami tak akan biarkan perkara hitam yang terjadi kepada kami, berulang kembali".

Rosalinda terseyum bahagia dihadapan bapanya. Kahirul yang seakan akan bimbang denagn kata kata Rosalinda itu, juga turut terseyum.

"Bib! Bib".

Whatsapp Rosalinda berbunyi lagi.

"Tengoklah siapa yang whatsap tu Lin. Penting agaknya. Sampai bertalu talu bunyi".

Kata Kahirul kepada Rosalinda. Bila bertalu talu bunyi watsapp yang masuk. Rosalinda mencapai talifon bimbitnya.

"Bik Nini, tolong kemaskan meja makan ya?".

Jerit Rosalinda kepada pembantu rumahnya. Yang berada didapur.

"Baik Lin".

Balas pembantu tersebut...

"Papa nak masuk bilik ke? Lin hantarkan".

"Tak apa Lin, papa nak tengok t.v. Lin pergi lah dulu. Nanti papa suruh Bik Nini tolakkan papa".

Rosalinda terseyum dan berjalan masuk kedalam biliknya bersama talifon bimbit ditangan. Sampai didalam bilik, Rosalinda membuka whatsapp talifon bimbitnya yang bertalu talu masuk tadi.

*Rosa, saya minta maaf sangat dekat awak. Saya tak sepatutnya marah awak begitu. Tolong maafkan saya.

*Saya janji tak akan ikutkan hati lagi. Saya sayang awak, sebab itu saya bertindak begitu.

*Saya kecewa pada mulanya. Tetapi saya terpaksa akur dengan apa yang telah terjadi. Tolong maafkan saya Rosa...

Berkerut wajah Rosalinda bila membaca watsap dari Que. Dalam masa yang sama perasaan sayangkan Que masih wujud didalam diri Rosalinda. Rayuna Que, sedikit sebanyak melembutkan hatinya yang sedang panas. Memori indah bersama Que lebih membukakan hati Rosalinda untuk memaafkanya. Rosalinda membalas whatsapp dari Que dengan senyuman.

*Saya maafkan awak. Lepas ini, tiada maaf bagi mu".

Terseyum menyeringai Rosalinda, bila melepaskan whatsapp itu kepada Que. Tidak sampai beberapa saat, whatsap itu dibalas Que.

*Terima kasih sayang. I miss u so much... Malam ni kita keluar nak? da lama kita tak keluar berdua. Saya belanja awak makan malam ni. Kita makan tempat yang awak suka tu".

Bertambah gembira Rosalinda. Bila Que mengajaknya keluar berdua. Rosalinda menerima pelawaan Que itu.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience