Orang pertama derita

Mystery & Detective Series 96597

Perempuan sihir2
part 29

"Korang tau! Malam tadi masa aku tidur, aku mimpi buruk sangat".

Kata Iris kepada kawan kawannya, semasa lepak didataran dihadapan sebuah club.

"Kau mimpi apa bro".

Tanya Azhar kepaa Iris.

"Mimpi hantu beb. Tapi mimpi tu macam betul betul real terjadi depan mata aku".

Terang Iriz.

"Badan aku sampai tak boleh bergerak. Macam nak putus nyawa aku. Bila hantu tu impap aku. Aku tak boleh melawan".

Cerita Iris lagi.

Terkejut Azhar, bila mendengar cerita dari Iris, begitu juga kawan kawan yang lain. Rupa rupanya mereka berlima juga mendapat mimpi yang sama.

"Jangan jangan! Jeng jeng jeng!".

Gurau Syuk.

"Jangan merepek lah Syuk".

Marah Joshua, bila Syuk cuba menakut nakutkan lagi, mereka yang sedia takut itu.

"Ahhhh sudah lah! Itu cuma satu kebetulan sahaja. Korang ni suka sangat fikir bukan bukan".

Kata Boy pula... Masing masing mengangguk faham dan tidak mahu lagi memikirkan hal itu.

"Dari korang dok fikirkan benda mengarut tu, baik kau cari mangsa. buat lepak malam ni".

Kata Azhar sambil menyeringai memandang kawan kawanya. Mereka juga turut terseyum dengan cadangan Azhar itu.

....…....….....……….........…...............

"Wahai jin yang tunduk kepada aku. Kemari kau wahai jin. Aku seru kamu semua, agar datang mengikut arahan ku. Aku benci akan orang yang berada didalam gambar ini. Budak dudak ini telah menghancurkan masa depan anak aku. Aku dapat rasakan mereka tidak takut dengan salam perkenalan yang aku hantar. Aku mahu kamu semua pergi semula dan hancurkan hidup mereka, satu demi satu. Agar masing masing dapat melihat kesesaraan antara mereka".

Kata Qistina kepada mahluk belaannya. Qistina mengambil gambar Iris, anatara orang pertama akan disihirnya dan menyusukkan sebatang jarum diatas gambar Iris.

"Tak akan ada diantara kamu yang dapat terlepas dari sihir aku. Silap besar kau merosakkan anak aku. Kau adalah orang pertama yang akan mati dalam masa 24jam".

Qistina melafaskan itu dengan nada yang begitu marah. Sambil menghentak hentak tangannya diatas lantai. Qistina bangun dari tempat duduknya didalam bilik pemujaannya itu dan terus keluar bersama Jamuan yang harus diberikan kepada mahluk peliharaannya ditangan.

"Nak bagi mereka makan ke?"

Tanya Zura yang duduk diruang tamu sambil menonton television.

"Ya".

Balas Qistina ringkas, dan terus keluar rumah, melalui pintu dapur. Qistina mendogak kelangit, kelihatan bulan begitu cantik dan terang sekali malam ini.

"Ini adalah malam yang terbaik buat aku".

Lafas Qistina dan terus berjalan menuju kesebatang pokok didalam taman dibelakang rumah Zura. Qistina meletakkan dulang makanan itu diatas tanah. Dan mula melukakan sedikit jarinya. Darah dijarinya, dititiskan diatas gambar Iris kemudian dititiskan pula diatas ayam hitam yang telah mati, didalam dulang itu. Lalu Qistina meletakkan gambar Iris diatas badan ayam hitam itu dan dicucuk gambar Iris dengan jarum.

"Dia yang aku mahu tujukan. Laksanakan tugas kau".

Arah Qistina keras.

...…...…….....................…...........................

"Aku panaslah korang".

Kata Iris kepada Boy dan Joshua, kerana mereka bertiga, tinggal bersama sama didalam sebuah rumah kepunyaan Boy.

"Panas apanya Ris, dok dalam aircond ni!".

