Perjumpaan

Mystery & Detective Series 96597

perempuan sihir 2
part 58

“Kenapa tipu akuuuuuu?”.

Jerit Rosalinda sambil menghentak hentak stereng pemanduannya ketika dilampu isyarat.

“Kenapa! Kenapa! Kenapa?”.

Rosalinda meraung raung menangis didalam kereta. Lampu bertukar hijau, Rosalinda masih lagi tidak memulakan pemanduannya.

“Pinnn! Pinn!”.

Pemandu dibelakangnya mula menekan horn beberapa kali. Rosalinda setia membatu didalam kereta dengan memejamkan matanya. Kali ini…

“Tok! Tok! Tok!”.

Tingkap kereta Rosalinda diketul. Rosalinda yang berada didalam kereta, membukan mata dan memandang disisi tingkap. Kelihatan seorang pemuda berkopiah berdiri ditepi cermin tingkapnya. Rosalinda membuka sedikit cermin tingkap keretanya… Sebaik sahaja tingkap dibuka sedikit.

“Cik tak apa apa ke?”.

Tanya pemuda itu dengan nada lembut. Rosalinda memandang pemuda itu, dan Rosalinda membetulkan raut wajahnya. Dengan sedikit seyuman palsu. Air matanya dilap dengan telapak tangan.

“Maaf cik, saya ok! Saya tak apa apa”.

Balas Rosalinda lalu menutup cermin tingkap dan berlalu pergi. meninggal pemuda itu ditengah jalan. Terpinga pinga pemuda tersebut. Bila Rosalinda pergi begitu sahaja… Rosalinda melihat jam didalam keretanya. Jam sudah menunjukkan pukul 9malam.

“Baru balik masjid agaknya?”.

Bisik Rosalinda didalam hati. Bila memikirkan pemuda yang menegurnya tadi berkopia.

“Qis tidur sini ya?”.

Tanya ibu.

“Nanti esok pagi ibu pergi hospital. Qis bawa ibu ya?”.

Kata ibunya lagi. Qistina merenung ibunya dengan senyuman. Tidak sampai hati pula rasanya, untuk mengatakan tidak kepada ibu. Sudah lama Qistina tidak balik kerumah. Kerana semua menganggapnya sudah tidak ada lagi didalam dunia ini.

“Baik ibu”.

Balas Qistian dengan senyuman sambil memeluk dan mengucup pipi ibu kembali. Ibu yang sakit terasa sehat, bila anak kesayangannya ada dihadapan mata… Mata Qistina memerhatikan sudut dimana Khirul berdiri sedari tadi. Tetapi susuk tubuh Khairul tidak kelihatan.

“Saya nak berehat ibu”.

Balas Qistina dan bangun dari tempat duduknya. Ibu hanya terseyum senang. Qistina melangkah masuk kedalam biliknya. Bilik yang sudah lama dia tinggalkan. Melangkah masuk kedalam, kelihatan Khairul ada disitu, sedang duduk termenung diatas kerusi meja mekup. Qistina melihat setiap sudut biliknya itu.

“Masih sepeti dulu”.

Bisik Qistina sambil terseyum didalam hati... Khairul berpusing memandang Qistina, sebaik sahaja Qistina masuk kedalam bilik. Khairul bangun dari tempat duduknya dan berdiri merunung kepada Qistian.

“Maafkan saya Qis... Kalau saya lah punca, semua kekusutan ini terjadi. Sehingga awak pergi meninggalkan kami semua”.

Kata Kahirul dan mula berjalan untuk keluar dari bilik dengan wajah yang serba salah. Qistina sempat memegang lengan Kahirul.

“Ya betul! Saya berubah kerana awak. Saya bukan seperti dulu lagi. Saya sekarang menjadi orang yang berbeza. Semuanya kerana awak Khai!”.

Khairul berpusing memandang Qistina.

“Sejauh mana pun awak berbeza. Cinta saya kepada awak, tak pernah berbeza. Malah bertambah rindu, sejak kehilangan awak, saya diselubungi rasa bersalah. Maafkan saya Qis”.

Khairul lantas memeluk Qistina. Qistina hanya berdiri seperti patung. Tidak menyambut pelukan itu dan tidak juga menolak.

“Saya letih! Saya nak tidur”.

Balas Qistian. Khairul melepaskan pelukannya dan membiarkan Qistina naik ke atas katil untuk berehat. Khairul terus keluar dari balik dan terus keruang tamu. Bersama yang lain.

“Along betul betul tak sangka. Qistina sanggup buat begitu kepada kita semua. Kita semua mengangapnya telah tiada. Apa agaknya yang difikirkan oleh Qis ya Ayah?. Sampai sanggup buat begitu”.

Tanya Along kepada Ayah. Manakala ibu berehat didalam biliknya. Khairul pula mendiamkan diri dan hanya mendengar pertanyaan Along kepada bapa mertuanya.

“Entah lah Along, Ayah pun tak tau. Apa yang telah terjadi, kepada Qis.

Balas Ayah ringkas.

"Kau nak cerita apa apa kepada kami ke Khai?... Kau pasti tahu apa yang telah terjadi kepada Qis. Sampai Qis sanggup menghilangkan diri".

Soalan yang sedari dulu ingin ditanyakan kepada Khairul, akhirnya terucap juga dari bibir Along... Dalam keadaan kesehatan Khairul yang sebelum ini terlantar sakit. Soalan itu terpaksa disimpan. Baru kini dapat diajukan. Along dan Ayah merenung Khairul. Khairul tersentak dengan pertanyaan Along itu.

"Saya juga tak pasti Along. Kenapa Qis buat begitu. Mungkin ada silap saya, sampai dia berkecil hati dan melarikan diri".

Jawap Khairul tenang. Dia harus menipu Abang dan bapa mertuanya. Kerana takut akan lebih berpanjangan, hal yang telah berbelas tahun berlalu. Dalam masa yang sama, dia takut kehilangan Qistina lagi... Manakala Along, tidak berpuas hati dengan jawapan Khairul itu.

“Hello Que… Awak dekat mana?”.

Tanya Rosalinda ditalian, dia tak tahu kenapa Que sahaja yang bermain main dalam fikiranya disaat ini.

“Saya dirumah. Kenapa Rosa?”.

Tanya Que dengan suara terbatuk batuk.

“Boleh kita jumpa?”.

Balas Rosalinda.

“Awak datang rumah keluarag saya ya. Saya ada sini”.

Rosalinda memutuskan talian dan terus menuju kerumah Que. Sampai disana, Rosalinda menunggu Que diruang tamu. Setelah dijemput masuk oleh mama Que.

“Hai Rosa”.

Tegur Que, sebaik sahaja berada dilantai bawah. Rosalinda berdiri sambil melemparkan seyuman. Que membalas seyuman Rosalinda.

“Jemput minum Rosa”.

Mama Que datang keruang tamu dengan membawakan dua gelas air.

“Boleh Rosa dengan Que duduk dekat luar”.

Balas Rosalinda lembut dengan senyuman kepada mama Que.

“Boleh sayang. Nanti Mama letakkan air dekat meja taman ya”.

Balas Mama Que lembut. Rosalinda menarik tangan Que, agar mengikutnya duduk ditaman luar. Bagi Rosalinda susana luar lebih selesa dari dalam rumah. Que hanya mengikut kemahuan Rosalinda.

“Awak sehat ke Que?”.

Tanya Rosalinda sebaik sahaja mereka berdua duduk di kerusi meja taman.

“Saya sakit Rosa”.

Balas Que dengan nada sedih. Rosalinda mereung Que dengan renungan yang tajam. Que kelihatan sudah sedikit kurus. Tiba tiba Que duduk berlutut dihadapan Rosalinda sambil memegang tangan Rosalinda yang terletak diatas peha.

“Maafkan saya Rosa, sekiranya saya bersikap macam binatang, tempohari dirumah sewa saya. Saya manusia jahat Rosa”.

Terkejut Rosalinda, bila Que buat begitu. Air mata yang mengalir dipipi Qie, bukan lah air mata yang dibuat buat. Air mata keinsafan terpancar diwajah Que. Membuatkan Rosalinda juga turut sebak. Que menundukan wajahnya.

“Saya memang marahkan awak Que. Marah benci yang teramat amat sangat”.

Rosalinda cuba melawan perasaan kasihannya kepada Que. Rosalinda menolah keras tangan Que yang berada diatas tangannya.

“Jangan macam tu Awak, saya betul betul sakit sekarang ni. Ada orang yang tak sukakan saya dan kawan kawan saya... Kami semua telah di sihir habis habisan. Hanya saya sahaja yang tinggal sekarang. Saya tak tau, sampai bila saya dapat bertahan dengan semua ini. Orang yang buat saya dan kawan kawan saya, betul betul kejam”.

Rosalinda mengetap giginya menahan kemarahan. Bila Que mengatakan, orang yang meyihirnya kejam.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience