Perempuan sihir 2
part8
"Jom masuk, kita bincang dekat dalam rumah. Tentang hajat kamu berdua".
Pelawa wanita itu dan terus berjalan masuk kedalam diikuti oleh Darshini dan Rosalinda.
"Kamu berdua duduk dulu, saya ambikan minuman".
"Ehhh tak payah susah susah kak".
"Tak ada yang susahnya".
Balas wanita itu dengan nada yang lembut dan terus menuju keruang dapur. Dari tempat duduk Rosalinda. Rosalinda dapat melihat ruangan dapur wainta itu... Rosalinda dan Darshini memandang sekeliling ruangan tamu didalam rumah wanita itu. Susunan perabut, yang cukup teratur dan kemas.
"The house is beautiful, the woman is also beautiful kan".
Rosalinda hanya menganggukan kepalanya sahaja. Apabila Darshini kata begitu. Dia juga betul betul terpegun dengan kelembutan dan kecantikan wanita itu... Wanita itu kembali keruang tamu dengan membawa dua air kotak ditangannya.
"Maaf kalau hanya air kotak sahaja".
"Ehh tak apa! Ini pun dah ok".
Balas Rosalinda.
"Ok kita teruskan... Apa hajat kamu berdua datang kemari?"
Darshini dan Rosalinda berpandangan antara satu sama lain.
"Kamu berdua nak cantik ke?"
Tanya wanita itu lagi.
"Tapi, kamu berdua dah cukup cantik. Apa yang kurang lagi?"
Wanita itu terseyum memandang Darshini dan Rosalinda. Darshini dan Rosalinda pula masih terpinga pinga memikirkan ayat yang sesuai untuk bertanya wanita itu.
"Kak! Selain rawatan susuk untuk cantik. Akak ada buat rawatan lain jugak ke?"
Berkerut wajah wanita itu, bila ditanya begitu.
"Maksud kamu berdua. Rawatan santau atau sihir ke?"
Tanya wanita itu. Yang seakan akan faham dengan tujuan kedatangan mereka berdua. Darshini dan Rosalinda menganguk angukkan kepalanya. Wanita itu terseyum semula.
"Kenapa sampai nak sihir orang ni?"
Tanya wanita itu, membuatkan mereka berdua, setia berdiam diri.
"Saya tak buat sihir, tapiii".
Wanita itu memandang kepada Rosalinda.
"Nama kamu siapa".
Tanya wanita itu kepada Rosalinda.
"Nama saya Rosalinda dan ni kawan baik saya Darshini".
"Sedap nama tu".
Wanita itu setia terseyum.
"Kak, saya dan Rosa nak sihir jantan jantan tak guna yang telah hancurkan masa depan kami kak. we are really angry".
Terang Darshini kepada wanita itu. Sedang Darshini menceritakan segala yang telah berlaku. Rosalinda pula tidak dapat menumpukan perhatian kepada cerita Darshini itu. Rosalinda asik memerhatikan sesuatu yang sedari tadi, asik menjeguk jeguk, disebalik dinding pemisah, antara ruang tamu dan dapur. Beberapa kali lembaga yang seperti seseorang itu, menjenguk jenguk. Membuatkan Rosalinda tidak memberikan tumpuan yang sepenuhnya. Matanya sering memerhatikan kearah dapur.
"Apa benda tu ya? kalau kawan bomoh ni, kenapa mesti mengintai sampai macam tu sekali. Kenapa tak tonjolkan diri je?"
Bisik Rosalinda didalam hati.
"Kamu tengok apa tu?"
Tanya wanita itu, bila melihat Rosalinda tidak memberikan tumpuan. Malah, asyik melihat keruang dapur sahaja. Terkejut Rosalinda, bila ditegur oleh bomoh itu.
"Akak duduk dalam rumah ni dengan siapa?"
Tanya Rosalinda.
“Kamu berdua jangan panggil saya kakak. Saya rasa kekok pulak. Usia saya dah makin hampir 50tahun. Kamu berdua pangil i auntie ya. Nama i Zura. Jadi u berdua panggil i auntie Zura”.
Terkejut Rosalinda dan Darshini bila mendengar usia wanita itu. Kelihatan wajahnya tidak sebanding usia. Wajahnya kelihatan seperti baru berusia awal 30an.
“Auntie Zura tinggal dengan siap?”
Ayat yang sama ditanya semula oleh Rosalinda.
“Auntie tinggal seorang sahaja”.
“Ohhhhhh”
Itu sahaja yang keluar dari mulut Rosalinda sambil sesekali mencuri pandang ke dapur.
“Kenapa? Kamu nampak orang lain selain kita didalam rumah ni ke?”
Rosalinda hanya berdiam diri. Darshini pula berkerut memandang kepada Rosalinda.
“Okay lah, kita berbalik kepada tujuan asal kamu berdua. Dari apa yang kamu cerita tadi. Kamu mahukan sihir untuk menyihir orang kan?”
“Ya auntie Zura. Kamu nak cari orang yang boleh memberikan kami sedikit kuasa untuk menunaikan hajat kami berdua”.
Kali ini Rosalinda mula menumpukan tumpuannya kepada auntie Zura.
“Yang sebenarnya auntie tak buat sihir untuk sihir orang. Auntie hanya bagi orang kelihatan lebih cantik sahaja. Tapi kalau kamu betul betul mahukannya kamu sendiri boleh buat”.
Zura memandang kepada Rosalinda ketika berbicara. Membuatkan Rosalinda mengerutkan wajahnya.
“Macam mana nak buat tu auntie?”
Zura terdiam seketika, sambil memandang kepada loket yang dipakai oleh Rosalinda.
“Cantik loket kamu”.
Rosalinda memandang kepada loket rantainya. Begitu juga Darshini.
“Ibu saya yang bagi loket ni. Sebelum ibu meninggal dunia”.
“Loket kamu bukanlah loket yang kosong. Loket itu berpenjaga. Ibu kamu telah pun meletakkan penjaga diloket itu. Tujuan untuk menjaga kamu. Kalau kamu mahu dia membantu kamu, Kamu harislah memberikan sesuatu, agar jin yang menjaga loket itu hidup dan melaksanakan tugasnya”.
Terkejut Rosalinda dan Darshini, bila mendengar kata kata Zura...
"Mana auntie tau loket ini berpenjaga?"
Tergelak kecil Zura, bila Rosalinda bertanyakan soalan begitu.
"Saya ni tidaklah pandai sangat dari segi kebomohan, tapi saya ada pendamping yang akan memberitahu saya, apa yang ada pada tetamu tetamu saya yang datang kesini. Kalau dia berbisik mengatakan kamu berdua orang yang tidak ada tujuan jahat, barulah saya benarkan kamu berdua masuk kedalam rumah. Saya juga macam manusia biasa. Takutkan ancaman jahat".
Mengangguk Rosalinda dan Darshini, bila Zura kata begitu.
"Kamu jangan gusar Linda".
Terkejut Rosalinda bila Zura memangilnya dengan nama Linda. Pangilan itu hanya ibu dan orang terdekat sahaja yang menggunakan pangilan nama itu.
"Ahhhh mungkin kebetulan dia ambil nama hujung aku".
Bisik Rosalinda dan kembali menumpukan kepada Zura semula.
"Dia akan menurut kehendak kamu, kalau kamu menyerunya. Saya akan membantu kamu berdua. Kalau kamu betul betul mahu menyeru jin yang menjaga kamu itu. Kamu harus datang kemari malam esok, untuk upacara menyeru... Saya akan ajar kamu. Kamu berdua balik dan fikirkan betul betul. Kalau kamu sudah bersedia. Kamu datang terus kemari. Auntie akan membantu kamu berdua".
"Kenapa tak malam ni sahaja auntie. Kenapa harus malam esok. Dendam didalam hati ini betul betul membuak buak. Tidak ada sedikit pun belas kasihan mereka terhadap kami berdua. Mereka merogol dan memukul kami, tanpa rasa bersalah".
"Ya! Betul apa yang Rosa kata tu auntie. Kami dirogol bergilir gilir. Yekkkkkk jijik kami nak tatap wajah mereka lagi. Sampaikan kami sudah seminggu tidak masuk belajar dikolej. We hate them. We hope they get sick and die".
Amarah Rosalinda dan Darshini begitu membuak buak.
"Bukan tak boleh malam ni. Auntie harus menyediakan pelbagai peralatan untuk menyeru jin itu. Kita tak boleh buat kerja tergopoh gapah. Benda ini harus dibuat kemas, agar menjadi".
Terang Zura sambil terseyum. Melihat dua anak muda dihadapanya betul mempunyai dendam yang begitu membara.
"Kamu berdua balik kerumah masing masing berehat, tenangkan fikiran. Esok malam kamu berdua datang semula kesini. Auntie akan sediakan semua peralatan".
"Baiklah auntie Zura, kami balik dulu. Esok malam, kami pasti datang semula".
Rosalinda dan Darshini bangun untuk pulang. Buat kali terakhir Rosalinda memandang keruang dapur. Kelihatan susuk itu, masih lagi menjeguk dan menghilangkan diri, bila Rosalinda memandang kedapur. Zura yang dapat menghidu perbuatan Rosalinda, juga turut memalingkan badannya dan melihat keruang dapur. Terseyum Rosalinda, bila Zura meniru perbuatanya.
"Kami balik dulu ya auntie?"
Darshini menolak sedikit Rosalinda yang sebuk menyeringai.
"Ok! baik baik jalan tu. Hati hati memandu".
"Terima kasih auntie".
Balas Darshini lagi.
"Same same".
Zura mengikut mereka berdua hingga ke kereta dan melambai permergian mereka berdua. Zura masuk semula kedalam rumah, bila kereta Rosalinda, hilang dari pandangan matanya.
"Dah lah tu. Keluar! Mereka berdua dah balik"
Share this novel