PART 39

Mystery & Detective Series 96597

Perempuan Sihir 2
part39

“Dia dah macam kau Qis”.

Kata Zura yang tiba tiba muncul dibelakang Qistina. Qistina berpaling memandang Zura.

“Dia memang macam aku Zu! Tapi aku tak akan benarkan dia jadi seperti aku”.

Lafas Qistina.

“Selepas dia hapuskan mereka semua. Aku akan pastikan, dia tak akan berjumpa aku lagi. Aku nak anak aku hidup normal macam orang lain, bukan seperti aku Zu… Manusia yang hidup tanpa hala tuju dan kesepian”.

“Jangan cakap macam tu Qis… Kau akan setiasa ada aku. Kita berdua akan tetap bersama”.

Mereka berdua berpelukan.
…………………………………………..

“Oii kau apahal nak keluar dengan awek aku”.

Marah Que kepada Syuk yang sedang duduk diruang tamu sambil menonton television. Syuk terus terbangun dari tempat duduknya. Dan menghadap Que.

“Dah dia nak keluar dengan aku. Aku ok je”.

Balas Syuk dengan muka riaknya.

“Ehhh dia bukan perempuan macam tu lah Syuk. Tak mungkin dia nak keluar dengan kau”.
Que mula membela Rosalinda.

“Apahal, aku tak cukup handsome nak ayat dia ke?”.

Balas Syuk.

“Kau boleh tanya Boy lah bro! Dia terima ajakkan aku. Aku tak paksa dia pun”.

Kata Syuk lagi.

“Tak payah kau nak suruh aku tanya Boy lah... Boy yang cerita dekat aku, kau ajak Rosa keluar. Sebab tu lah aku tau”.

Marah Que.

"Aku tak nak kau keluar dengan awek aku".

"Ehhh, sejak bila dia awek kau... Kalau dia awek kau, kau tak bagi dekat kita orang jamah dia hari tu".

Tenking Syuk. Que mengengam penumbuknya dan mengetap gigi.

“Sebab hari tu aku bodohhhh! Aku sendiri belum sentuh dia. Aku boleh bagi dekat korang pulak. Selalunya aku makan dulu, baru aku bagi korang”.

"Itu silap kau buka aku".

Terdiam Que, bila Syuk kata begitu.

"Ahhh! Aku tau, kau jangan keluar dengan dia malam ni".

"Kau siapa nak halang aku? Bapak dia? Pergi mati lah".

Lafas Syuk dan terus masuk kedalam biliknya. Meninggalkan Que diruang tamu, lantas Que menghubungi Rosalinda.

"Hisss apahal dia call aku ni. Mesti jantan jantan sial tu, bagi tau dia. Aku nak keluar malam ni”.

Keluh Rosalinda. Sambil memegang talifon bimbitnya. Hatinya berbelah bahagi, untuk menjawap pangilan dari Que itu. Sambil menutup mata, Rosalinda menekan butang menjawab dan meletakan talifon bimbitnya ditelinga.

“Hello u“.

Jawap Rosalinda dengan nada lembut, dan berpura pura. Bila pangilan Que dijawap.

"Hello sayang, Tengah buat apa tu?".

Tanya Que sebaik sahaja pangilannya dijawap.

"Ada dekat rumah. Kenapa ya?".

Tanya Rosalinda kepada Que.

"Jom keluar malam ni nak ke?".

Ajak Que, membuatkan Rosalinda terdiam seketika. Otaknya ligat memikirkan ayat untuk menipu.

"Sorry u, i tak dapat keluar dengan u. I nak keluar dengan papa malam ni. Papa ajak i makan dekat luar".

Que menarik nafas panjang, bila Rosalinda kata begitu dan menipu dirinya.

"Ye ke nak keluar dengan papa?".

Nada Que, sepertinya tidak berpuasa hati dengan jawapan Rosalinda.

"Ya lah! I nak keluar dengan Papa. Kenapa u cakap macam tu pulak?".

Rosalinda dapat merasakan, yang Que sudah tahu yang dia akan keluar dengan Syuk malam ini. Namun Rosalinda tidak mahu memperdulikan Que lagi. Menipu tetap menipu.

“Ok lah kalau awak cakap keluar dengan papa awak”.

Balas Que.

“Tapi bila u free ya? I nak ajak u keluar berdua?”.

Tanya Que lagi.

“Bila bila pun boleh, tapi bukan malam ni!”.

Balas Rosalinda. Sambil menarik nafas. Dada Rosalinda terasa sesak, bila memeberikan hari untuk keluar bersama Que. Que yang diangap baik, rupanya menjadi dalang dalam semua yang berlaku keatas dirinya.

“Ok sayang! Kita jumpa esok”.

Balas Que. Mereka memutuskan talian masing masing. Rosalinda duduk bersandar diatas kerusi sofa. Terasa bimbang akan keselamatannya malam nanti. walaupun Auntie Tina mengatakan tidak perlu bimbang. Tapi Rosalinda tetap ragu ragu dengan kekuasaan Auntie Tina. Ditambah pula dengan masalah dari Que.

“Pinnn pinnn”.

Syuk membunyikan horn kereta BMW nya, bila tiba dihadapan pintu pagar rumah Rosalinda. Rosalinda yang telah bersiap cantik, keluar dari rumah dan terus pergi kepada Syuk. Setiap langkah Rosalinda diperhatikan oleh Syuk, yang duduk didalam kereta yang bercermin gelap. Setiap paras tubuh Rosalinda dihayatinya, dari bawah membawa ke atas, dengan nafsu yang bergelora. Kerana Rosalinda memakai dress pendik berwarna kelabu. dress itu agak ketat, hingga menampakkan susuk tubuh Rosalinda yang montok dibahagian dada dan pingul.

“Hai”.

Tegur Syuk, sebaik sahaja Rosalinda membuka pintu kereta.

“Hai”.

Balas Rosalinda dengan seyuman. Rosalinda masuk kedalam kereta dan duduk disebelah Syuk. Syuk pula setia memandang Rosalinda. Membuatkan Rosalinda menjadi tidak selesa.

“Napa tenung i macam tu?”.

Rosalinda berkerut wajahnya, memandang Syuk. Syuk tergelak kecil.

“Awak cantik”.

Balas Syuk dan memulakan pemanduan ke sebuah restoran mewah dipusat bandar. Rosalinda menarik nafas lega, bila Syuk membawanya kesebuah restaurant, bukannya kekelab. Syuk memimpin tangan Rosalinda dan berjalan masuk kedalam restoran itu, umpama sepasang kekasih dan memesan makanan masing masing.

“Cantik restaurant ni, u selalu datang kesini?”.

Rosalinda memulakan pebualan, selepas selesai memesan makanan.

“Ada lah sekali dua... Awak suka ke tempat ni?”.

Tanya Syuk pula. Rosalinda terseyum dan mengangguk anggukkan kepalanya.

“Kalau awak suka, hari hari pun saya boleh bawak awak kesini. Tempat ni, tempat kegemaran mama dan papa saya”.

“Tak nak lah hari hari kesini! Nanti jemu”.

Balas Rosalinda, sambil terseyum manja dan mengoda.

“Rosa cantik, untung Que”.

Rosalinda berkerut dahi, bila Syuk menyebut nama Que.

"Kenapa pulak Que?".

Rosalinda berkerut wajah.

“Awak couple dengan Que kan?”.

Tanya Syuk lagi.

“No”.

Balas Rosalinda.

“Just friend only. Macam u dan yang lain”.

Balas Rosalinda. Syuk terseyum bahagia, bila Rosalinda kata begitu.

“Mamat poyo tu memang perasan”.

Bisik Syuk.

“Ini peluang aku masuk jarum”.

Bisik Syuk lagi, sambil merenung Rosalinda yang sedang menikmati makanannya... Selesai menikmati makan malam. Syuk memimpin tangan Rosalinda kekeratanya.

“Kita nak pergi mana?”.

Tanya Rosalinda kepada Syuk.

“Kita pergi tengok wayang nak?”.

Ajak Syuk. Rosalinda mengangguk dan terseyum...

“Dar, i really miss u. I want see you”.

Rayu Joshua kepada Darshini ditalian talifon. Penangan minyak yang Darshini pakai kepada dua hari lepas kepada Joshua, betul betul membuahkan hasil. Joshua bagaikan hidup tidak menentu. Bila tidak dapat melihat Darshini… Setiap ruangan disudut rumahnya, terbayangkan susuk tubah Darshini. Joshua kini betul dibawah pengusaan Darshini. Darshini menyeringai, bila Joshua mengaku rindukan dirinya.

"Mati lah lu".

Bisik Darshini.

“Ok dear, see you tomorrow. You came to get me. We have dinner together”.

Kata Darshini kepada Joshua sambil terseyum sinis sendirian.

“Why is it night? I want to spend my one day, with you”.

Darshini yang tadinya terseyum sendiri, terus mencebikkan bibirnya. Sambil menarik nafas panjang. Otak Darshini ligat berfikir.

“Helloooo”.

Joshua bersuara, bila Darshini membisu.

“Tak sudi ya?”.

Tanya joshua lagi.

“Ehhhh boooo lehhh”.

Ayat Darshini tersekat sekat.

“Thank, I'm really happy. Esok i ambil u”.

“Ok”

Balas Darshini pendek dan memutuskan talian. Darshini duduk termenung sendiri diatas katil dan mula terfikirkan Rosalinda.

“Apa agaknya Rosa tengah buat sekarang dengan Syuk ya?... Apa akan jadi dengan aku, bila aku keluar seharian dengan Joshua?”.

Fikir Darshini lagi.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience