part 19

Mystery & Detective Series 96597

perempuan Sihir 2
part 19

Qistina melangkah masuk kedalam bilik dan terus duduk diatas katil menghadap cermin didalam biliknya.

"Wahai jin yang aku sanjungi. Apa yang kau inginkan akan terlaksanan. Rahim didalam perut ku menjadi hidangan buat kamu. Aku tidak akan mungkir janji. Aku seru kau datang hadir seiring dengan ku. Agar janin yang bakal singgah dirahim ku dijaga. Bila saatnya tiba aku akan hidangkan kau sajian janin ini. Agar aku dapat kekuasaan diri, Kehebatan diri, dan kecantikan diri. Sesiapa melihat aku, mereka akan tunduk sujud seperti aku seorang ratu".

Qistina menyeringai bila melafaskan kata kata itu. Baginya kekuasaan adalah paling penting dalam hidupnya. Dirinya begitu kosong untuk memikirkan masa hadapannya. Jalan yang ada adalah menjadi seorang perempuan sihir. Lorong cahaya yang ada dalam diri Qistina telah tertutup rapat. Yang tinggal hanyalah jalan hitam yang harus Qistina tempuhi. Qistina merebahkan diri diatas katil sambil terseyum.

"Selepas ini aku harus pergi dari sini. Aku kena jumpa Zura. Aku harap sangat, pancutan air mani Sham didalam rahim aku menjadi janin".

Bisik Qistina sendiri. Qistina termenung, akhinya Qistina terlelap sampai ke pagi.

................…..

"Mak, Tina nak balik rumah Tina esok. Dah seminggu Tina tinggal disini"...

Kata Qistina kepada makcik yang sedang bersarapan bersama samanya didapur.

"Sham boleh hantar Tina balik?"

Pandangan Qistina beralih kepada Sham yang juga sedang bersarapan bersama.

"Lekasnya nak balik Tina. Tunggulah lagi disini. Mak suka Tina tinggal disini. Mak dah angap Tina macam anak mak. Mana lah tau ada jodoh dengan Sham. Boleh Tina jadi menantu mak".

Terkejut Qistina, bila mendengar kata kata mak cik itu. Qistina hanya mampu terseyum. Manakala Syam, terseyum bahagia, bila mendapat lampu hijau dari emaknya.

"Tina tak boleh terus tinggal dekat sini mak. Tina ada banyak kerja yang harus Tina buat. Tina janji dengan mak, Tina akan datang kesini lagi".

"Baik lah Tina. Tapi jangan lupakan mak dekat sini ya. Mak pasti rindu Tina".

"Tina tak akan lupakan mak. Mak orang yang sangat baik. Sudi jaga Tina".

Mata Qistina mula berkaca, bila mak cik kata begitu.

"Esok Sham balik ke kem kan? Boleh hantar Tina ke Shah Alam dulu?"

" Ehhh kenapa Shah Alam pulak, kata duduk Melaka?"

Qistina mencari akal, bila penipuannya hampir terbongkar. Otaknya ligat mencari helah.

"Ehhh Melaka tu rumah keluarga Tina Sham. Shah Alam baru rumah Tina. Tina tinggal dengan kawan Tina dekat Shah Alam. Kami berdua model".

"Wahhh dia model rupanya. Patutlah cantik orangnya".

Puji Sham dengan senyuman. Membuatkan Qistina menjadi malu.

"Esok Sham hantar Tina balik ya. Boleh tengok tempat tinggal Tina".

Balas Sham lagi.

"Sham, ingat! Hantar Tina biar sampai depan rumah dia. Jangan hantar tepi tepi jalan pulak".

"Ye lah makkkk".

Tergelak mereka bertiga yang sedang bersarapan pagi.

........................

"Apa yang termenung malam malam ni? Ingatkan awek dalam kampung ni ke?"

Gurau Qistina kepada Sham yang duduk termenung diatas anak tangga dihadapan rumahnya.

"Hisss awak ni! Suka sangat serkap jarang".

Qistina terseyum dan melabuhkan punggungnya duduk disebelah Sham.

"Kalau saya serkap jarang. Habis awak termenungkan apa?"

"Saya fikirkam awak".

Balas Sham selamber.

"Nak fikirkan apa Sham? kan saya ada dikat depan mata awak".

Sham merenung Qistina dan membetulkan rambut Qistina yang terjurai jatuh menutupi sebelah matanya.

"Maksud Sham bukan sekarang, tapi nanti... Lepas ni kita dah tak boleh jumpa lagi. Sham pasti rindu Tina".

"Lahhh itu aja ke? Sham kan boleh datang rumah Tina. Esok kan Sham hantar Tina balik. Sham boleh jumpa Tina bila bila masa sahaja yang Sham suka. Nanti Tina bagi nombor handphone Tina".

Terseyum bahagia Sham, bila Qistina kata begitu.

"Ohhh patutlah Kila call tak jawap, watsap tak reply. Rupanya dah ada orang lain ya!".

Terkejut Qistina dan Sham bila gadis yang Sham bawa keluar hari itu, ada dihadapan rumah.

"Awak buat apa dekat sini?"

Tanya Sham sambil terbangun dari duduknya.

"Aku cari kau lah! Patutlah tak nak jumpa aku lagi. Rupanya dah ada bertina lain!".

"Jaga sikit mulu tu Kila. Kau tak ada hak cakap macam tu".

Sham mula meninggikan suaranya kepada Kila.

"Heii pempuan! Sebab kau Sham tak nak jumpa aku lagi. Sebelum kau datang dia tak macam ni! lepas kau datang, dia terus putuskan hubungan kami. Kau jampi apa ya! Sampai dia tergila gilakan kau".

Mengetap gigi Qistina, bila Kila kata bagitu. Kepadanya.

Tak payah guna jampi sayang, aku senyum je, dia terus tergoda dekat aku".

Qistina terseyum sinis dan memandang Kila yang merenungnya dengan tajam. Qistina terus masuk kedalam rumah.

"Dah lah Kila, awak pergilah balik. Kan saya dah bagi tau awak. Saya dan tak berminat nak teruskan hubungan ni. Awak carilah orang lain".

"Senang kau cakap ya Sham. Kerana dia lebih cantik dari aku, kau tinggalkan aku. Dasar lelaki sial".

Kila berlalu pergi, bila puas memarahi Sham. Sham terduduk diatas anak tanggan semula, sambil kembali termenung. Perasaan kasih dan sayangnya terhadap Kila memang sudah tidak ada lagi, selepas kehadiran Qistina didalam hidupnya.

"Kalau gadis dah marah sampai macam tu sekali, dia pasti sayang awak. Tak baik awak buat dia macam tu. Dia juga ada hati dan perasaan, seperti awak juge. Saya ni, bukanlah gadis yang baik sangat. Tapi saya tau bagaimana rasanya sakit, bila cinta dikhianti".

Kata Qistina, sambil keluar dari rumah. Bila melihat Kila sudah pergi meningalkan Sham.. Sham pula menoleh memandang Qistina yang berbicara dengannya.

"Tapi awak! Saya dah tak ada hati dengan dia. Saya tak tahu kenapa? Wajah dia hilang sekelip mata dalam hati ini. Apatah lagi perasaan sayang terhadap dia. Dalam hati ini hanya ada awak seorang".

Sham memegang dadanya sambil memandang kepada Qistina yang setia berdiri. Qistina duduk semula disebelah Sham.

"Awak masih muda lagi Sham. Perjalanan hidup kita masih panjang lagi. Jangan terburu buru untuk mencintai seseorang yang baru kita kenal. Awak belum tahu latar belakang saya. Jangan hanya kerana saya sanggup serahkan diri saya kepada awak. Awak angap saya terima cintak awak dan awak sanggup lukakan hati orang lain... Saya berbeza Sham... Saya berbeza dari gadis gadis lain".

"Kerana berbeza itu lah, yang buat saya tertawan hati dekat awak. Awak buat saya rasa nikmat cinta dan nikmat disayangi. Cinta sebelum ini, saya tak dapat rasakan seperti ini".

Qistina berkerut memandang Sham, bila Sham berkata begitu.

"Habis, kalau dia cintakan awak, dia harus serahkan diri dia kepada awak ke? Baru awak dapat rasa nikmatnya cinta... hummmmm".

Qistina mendegus sambil setia berkerut wajahnya. Sham hanya berdiam diri, bila Qistina memarahinya.

"Jangan jadi lelaki pentingkan diri Sham. Kelak membinasakan diri awak... Awak fikirlah betul betul Sham. Kalau awak setia mahukan saya, saya jamin, awak tak akan dapat pengakhiran cinta... Kerana saya bukan untuk dimiliki sesiapa".

Sham setia membisu. Tidak ada sepatah perkataan pun yang keluar dari mulut Sham.

"Saya nak tidur! Awak pun pergilah tidur. Esok selepas sarapan awak kena hantar saya balik. Nanti awak letih".

Qistina bangun dari tempat duduknya dan terus masuk kedalam rumah.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience