Series
102876
Qistina melangkah masuk ke dalam rumah, setelah melihat Que pergi. Sampai di muka pintu, kelihatan Khairul berdiri tegak di satu posisi diruang tamu. Qistina menutup pintu dan menghampiri Khairul.
"Sekarang kau dah tau siapa aku! Aku bukan lagi manusia yang kau kenal dulu. 90 peratus diri ini telah terpesong jauh. Aku lah yang sihir budak budak tu".
Qistina merenung tajam kepada Khairul. Khairul betul betul buntu.
"Qis! Sejahat mana pun sikap manusia itu, pasti akan ada kebaikan. Walaupun hanya 10 peratus, kebaikan dari diri Qis. Abang yakin, Qis boleh berubah. Menjadi Qis yang dulu. Seorang yang baik dan penyabar".
Dalam keliru, Khairul setia memujuk Qistina. Yang setia merenungnya.
"Aku nak tidur! Kau pun pergi lah tido".
Qistina menukar topik perbualan mereka. Khirul mengangguk tanda faham ada terus melangkah naik ke tingkat atas. Qistina mula baring di atas sofa... Manakala di rumah Mak tok. Rosalinda betul betul tidak dapat memejamkan. Matanya. Hanya memikirkan tentang Ibu yang tiba tiba muncul di depan mata. Rosalinda melihat jam di talifon bimbitnya. Waktu memujukkan sudah hampir 4pagi. Rosalinda membuat keputusan, akan ke rumah Darshini bila menjelang pagi.
"Morning Qis!".
Khirul turun dari anak tangga terakhir. Sambil melangkah untuk mengejutkan Qistina. Sampai sahaja dirunag tamu. Khairul merasa kecewa, kerana Qistina tidak ada di atas sofa. Khairul melabuhkan punggungnya di atas sofa. Sambil termenung. Khairul terpandang satu nota di atas meja. Lalu mengambil dan membaca nota tersebut.
"Maafkan aku. Aku terpaksa pergi. Pergi dan tak akan kembali. Lupakan aku. Anggap sahaja aku dah mati dan Anggap aku tak pernah datang bertemu sesiapa. Aku menyesal hadir di hadapan kamu semua. Maafkan aku".
Khairul merenjukkan nota itu, lalu dicampaknya di atas karpet. Khairul betul betul kecewa atau pemergian Qistina.
"Dar, aku datang rumah kau ni, aku ada benda nak bagi tau kau?"
Rosalind memandang Darshini dengan wajah yang sedih. Darshini merapatkan dirinya kepada Rosalinda. Agar dapat mendengar dengan lebih jelas lagi.
"Kenapa ni Rosa?".
"Dar, Ibu aku belum mati lagi!".
Terkejut Darshini bila Rosalinda kata bagitu. Darshini berkerut kan wajahnya.
"Habis tu, mana dia sekarang?. Kau jumpa dia di mana?"
Darshini tak sabar untuk mendengar cerita Rosalinda. Rosalinda terdiam seketika dan menundukkan wajahnya.
"Dia ada Dar, dia ada sentiasa di samping kita. Cuma aku sahaja tak tau. Hingga lah dia muncul di rumah mak tok".
Rosalinda menceritakan segala yang terjadi kepada Darshini. Membuatkan Darshini terpinga pinga. Sambil membuntangkan biji matanya yang sedia besar.
"Jadi dia mak kau? Patutlah dia beria ria nak tolong kau dengan aku. OMG I really don't believe it. Patutlah dia selalu renung kau. Aku rasa dia betul betul rindukan kau".
"Kalau dia rindukan aku, kenapa dia tak datang jumpa aku masa aku kecil. Kenapa baru sekarang dia datang?".
Darshini hanya diam membisu.
"Dia ahli sihir Dar. Diaaa".
Rosalind terhenti dari berbicara dan memandang Darshini. Darshini juga memandang Rosalinda. Seperti mahu Rosalinda menghabiskan ayatnya.
"Dia seorang pembunuh Dar. Kau lupa yang dia dah bunuh musuh musuh kita Azhar, Syuk, Iris, Boy dengan Joshua".
Darshini tertunduk dan memandang Rosalinda semula.
"Aku rindu Joshua... Tapi dendam aku dapat mengalahkan rasa rindu ini".
"Yang terakhir Que. Jin yang mendampinginya akan terus buat dia jadi gila. Sampai dia mati".
Balas Rosalinda sambil tersenyum bahagian.
"Apa beza dia dengan kita?".
Tanya Darshini kepada Rosalinda. Membuatkan Rosalinda tidak faham maksud Darshini.
"Kau cakap apa Dar. Aku tak faham?".
Rosalinda berkerut dahi, memandang Darshini.
"Maksud aku!. Apa bezanya ibu kau dengan kita berdua... Kalau kita tak jumpa auntie Tina, tentu kita jumpa bomoh yang lain. Dan tetap guna sihir untuk bunuh mereka. Jadi, apa bezanya kita dengan auntie Tina".
Membuatkan Rosalinda berfikir sejenak.
"Ahhhh lantak lah tu semua!. Yang penting dia dah tinggalkan aku... Aku hilang kasih sayang ibu".
"Maafkan aku Rosa. Aku sayang kau. I don't want you to be sad. Aku akan sedia ada untuk kau. Dan aku nak kau ada untuk aku juga. We will be friends forever".
Rosalinda dan Darshini berpelukan.
"Aku nak balik, aku nak tengok papa buat apa dekat rumah. Aku tau, papa pasti sedih".
Darshini mengangguk tanda faham.
"Que baliklah sayang. Mama betul betul risaukan Que. Balik ya sayang. Kejap lagi ada ustaz nak berubat kan Que".
Pujuk mama Que di talian. Que bagikan orang yang hilang pedoman. Bagikan orang yang hilang arah dan tujuan. Que tidur didalam kereta di hadapan rumah Rosalinda. Dengan harapan dapat bersemuka dengan Rosalinda sekali lagi.
"Ya mama! Nanti Que balik".
Balas Que dengan nada letih. Sambil memandang ke arah rumah Rosalinda dan juga rumah Darshini. Kerana kereta Rosalinda ada di rumah Darshini.
"Jangan tidak ya sayang! Mama tunggu Que balik".
"Baik mama".
Que memutuskan panggilan itu. Sambil mata setia memerhati. Dengan harapan Rosalinda akan keluar. Atau dia sendiri akan masuk ke dalam.
"Nanti petang kita keluar ya?".
Kata Darshini kepada Rosalinda, sambil berjalan beriringan keluar dari rumah.
"Ok, apa apa aku nak balik, nak jumpa papa. Aku nak say sorry dekat dia".
Darshini mengangguk tanda faham. Rosalinda berjalan berseorangan keluar dari rumah Darshini. Untuk balik ke rumah yang hanya bersebelahan. Que yang nampak Rosalinda, terus meluru. Terkejut Rosalinda yang ada di luar pagar Darshini. Begitu juga Darshini. Que memegang tangan Rosalinda dengan ganasnya dan menarik Rosalinda agar masuk ke dalam keretanya.
"Aku ada hal nak cakap dengan kau".
Kata Que sambil menghumban Rosalinda masuk kedalam kereta. Darshini cuba menghalang. Tetapi tenaga Que tidak dapat dilawan Darshini. Darshini terjatuh manakala Rosalinda memeronta untuk melepaskan diri.
"Tolong ikut aku Rosa. Tolong jangan melawan aku".
Nada Que mula lembut... Que memandu keluar dari perkarangan rumah Darshini. Membiarkan Darshini yang terduduk di atas tanah. Darshini lantas bangun dan berlari ke rumah Rosalinda untuk memberi tahu hal ini kepada Papa Rosalinda. Darshini mengetuk pintu rumah Khairul bagi nak pecah pintu utama. Khairul yang duduk di sofa terkejut dan lantas bangun dan berlari ke pintu utama. Lantas membuka pintu.
"Kenapa ni Dar?".
"Uncle Rosa dilarikan Que!".
Balas Darshini tercungap cungap.
"Bila?".
"Baru ni uncle. Que marah marah dan tarik Rosa masuk dalam kereta dia".
"Kamu tunggu kejap".
Khairul berlari ke atas untuk mengambil kunci kereta dan Bag duitnya. Dan kembali turun, mendapatkan Darshini.
"Jom".
Darshini mengikut Khairul masuk kedalam kereta dan bergegas pergi. Tanpa arah tuju... Kerana Darshini juga tidak tahu ke mana Que ingin membawa Rosalinda.
Share this novel