Pt65

Mystery Series 103353

PEREMPUAN Sihir 2 pt65

Didalam kereta Rosalinda hanya diam membisu. Beberapa kali dia membetulkan keduduknya. Que pula memandu agak laju. Masing masing memilih untuk mendiamkan diri. Sehingga sampai dihadapan rumah Que. Que keluar dari keretanya, manakala Rosalinda setia mematung. Que beralih kepada pintu bahagian penumpang dan membukakan pintu kereta buat Rosalinda.

“Jom”.

Ajak Que, sambil memghulurkan tangannya kepada Rosalinda. Rosalinda tidak bergerak walau seinci pun. Hatinya betul betul keras. Que menarik tangan Rosalinda dengan lembut. Tetapi direntap keras oleh Rosalinda.

“Kau nak buat apa, bawak aku dekat sini?”.

Tanya Rosalinda dengan nada keras. Que menarik nafas panjang. Sebelum memulakan kata katanya.

“Rosa, saya nak bawak awak jumpa keluarga saya. Saya nak buat pengankuan dekat mereka”.

Terang Que. Membuatkan Rosalinda berkerut dahi.

“Kau nak semua orang tahu yang aku ni orang jahat?.Kau nak semua orang benci dekat aku?. Itu yang kau nak ke?”.

Tanya Qistina dengan nada keras.

“Bukan macam tu Rosa. Jom lah ikut aku. Sekejap je”.

Pujuk Que.

“Kalau awak tak keluar dari kereta ni, semuanya tak akan berakhir. Saya akan tetap kejar awak. Awak akan setia berlari dari saya. Tolong untuk kali ini sahaja Rosa”.

Que menundukan kepalanya bila bebicara. Dengan pelahan Rosalinda keluar dari kereta.

“Kalau betul kau nak akhiri semua ni, aku ikut kau masuk. Lepas ni segalanya akan berakhir. Baik dan buruk aku akan hadap sendiri”.

Balas Rosalinda yang mula berdiri dihadapan Que. Que terseyum dengan wajah yang layu. Dan setia terbatuk batuk. Que berjalan masuk ke pekarangan rumahnya, diikuti oleh Rosalinda dari belakang.

“Aku nak duduk luar sahaja”.

Que menganggukkan kepala tanda setuju. Baginya, Rosalinda sudah masuk. Sudah cukup baginya.

“Sekejap ya, saya nak panggil mama dan ayah saya”.

Rosalinda sedikit berkerut, bila Que berhasrat untuk menangil kedua ibu bapanya. Tetapi Rosalinda tidak berkata apa apa…

Setelah masuk kedalam, Que keluar bersama Mama dan ayahnya disitu ada juga seorang lelaki muda yang memakai kopia. Kelihatan seperti orang Alim. Rosalinda lebih berkerutkan wajahnya.

“Assalammuaikum”.

Lelaki berkopia itu menegur Rosalinda. Membuatkan Rosalinda mula naik berang. Rosalinda membesarkan biji amatanya. Tetapi, Oleh kerana ada Mama dan Ayah Que. Rosalinda kembali tenang. Tidak mahu memburukkan lagi keadaan.

“Cik kan yang saya tegur di trafik light semalam”.

Lelaki berkopia itu tersenyum.

“Yalahh”. Bisik Rosalinda didalam hati.

“Apa pulak dia buat dekat sini?”.
Bisik rosalinda lagi.

Rosalinda hanya diam. Tidak berkata apa apa, bila ditegur oleh lelaki tersebut.

“Rosa, ini abang sedara saya. Dia baru balik dari Arab. Dia belajar disana”. Terang Que dan tidak dipedulikan Rosalinda. Rosalinda setia berdiam diri.

“Mama papa saya nak buat pengakuan”. Que beralih kepada Mama dan Ayahnya.

Masing masing terkejut dengan kata kata Que itu. Mata semua memandang tertumpu kepada Que. Belum sempat Que memulakan kata katanya tiba tiba datang Darshini dan Papa Rosalinda. Di pekarangan rumah Que. Kehadiran Darshini dan Papa Rosalinda disambut baik oleh Mama dan Ayah Que. Mereka dijemput duduk bersama sama. Rosalinda tidak dapat berkata apa apa, bila Darshini dan Papa nya juga turut berada disitu.

“Sekarang semua sudah ada disini, lebih bagus”.

Que bersuara. Yang lain hanya diam dan menanti apa yang akan disampaikan oleh Que.

Manakala dirumah Qistina dan Zura pula.

“Aku sedih Zu, aku terasa diri aku dah tak berguna lagi. Aku tak dapat hadap semua ni. Aku menyesal wujud didepan semua orang. Aku lebih rela, mereka angap aku dah mati. Aku menyesal Zu. Aku betul betul menyesal”.

Itu sahaja yang terungkap dari mulut Qistina.

“Kau tak salah Qis, jangan pernah salahkan diri kau. Aku tau, kau masih ada jiwa kebaikan disebalik kejahatan kau. Kita dah kenal sejak kecik Qis. Baik buruk kau semua aku tahu. Jangan lah kau nak salahkan diri kau sendiri. Kita masing masing ada buat salah dalam hidup ni”.

Qistina hanya berdiam diri, mendengar kata kata Zura. Qistina bangun dari katilnya dan terus membuka almari pakaiannya.

“Aku nak pergi dari sini Zu! Aku dah tak boleh tinggal dekat sini lagi. Aku nak pergi jauh dari bandar ni. Aku tak mahu orang cari aku atau sesiapa pun kenal aku”.

Zura juga banggun dari katil dan menahan Qistina dari terus mengeluarkan baju bajunya.

“Cukup cukup lah tu Qis. Sampai bila kau nak lari. Anak kau perlukan kau. Ibu bapa kau masih ada lagi. Mereka semua sayang kau. Kau tak nak ke tebus dosa dosa kau dekat mereka. Aku juga dah jauh tersimpang Qis. Aku juga rasa, aku perlu berubah. Sampai bila kita nak jadi macam ni? Sampai bila kita nak puja setan?. Sampai bila kita nak Sihir orang orang yang kita beci?”.

Bertalu talu soalan di tanyakan oleh Zura kepada Qistina. Qistina terhenti dari mengeluarkan bajunya dari dalam alamari.

“Mak aku dah tua Qis, setiap kali aku balik kerumah. Bermacam macam nasihat dia bagi dekat aku. Dia nak aku mandikan jenazah dia, bila dia dah tak ada nanti. Aku jadi sedih Qis. Hati aku jadi sayu sangat. Bila Mak aku kata macam tu”.

Zura mengesat air matanya yang mula jatuh ke pipi.

“Aku rasa, Ibu kau pun nak macam tu juga Qis… Aku pasti, sebelum dia tutup mata. Dia nak kau ada disisi dia. Walaupun kita dah tersimpang jauh. Tapi kita belum terlambat Qis, untuk berpatah balik. Kita masih belum terlambat. Jom lah Qis! Kita sama sama ubah haluan kita. Kita sama sama jadi bahagiakan orang yang kita sayang”.

Pujuk Zura. Manakala Qistian setia membisu.

“Kau beruntung Qis. Kau masih ada suami yang setia tunggu kau. Kau ada anak. Kau ada ibu ayah adik berdik. Tapi aku cuma ada Mak aku sahaja. Nak kawin pun umur dah banyak. Ada duda duda dekat luar tu yang handsome handsome nak lah jugak aku kawin”.

Dalam ketegangan Zura membuat lawak. Membuatkan Qistina sedikit terseyum. Bila melihat Qistina terseyum, Zura lantas memeluk erat Qistina. Pelukan itu disambut Qistina. Mereka berpelukan sesama mereka.

“Aku faham apa yang kau nak sampaikan dekat aku”.

Qistina melepaskan pelukannya dan memandang Zura.

“Aku bukan macam kau Zu. Aku dah tersempang lebih dalam. Dia dah jadi sebahagian dari hidup aku. Susah untuk dia lepaskan aku. Bukan mudah Zu. Bukan semudah yang kau nampak. Kau hanya pakai susuh dan ada pedamping. Tapi aku lebih dari kau Zu. Selama aku menghilang, aku dah belajar macam macam jenis Sihir. Aku pasti, kau pun tahu apa yang ada dengan aku. Aku tak boleh Zu. Susah untuk aku Zu”.

Qistina melangkah dan terus duduk diatas katil semula. Zura juga ikut duduk diatas katil.

“Kalau ada jalan pun. Aku pasti jalan itu bukan semudah yang kita sangka. Kecuali satu sahaja jalannya”.

Qistian memandang Zura dengan renungan yang terbentang kesedihan. Zura setia menunggu Ayat apa yang akan Qistina katakan.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience