Selamat tingal

Mystery & Detective Series 96597

Perempuan sihir 2
part 54

“Hantu lah bodoh!”.

Marah Boy dengan wajah yang berkerut. Joshua terus datang rapat kepada Boy, bila Boy menyebut ada hantu. Boy menolak sedikit Joshua bila dia terlampau rapat dengannya. Mata Joshua melilau memandang keliling ruang utama.

“Mana?”.

Tanya Joshua.

“Hiss kau ni! Dah tak de lah”.

Kata Boy dengan nada keras. Tiba tiba Que berlari keluar dari biliknya. Dengan wajah yang berpeluh peluh. Badan Que mengigil ketakutan. Membuatkan Joshua dan Boy turut terperanjat.

“Kau ni dah kenapa Que?”.

Marah Boy pula kepada Que.

“Ada lembaga besar dalam bilik aku”.

Kata Que dengan wajah yang pucat lesu. Mereka berpandagan antara satu sama lain.

“Khokk! khokk! kohhhhhh”.

Batuk Joshua bertambah teruk. Kali ini Joshua batuk kuat dan tersembuh darah yang banyak keluar dari mulutnya. Dalam tekaknya bagaikan sesuatu yang tersangkut. Joshua memuntahkan barang yang tersangkut dianak tekaknya. Terkejut mereka bertiga, bila melihat benda yang keluar dari mulut Joshua berserta darah yang banyak... Ada beberapa keping kaca keluar dari mulut Joshua. Joshua pengsan bila melihat kaca yang keluar dari mulutnya. Membuatkan Boy dan Que menjadi kelang kabut. Mereka mengangkat Joshua dan diletakan diatas sofa. Boy kedapur mengambil air dan merenjiskan kepada Joshua…

“Bangun Josh! Bangun”.

Gerak Boy... Joshua membuka matanya. Dan duduk pelahan lahan sambil memegang kepalanya yang sedikit berpusing.

“What is all this?”.

Tanya Joshua. Boy dan Que duduk dikiri dan kanan joshua diatas sofa. Sambil bersandar kepenatan.

“Aku tak tau lah Josh! Aku rasa kita semua ni dah kena sihir”.

Kata Boy.

“Kenapa orang tu nak sihir kita?”.

Tanya Que pula. Masing masing terdiam seketika.

“Sebab kita selalu inaya orang”.

Balas Joshua, sambil tertunduk dan mengosok gosokkan mukanya dengan telapak tangan. Masing masing terdiam bila mendengar kata kata Joshua itu.

“Kita kena pergi berubat”.

Ajak Boy kepada Joshua dan Que. Mereka hanya diam, tidak berkata apa. Mereka tidak tahu, antara percaya akan sihir atau tidak...

Tiba tiba lampun diruang tamu tempat mereka duduk terpadam. Membuatkan rumah mereka gelap gelita.

“Tak ada eletrik”.

Kata Que dan bangun untuk mendapatkan sesuatu. Kerana talifon bimbit masing masing tertinggal didalam bilik. Que meraba raba mendapatkan lampu picit di bawah meja television, disitu ada laci menyimpan barang. Que membuka laci dan meraba raba mencari lampu picit. Bila tangannya mencapai lampu tersebut, Que terus menekan butang on dan disuluhkan kepada kawan kawannya yang duduk diatas sofa. Que terbuntang mata, sambil mengigil ketakutan, bila terlihat makluk yang besar, sebesar sofa yang mereka duduk sedang berdiri dibelakang Joshua dan Boy... Mata merah mahluk itu yang sebesar kepala manusia membuatkan mulut Que terkunci untuk menjerit.

“Kenapa Que?”.

Tanya Joshua… Joshua dan Boy serentak memusingkan kepalanya memandang kebelakang masing masing terkejut bukan kepalang. Melompat mereka berdua datang kepada Que. Masing masing merenung mahluk itu. Joshua pula menutup mukanya dengan telapak tangan.

“Lariiiiii”.

Jerit Boy sambil menarik tangan Joshua. Que juga turut berlari bersama sama, keluar dari rumah. Tanpa memakai baju dan tidak berselipa. Mereka seperti orang gila orang gila meluru keluar dari pintu pagar utama dan terus berlari ketengah jalan. Boy dan Joshua terlebih dahulu lari bersama sama. Manakala Que dibelakang mereka.

