Takdir Mereka

Mystery & Detective Series 96597

Perempuan sihir 2
part 49

“Saya takut lah auntie! Saya tak berani nak buat”.

Kata Rosalinda kepada Qistina. Bila Rosalinda disuruh masuk kedalam rumah bujang mereka oleh Qistina. Rosalinda memandang Darshini. Begitu juga Darshini.

“Kamu harus meletak sendiri barang ini didalam rumah mereka, dengan apa cara sekali pun”.

Kata Qistina sambil menunjukkan kain kuning yang sudah diikat ikat menjadi empat segi tepat. Kain kuning itu sebesar telapak tangan.

“Barang ini mesti berada didalam rumah mereka. Bagi memudahkan auntie melaksanakan hajat kamu berdua. Tiga telah terhapus. Lagi tiga lagi yang tinggal”.

Rosalinda dan Darshini berpandangan. Wajah bahagia terpancar diwajah Rosalinda dan Darshini.

“Bila mereka bertiga terhapus. Kamu berdua harus melakukan beberapa pemujaan… Cepat kamu laksanakan tugasan kamu. Lebih cepat kita memutuskan pertalian kamu dengan Jin penjaga. Jangan tunggu lama lama”.

Kata Qistina dengan nada yang tegas. Membuatkan Rosalinda dan Darshini terdiam seketika. Zura yang berada didalam bilik itu juga. Hanya terseyum.

“Kamu harus cepat buat kerja kamu sayang. Lagi lambat kamu bertindak. Lagi lama jin pedamping ada bersama kamu. Auntie Tina bimbang, Jin itu tidak mahu keluar dari tubuh kamu berdua”.

Terang Zura kepada mereka berdua. Rosalinda dan Darshini mengangukkan faham.

“Baik auntie. Saya akan laksanakan tugas ini secepat yang mungkin”.

Rosalinda menghulirkan tangannya dan Qistina memberikan kain kuning itu kepada Rosalinda dengan senyuman.

“Keturuna kita, tidak ada perasaan takut”.

Kata Qistina dengan nada palahan. Sehingga tidak dapat didengari Rosalinda. Rosalinda terus memasukan kain kuning itu didalam bag tangannya.

“Nenek kamu bagi mana?”.

Tanya Qistina, sebaik sahaja Rosalinda meyimpan barang itu.

“Nenek beransur pulih. Tapi kesihatannya tidak seperti dulu... Bila dia teringatkan aruah ibu, dia akan lebih sakit. Sudah berbelas tahun masa berlalu. Tak pernah sekali pun, dibibir nenek tidak meyebut nama ibu”.

Cerita Rosalinda kepada Qistina. Membuatkan Qistina tersentak hatinya. Hatinya sebak menahan kesedihan. Air mata berlumba lumba untuk keluar. Tapi kuat ditahannya.

“Kamu jaga nenek kamu baik baik ya Lin… Kamu seorang cucu yang baik”.

Kata Qistina, membuatkan Rosalinda terseyum dan menganggukkan kepalanya.

…………………………….

“Malam ni aku nak pergi rumah bujang mereka”.

Kata Rosalinda kepada Darshini ketika duduk makan tengahari disebuah restoran.

“I follow you?”.

Tanya Darshini kepada Rosalinda.

“Bahaya lah Dar”.

“Tak apa Rosa, aku ingat nak tengok Joshua sekali. Dah seminggu dia tak datang kolej. Aku nak tau jugak perkembangan dia. Entah entah dah mati”.

Kata Darshini sambil ketawa kecil. Rosalinda juga turut terseyum.

“Kalau dah mati, kita semua mesti dah tau. Satu kolej mesti tau. Maklum lah, budak jahat mati”.

Balas Rosalinda.

“So malam ni i teman u ya?”.

“Ok baiklah… Aku pun belum ada alasan yang kukuh untuk masuk kedalam rumah mereka... Kalau aku tiba tiba muncul depan rumah mereka. Mesti Que terperanjat kan. Kalau kau ada. Ada juga alasan aku datang rumah mereka. Kau boleh kata nak jumpa Joshua dan aku temankan kau heheh”.

Rosalinda tergelak, bila dapat idea.

“Bagus rancangan kau tu Rosa. Malam ni kita pergi rumah meraka”.

Rosalinda mengangukkan sambil terseyum bahagia.
…………..

“Kau macam mana dah ok ke Josh”.

Tanya Que kepada Joshua yang terbaring diatas sofa, diruang tamu.

“Dada aku ni sakit lah bro. Macam kena cucuk cucuk. Tak tau kenapa. Batuk aku dah ok sikit. Bila aku makan ubat”.

“Aku ingat, baik kita pangil ustaz yang berubatkan Azhar dulu… Aku tengok muka kau dah pucat sangat”.

Kata Que kepada Joshua.

“Ahaaa lah Josh”.

Sampuk Boy. Yang datang dari dapur, terus keruang tamu. Dengan membawa makana dan air untuk Joshua.

“Nahh”.

Joshua menyambut makanan itu. Manakala air, Boy letakkan dimeja kecil disisi Joshua.

“Aku tak larat nak makan. Tekak aku bertambah sakit, bila telan makan. Aku rasa macam aku makan kaca”.

Kata Joshua lagi. Boy dan Que berpandangan.

“Aku rasa kau kena sihir ni Josh”.

Boy bersuara. Joshua hanya diam membisu.

“Helloooooo! helloooo”.

Jerit Darshini dari luar rumah Joshua, Boy dan Que. Mereka bertiga berpandangan antara satu sama lain. Bila mendengar suara perempuan diluar pintu pagar.

“Siapa ya?”.

Boy lantas bangun dan pergi ke pintu utama. Lalu membuka pintu. Boy terseyum bila melihat Darshini dan Rosalinda di pintu pagar utama.

“Bro! Tengok siapa datang”.

Que berjalan menghampiri Boy dan memanjangkan lehernya memandang keluar. Manakala Joshua sebuk bermain dengan talifon bimbitnya.

“Rosa”.

Lafas Que dan bergegas keluar dari pintu utama terus ke pintu pagar luar.

“Kenapa tak bagi tau nak datang?”.

Tanya Que yang tidak berbaju dan hanya berseluar pendek.

“Sorry kalau kacau u”.

Balas Darshini.

“Ehhh mana ada kacau. I suka korang datang”.

Que menyeringai, sambil membuka pintu pagar utama.

“Dar nak jumpa Joshua. Dengarnya Joshua tak sehat”.

Kata Rosalinda dengan nada lambut.

“Ya betul lah tu. Sakit tekak katanya. Tak lalu nak makan”.

Balas Que sambil membiarkan Darshini dan Rosalinda masuk kedalam. Manakala Boy menanti dengan seyuman dimuka pintu.

“Jom masuk”.

Pelawa Que, sebaik sahaja sampai dipintu masuk utama.

“Tak pelah! Kita lepak luar je ya”.

Rosalinda menolak pelawan Que dengan seyuman manja. Jauh disudut hati Rosalinda, yang sebenarnya dia memang mahu masuk kedalam rumah mereka. Cuma Rosalinda sahaja jual mahal.

“Panas lah dekat luar ni Rosa. Dekat dalam sejuk sikit, ada air cond. Lagi pun Jos ada dekat dalam. Dia tak sehat. Tak kan nak lepak luar pulak.

Balas Boy dimuka pintu. Rosalinda dan Darshini terseyum memandang Boy. Boy bergajak sedikit agar Rosalinda dan Darshini boleh masuk kedalam.

“Terima kasih”.

Ucap Rosalinda, sebaik sahaja melepasi Boy. Boy terseyum meyeringai.

“Kasih diterima”.

Balas Boy dengan gurau senda. Boy menutup pintu utama, sebaik sahaja semua telah masuk kedalam.

“Heii u datang?”.

Tanya Joshua dengan seyuman. Lantas bangun dari tempat baringnya. Membuatkan Darshini terseyum.

“Amboii! Tadi dah macam nak mati. Bila nampak awek, terus terbangun”.

Usik Que kepada Joshua. Membuatkan Joshua mengaru garu kepala, sambil menyerinagi.

“I came to see you. Got news, you are not well anymore. Tak ok lagi ke?”.

Kata Darshini sambil bergegas mendapatkan Joshua yang berdiri. Joshua menarik lembut tangan Darshini agar duduk bersama sama diatas sofa. Darshini berpura pura bimbang akan kesehatan Joshua.

“U came to visit me?”.

Tanya Joshua sambil terseyum bahagia. Bila melihat Darshini datang melawat.

“I dengar u sakit. Itu yang i datang dengan Rosa”.

Balas Darshini. Sambil memandang kepada Rosa yang setia berdiri disebelah Que.

“Duduk lah awak! Saya buatkan air”.

Kata Que kepada Rosalinda.

“Ehh, tak apa. I dan minum tadi”.

Rosalinda dengan pantas bersuara. Bila Que ingin membuatkan minuman. Bimbang pula, Que letak apa apa didalam minimannya nanti... Que terseyum menyeringai memandang Rosalinda. Rosalinda berjalan dan terus duduk diatas sofa yang lain. Berhadapan Joshua dan Darshini…Que mengikut Rosalinda dan terus duduk disebelah Rosalinda. Manakala Boy terus masuk kedalam biliknya.

“U macam mana. Dah ok ke?”.

Tanya Rosalinda kepada Joshua.

“I dah ok sikit. Cuma tekak ni rasa sakit. Tak boleh nak makan banyak sangat”.

Terang Joshua.

“Thanks korang, sudi datang tengok i”.

Kata Joshua lagi. Darshini dan Rosalinda hanya terseyum.

“Jom lepak bilik saya”.

Ajak Que kepada Rosalinda. Rosalinda mengerutkan dahinya. Memandang Que.

“Hiss u ni. Jangan lah fikir yang bukan bukan. I nak ajak lepak je. Malas kacau orang nak berborak borak”.

Kata Que sambil mengalihkan mata kepada Darshini dan Joshua. Membuatkan Rosalinda menarik nafas panjang... Rosalinda memandang Darshini dan Darshini merenung kembali kepada Rosalinda. Bagaikan memberi isyarat. Lakukan tugas. Rosalinda seperti faham renungan Darshini.

“Jom”.

Ajak Rosalinda dengan seyuman kepada Que

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience