Perempuan sihir2
part 16
"Kau tau, hanya ada satu cara sahaja yang boleh buat kita lebih berkuasa. Tetapi aku tak dapat tunaikan kepada jin peliharaan aku. Kerana itu, kuasa aku tidak bertambah dan lebih kuat. Aku tau kau boleh lakukan. Kalau kau betul betul mahukan kuasa itu".
"Cara apa nek?"
Qistina mula bersuara. Nek Jah merenung Qistina, sebelum menyambung ceritanya.
"Perkara ini agak rumit. Tapi aku tahu, kau akan dapat laksanakan. Kerana kau bersendirian disaat ini. Tidak ada sebarang halangan. untuk kau lakukan itu".
Ayat yang nek Jah luahkan betul betul berbunga bunga sebelum nek Jah pergi kepada penerangan asal.
"Kau sudah ada jin jin yang menjaga kau. Tapi mereka belum cukup kuat lagi. Kalau kau mahu mereka membuat kau menjadi lebih berkuasa, kau harus lakukan satu perkara ini. Hanya satu perkaran ini sahaja, yang mampu membuatkan kau digilai, oleh sesiapa sahaja yang memandang. Kau akan dicemburui oleh wanita wanita lain. Kau mampu untuk memberi kecantikan kepada orang lain dan juga mampu mengawal sesiapa sahaja yang kamu mahukan. Aku akan selalu ada dibelakang kau. Walaupun kau berada jauh dari aku".
Qistina mendengar kata kata nek Jah dengan begitu teruja sekali. Dia dapat rasakan, sesuatu kuasa akan hadir didalam dirinya. Tidak sabar Qistina untuk mengetahui, perkara apa yang harus dilakukan olehnya nanti... Bila melihat Qistina begitu teruja sekali. Nek Jah terus ketajuk utama ceritanya.
"Kau harus cari janin perempuan yang baru mengandung dan mencuri janin itu".
Terkejut Qistina bila mendengar kata kata Nek Jah. Bagai mana dia mahu mencari perempuan yang baru mengandung. Ini semua kerja gila bagi Qistina.
"Mana saya nak cari nek".
"Ya betul! dulu aku juga seperti kau. Tidak mampu berfikir panjang. Saat aku mengandungkan anak lelaki aku. Aku juga tidak sangup untuk memberikan kepada mahluk itu. Aku masih membuat perjanjian. Akan mencari yang lain. Tetapi aku tidak dapat. Sehinggalah aku mendapat menantu dan tahu menantu aku mengandung. Aku juga tidak mampu lakukan itu. Aku mula berubah. Sehinggakan mahluk itu menjadi marah dan sering muncul mengganggu ahli keluarga aku".
Nek Jah terhenti ayatnya dan memandang Qistina yang dalam kebingungan.
"Kalau kau tak dapat cari wanita yang baru mengandung. Kau juga boleh lakukan sendiri. Kau tahu maksud aku ini kan".
Nek jah menyeringai memandang Qistina. Qistina setia mengerutkan dahinya.
"Maksud nek Jah?"
"Aku tahu kau tinggal dirumah Zahrah dan Zarah ada seoarang anak lelaki. Anak lelaki dia itu, suka kan kau. Kau boleh bersama anak Zahrah itu, untuk melaksanakan hajat kau. Aku tak tahu bagai mana caranya. Tapi aku tahu kau mampu, melakukannya. Kau cantik, pasti dia akan mengikut kata kau... Aku dahulu tidak terfikirkan cara ini. Aku bodoh dalam membuat keputusan. Terlampau terburu buru. Kali ini aku mahu kau jangan jadi seperti aku. Terlalu ikutkan perasaan. Sampai kuasa aku terhenti dan memakan diri sendiri".
Qistina menarik nafas panjang, bila mendengar tugas yang harus dilakasanankan, kalau dirinya mahu lebih berkuasa.
"Saya tak pasti dapat melakukan itu atau tidak nek. Tugas itu begitu sukar bagi saya".
“Tidak begitu sukar sekiranya kau dapat menguasai orang yang sangup membuntingkan kau. Selepas kau sudah disahkan hamil. Kau harus membuat beberapa upacara. Aku akan memberikan kau beberapa mentera. Semasa kau melakukan hubungan intim dan selepas kau melakukannya... Semasa kau melakukan hubungan bersama sesiapa sahaja lelaki, yang kau mahukan. Kau harus membaca mentera yang aku berikan dan selepas bersamanya juga. Aku akan berikan kau juga mentera penutup”.
Terang nek Jak lagi kepada Qistina. Berdebar pula hati Qistina bila nek Jah kata begitu. Perasaan takut untuk melakukan perkara itu, mula menyelubungi diri Qistina. Qistina bimbang akan diketahui orang nanti.
“Selepas segalanya selesai kau pasti akan dapat satu kejayaan yang paling besar dalam hidup kau. Kau akan menjadi seperti seoarang bidadari dan orang sekeliling akan memuja kau”.
Kali ini ayat nek Jah, membuka kembali semangat buat Qistina. Dia tahu, Qistina begitu taksub dengan kekuasaan diri. Hanya dengan sedikit kata kata hasutan, akan membuatkan Qistina bertukar fikiran... Qistina terseyum bila nek Jah kata begitu.
“Baiklah nek, saya akan cuba untuk mencari lelaki yang sanggup membuntingkan saya. Apa yang harus saya buat nek?”.
Menarik nafsa bahagia nek Jah, bila Qistina berjaya dipujuk.
“Mari ikut aku masuk kedalam bilik, aku akan bagi kamu mentera itu. Seluruh badan kamu harus aku asapkan dengan asap kemenyan. Sebelum upacara penyerahan mentera”.
NekJah bangun dari tempat duduknya dan diikuti Qistina dari belakang masuk kedalam sebuah bilik khas. Kelihatan bilik itu sudah lama tidak digunakan. Ada beberapa barang pemujaan berada dipenghujung sudut dan ada satu juga sebuah katil bujang.
“Dulu bilik ini tempat aku mengurut orang dan mengubat orang”.
Qistina hanya berdiam diri dan memerhati sahaja seluruh bilik itu. Selepas segalanya selesai. Qistina pulang kerumah. Qistina tidak berani untuk mendekati sesiap didalam rumah itu. Kerana takut bau asap kemenyan dibadan, dapat dihidu oleh orang orang didalam rumah. Melangkah masuk dari pintu dapur, kelihatan Sham sedang bersarapan pagi.
“Haii, awal bangun jogging”.
Tegur Sham, Qitina pula hanya menyeringai, didepan pintu dapur.
“Jom makan sama sama?”.
“Tina nak mandi dulu. Badan dah berpeluh peluh, tak selesa pulak”.
Qistina masuk dan terus meluru kedalam bilik air. Qistina berharap sangat Sham tidak dapat menghidu bau kemenyan yang melekat dibadanya. Selesai membersihkan diri, Qistina keluar dari bilik air. Kelihatan Sham masih lagi menantinya didapur. Qistina yang bertuala dan berkain batik menutupi bahagian dada. Terus berjalan laju, masuk kedalam bilik. Bila selesai mengenakan pakaian, Qistina kembali ke dapur semula, untuk bersarapan bersama Sham.
"pukul berapa keluar jogging tadi?"
Tanya Sham, bila sahaja Qistina melabuhkan punggungnya dikerusi meja makan, berdepan tempat duduk Sham.
"pukul 7 lebih".
Jawap Qistina sambil mencapai pingan makan diatas meja.
"Wahhh pasti jauh Tina jogging. Sampai dua jam".
"Jogging sambil tengok keindahan kampung diwaktu pagi. Bukan beria berjoging pun".
Terang Qistina sambil menyeringai memandang Sham.
"Mak mana?"
Tanya Qistina sambil mata melilau mencari.
"Dia pergi kedai. Sham teringin nak makan asam pedas ikan pari. Itu yang mak pergi cari ikan pari".
"Amboii! Macam orang mengidam".
Ketawa kecil Qistina, bila bergurau.
"Betul lah tu. Saya memang tengah mengidam pun".
Sham merenung Qistina dengan senyuman mengoda. Membuatkan Qistina tertunduk malu.
"Megidam nak jadikan awak isteri saya".
Terkejut Qistina bila mendengar ayat yang keluar dari mulut Sham.
Share this novel