“Bummmm”.

Tercampak Boy dan Joshua, bila datang sebuah van lalu melangar mereka berdua. Boy tercampak ke tepi semak dan kepalanya terhantuk dibatu pembahagi jalan. Boy mengelupur untuk beberapa saat dan terus terdiam. Boy meninggal disitu juga. Que terhenti dari berlari dan menyaksikan kejadiaan yang menyayat hati itu didepan matanya. Que betul betul tergamam dengan apa yang berlaku... Joshua pula tercampak beberapa miter dihadapan van itu. Keadaan Joshua sangat parah. Pemandu van itu, dengan segera menghubungi ambulance. Bila melihat Joshua masih lagi mengelupur diatas jalan…

Bila melihat Joshua yang sedang dalam kesakitan Que terus datang kepada Joshua. Que berlutut menghadap Joshua yang dalam kesakitan. Sambil menagis dan memangil mangil nama Joshua. Joshua membuka mata sedikit dan memandang Que dengan wajah yang layu dan menahan kesakitan.

“Kita jadi macam ni, kerana kita jahat Que. Ini balas untuk kita. Tolong cari orang itu dan minta maaf Que.

Kata Joshua. Sebelum menutup matanya kembali.

“Jangan tinggalkan aku Josh. Tolong Joshhh. Jangan tinggalkan aku Boy”.

Que meraung raung sambil menangis dan memandang mayat Boy pula. Yang ada berdekatan dirinya... Beberapa minit kemudian ambulan sampai dan mereka megesahkan Boy telah meninggal dunia dan Joshua yang hanya tinggal nyawa nyawa ikan, Joshua di bawa menaik ambulan. Que pula duduk termenung ditepi rumahnya. Perasaan untuk masuk kedalam rumah untuk mengambil talifon bimbitnya wujud didalam diri Que. Tapi Que tidak berani untuk melangkah kaki kedalam rumah. Setelah selesai sekumpulan pegawai polis tersebut mengambil mayat Boy untuk dibawa ke hospital. Que meminta bantuan kepada salah seorang pegawai polis tersebut, untuk menemaninya masuk kedalam rumah. Que memang tidak berani untuk masuk kedalam seorang diri. Walaupun ditemani salah seorang pegawai polis tersebut didepan pintu utama.

“Kenapa cik?”.

Tanya pegawai polis tersebut. Bila Que terhenti dimuka pintu utama dan Que tertinjau tinjau kedalam rumahnya

“Tak ada apa apa tuan”.

Balas Que dan terus masuk kedalam. Polis itu setia berdiri dihadapan pintu utama.

“Tuan temankan saya dekat dalam boleh?".

Berkerut dahi pegawai tersebut. Bila Que memintanya menemani sampai kedalam rumah. Pegawai tersebut hanya menurut ajakan Que. Tidak mengatakan ya atau tidak. Pegawai polis tersebut masuk dan memerhatikan sekeliling rumah Que, yang masih lagi bergelap. Hanya cahaya dari lampu jalan luar sahaja memancar masuk.

“ Tak ada eletrik ke rumah ni?”.

Tanya pegawai tersebut.

"Tak tau lah Tuan. Tiba tiba tak ada eletrik".

Jawap Que.

“Mana suiz utama?”.

Tanya pegawai itu lagi.

Que menundingkan jari kepada peti box eletrik yang berada tidak berapa jauh dari pada pegawai tersebut. Pegawai tersebut berpusing dibelakangnya dan membuka penutup box eletrik dan menolak salah satu butang yang telah tertendang jatuh. Automatik, terang seluruh rumah. Lega hati Que, bila rumahnya terang kembali.

“Fius ni tertendang, sebab tu lah tak ada letrik”.

Kata pegawai tersebut.

“Dah pergi cepat ambil barang kamu”.

Que mengangukkan kepalanya dan bergegas masuk kedalam biliknya. Que mencapai talifon bimbitnya dan kunci kereta. Sempat juga dia mencapai tshirt dan disarungkan. Que bergegas keluar dari rumah… Pegawai tersebut pelik melihat Que. Kerana Que begitu tergesa gesa.

“Awak ni kenapa?”.

Tanya pegawai polis tersebut... Belum sempat Que menjawap pertanyaan pegawai polis tersebut. Tibab tibaaaaa

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience