Perempuan sihir 2
part13
"Mana aku nak cari barang untuk memuja ni? kalau aku beli barang tu semua. Pasti mereka akan perasan... Hissss susah macam ni!".
Lafas Qistina sambil membuka daun tingkap dibiliknya. Dikegelapan malam, Qistina dapat merasakan sesuatu yang seram diluar rumah. Buat kali kedua dia melihat satu lembaga hitam yang berbulu, mengintai dibalik pokok besar. Matanya yang merah menyala. Membuatkan Qistina membeliakkan matanya dan merenung kembali kepada mahluk itu. Bila renungan Qistina begitu tajam, membuatkan mahluk itu menghilangkan dirinya. Mahluk itu dapat merasakan yang Qistina tidak takut kepadanya dan Qistina dapat merasakan mahluk itu takut terhadapanya. Mungkin kerana bantuan dari jin jin peliharaanya.
"Walau siapa pun engkau! Aku tak kacau kau. Jadi kau jangan kacau aku".
Luahan Qistina. Lalu Qistina menutup daun tingkap kayu dibiliknya itu dan terus baring diatas katil.
......…....................
Keesokan harinya menjelang petang. Qistina berehat didalam biliknya...
"Tok! tok! tok... Tina ohhh Tina".
Teriak makcik diluar pintu bilik. Qistina bangun dan terus membuka pintu.
"Ya mak cik!".
"Tina, mak cik nak keluar dengan pak cik. Pergi rumah kakak mak cik sekejap. Tina nak ikut ke?"
Tanya makcik kepada Qistina.
"Sham mana mak cik?"
"Ohhh Sham dah keluar. Jumpa kawan kawan dia. Tak tau balik pukul berapa. Jom lah ikut mak cik?".
"Tina ingat nak rehat dekat rumah sahajalah mak cik. Tina malas nak ikut".
"Kalau macam tu, tak pelah. Mak cik pergi dulu ya. Mak cik dah bagi tau Sham tadi".
"Baik mak cik".
Jawap Qistina... Bila sendirian terasa betul betul sunyi. Qistina keluar dari bilik dan terus keluar dari rumah. Qistina berhajat untuk berjalan jalan petang sendirian didalam kampung itu. Qistina menukar seluar panjang dan baju tshirt yang dibelikan oleh pak cik dan mak cik, semasa mereka berdua pergi kepasar malam dua hari lepas. Qistina berjalan seorang diri didalam kampung. Suasana petang dikampung itu cukup indah dan damai. Tiba tiba Qistina ternampak seorang nenek tua yang bongkok keluar dari sebuah lorong. orang tua itu memerhatikan Qistina dengan renungan yang sangat tajam. Membuatkan Qistina takut untuk melintasi nenek tua itu... Semakin hampir, semakin berdebar dada Qistina.
"Tunggu sebentar".
Langkah laju Qistina terhenti, bila nenek itu menegurnya...
"Jin jin jagaan kau laparrr tuuuu. Datang kerumah aku, kalau kau nak bagi mereka makan... Nenek akan bagi kau kuasa yang lebih lagi. Kalau kau mahukan kuasa yang tidak ada tandinganya, kau harus datang berjumpa nenek. Kau akan lebih berkuasa. Orang orang akan sujut di kaki kau, bila kau mengunakan kuasa yang nenek berikan nanti".
Terkejut Qistina, bila nenek itu kata begitu. Qistina merenung tepat kewajah nenek yang begitu tua dihadapanya. Nenek itu terseyum menyeringai, menampakkan giginya yang sudah kehitam hitaman. Qistina yang takut, tidak memperdulukan nenek itu. Qistina terus berlalu meninggalkan nenek tua itu.
"Jangan lupa, datang berjumpa nenek".
Jerit nenek itu. Qistina pula berjalan dengan lebih laju, sehingga nenek itu hilang dari pandangan matanya. Qistina menarik nafas lega.
"Macam mana dia boleh tahu, jin peliaharaan aku lapar?. Dia mesti orang yang pandai tentang ilmu kebomohan".
Bisik Qistina sendiri, sambil berjalan.
"Ehhh itu Sham".
Bisik Qistina lagi, bila melihat Sham disempang lorong salah satu rumah, didalam kampung itu, bersama seorang gadia yang bertudung. Kelihatan gadis itu keluar bersama Sham... Kerana gadis itu masih lagi memakai helmet diatas kepalanya. Mereka berdua cukup mesra. Qistina setia menjadi pemerhati dan kaki masih lagi melangkah, untuk melepasi Sham dan gadis itu. Sham tidak sedar kehadiran Tina, kerana kedudukan Sham, membelakangkan Qistina. Sham membukakan gadis itu helmet dikepalanya. Bila Sham menoleh dibahagian sisinya, Qistina sudah pun berada betul betul hampir kepada Sham dan gadis itu. Sham agak terperanjat, bila melihat Qistina ada disitu. Dengan perasaan yang sedikit cemburu. Qistina melemparkan senyum, bila Sham memandangnya dengan wajah yang terkejut. Sham tak sangka, yang Qistina akan berada disitu.
"Tina".
Lafas Sham pelahan, sambil memandang Qistina.
"Apa Sham?"
Tanya gadis itu bila Sham bercakap sendiri dengan nada pelahan.
"Ehhh tak ada apa apa".
Sham tersenyum kelat, sambil menoleh kepada gadis dihadapnya pula.
"Dasar lelaki! Semua sama sahaja. Mulut lain, perbuatan lain".
Bisik Qistina sendiri dan tidak memperdulikan Sham bersama gadis itu. Qistina berjalan terus melintasi mereka berdua. Puas berjalan jalan sambil melihat kawasan kampung itu. Qistina berpatah balik, untuk pulang kerumah. Sampai disimpang rumah nenek bongkok itu. Qistina memerhatikan seluruh kawasan rumah nenek itu. Rumah kayu yang sedikit usang dengan kawasan rumah yang tidak dijaga dengan baik. Mata Qistina memandang tingkap yang terbuka sedikit. Terkejut Qistina, bila satu tangan melambai lambai kepadanya. Qistina berlari laju, bila melihat tangan yang melambai itu. Sampai sahaja dihadapan rumah. Qistina tercungap cungap kepenatan dan duduk dianak tangga.
"Berjogging ke, sampai tercungap cungap?"
Tanya Sham yang tiba tiba muncul dibelakang Qistina.
"Ehhh Sham!"
Qistina mengelap peluh diwajahnya.
"Saya nak mandi. Badan dan melekit lekit. Pusing satu kampung tadi".
Qistina bangun dari duduknya, bila Sham melabuhkan punggun disebelahnya.
"Mak cik dah balik ke?"
Tanya Qistina sebelum berlalu pergi.
"Belum! Mungkin lambat sikit kot".
Qistina mengangguk angguk kepalanya, lalu terus masuk kedalam rumah.Qistina terus mengambil tuala dan terus mandi. Setelah selesai bersiap. Qistina keluar dari balik dan terus duduk dikerusi diruang tamu. Sambil mencapai majalah yang ada dibawah meja.
“Rajinnya membaca”.
Tergur Sham, sambil melabuhkan punggungnya diatas kerusi, disebelah Qistina.
“Boring pulak rasanya! Makcik dah balik ke belum?”.
Balas Qistina.
“Mak tu, kalau dah jumpa kakak dia, mana nak balik cepat”.
Jawap Sham sambil memandang Qistina.
“Girlfriend Sham cantik”
Terdiam seketika Sham, bila Qistina tanya begitu... Bila melihat Sham hanya berdiam diri, Qistina menukar topik perbualannya.
“Shamm, Tina nak tanya ni!”
Qistina memusingkan badanya memandang kepada Sham.
“Nak tanya apa?”
Jawap Sham.
“Rumah siapa dekat sempang hujung tu. Tadi masa Tina lalu, Tina nampak seoarang orang tua bongkok berdiri depan lorong. Siapa dia ya Sham?”
“Ohhh nek Jah tu. Kenapa dengan dia? Dia kacau Tina ya?”
“Ehhh tak ada lah! Tina cuma tanya je. Dia tu siapa?”
“Nek Jah tu pengamal ilmu hitam… Dulu dia seorang bidan dekat kampung ni. Masa mudanya, dia cantik sangat. Satu kampung suka dekat nek Jah. Terutama orang orang lelaki, muda mahu pun tua. Tapi bila dia terlampau mengamalkan ilmu sesatnya, akhirnya memakan diri sendiri”.
Cerita Sham kepada Qistina. Qistina sedikit pun tidak terperanjat dengan cerita Sham. Malah Qistina begitu teruja untuk mengetahui tentang latar belakang Nek Jah. Dan mula bertanya lebih lagi kepada Sham.
Share this novel