Kata Boy, Iris membuka bajunya dan mengipas gipas badannya dengan majalah.

"Bro, what's wrong with your body?".

Tanya Joshua, sebaik sahaja Ris membuka bajunya. Boy juga menoleh kepada badan Iris, bila Joshua, kata begitu.

"Ya lah Ris, kenapa badan kau jadi merah merah, macam melecur je beb?".

Terbuntang mata Iris, bila kawan kawanya kata begitu.

"Aku tak tau lah bro, tiba tiba aku rasa badan aku panas dan pedih pedih. Nafas aku pun tak berapa bagus".

Kata Iris yang masih lagi kepanasan dan mengipas gipas badanya dengan majalah.

"Well you go to the clinic bro".

Joshua menalek nalek badan Iris. Yang kemerah merehan.

"Ahaaa nanti nanti lah! Aku rasa kejap lagi ok lah tu... Lagi pun, aku dah makan panadol tadi. Aku rasa, aku nak tidur dulu lah".

Kata Iris kepada kawan kawannya.

"Ok lah bro, kau rehat lah dulu. Apa apa kau pangil je. Aku dengan Joshua lepak sini, main game".

Iris mengangguk tanda faham dan terus masuk kedalam bilik tidurnya. Manakala Joshua dan Boy, mula leka bermain game.

"Tolong! tolong!".

Jerit Iris, membuatkan Joshua dan Boy berlari masuk kedalam bilik Iris. Bila pintu bilik dibuka. Joshua dan Boy terperanjat, bila dapat melihat satu mahluk yang besar, bermata merah, duduk ditepi Iris, melalui cahaya bulan dari luar bilik yang memancar melalui cermin tingkap bilik Iris, membuatkan mahluk itu dapat dilihat oleh mereka berdua. Mereka berdua menutup mata ketakutan dan menggigil didepan pintu bilik Iris.

"Tolongggggg".

Suara Iris bertambah pelahan... Boy membuka mata pelahan lahan. Manakala Joshua masih mentup matanya sambil megengam belakang baju Boy.

"Dah tak ada".

Kata Boy dan terus bergegas masuk kedalam bilik Iris lalu terus membuka lampu. Susana yang gelap tadi, kembali terang. Boy dan Joshua berjalan kepada Iris yang tercungap cungap diatas katil.

"Bro kenapa bro?".

Tanya Joshua yang masih lagi dalam ketakutan, melihat mahluk tadi. Boy menghampiri Iris dan duduk disebelah Iris diatas katil.

"Aku sakit korang! Aku dah tak tahan sangat ni".

Nafas Iris turun dan naik dengan laju. Sepertinya tidak dapat cukup oksigen.

"Dia dah datang! Dia datang nak hancurkan kita semua. Kerana kita telah hancurkan masa depan anaknya".

"Apa yang kau cakap ni Ris, kami tak faham?... Mengucap dulu Ris".

Tanya Boy kepada Ris, sambil berkerut dahinya.

"Aku sakit lahhh! Sakit! Sakit".

Iris menjerit jerit jerit sambil berguling guling diatas katil. Membuatkan Boy dan Joshua menjadi kelang kabut.

"Hantuuu! Hantuuu".

Jerit Iris, sambil mendunding jari kepada tingkap biliknya. Bila Iris kata begitu, Boy dan Joshua tiba tiba meremang, sambil memandang kepada tingkap yang ditunjukkan oleh Iris. Tetapi mereka tidak nampak mahluk yang ditunjuk oleh Iris itu.

“Kau ni tak sehat Ris, itu yang kau nampak macam macam benda dalam bilik ni. Itu semua perasaan kau sahaja”.

Kata Boy sambil berjalan menuju kepada langsir yang diikat. Boy membuka ikatan langsir itu, menjadikan tingkap itu tertutup keseluruhannya dan Boy datang semula kepada Iris. Dalam masa yang sama, Boy dan Joshua juga masih dalam terkejut, melihat mahluk yang besar itu tadi. Kerana tak mahu Iris ketakutan, lebih lagi. Boy terpaksa memberanikan dirinya.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience