Series
103353
Perempuan sihir 2 pt66
“Kecuali kalau aku mati! Benda tu pun akan mati”.
Zura tak sangka, itu yang akan dilafaskan oleh Qistina.
“Kau ni dah kenapa? Kau tak boleh fikir cara lain ke? memang itu je jalan yang kau fikir”.
Marah Zura. Membuatkan Qistina terdiam.
……………
“Mama, Ayah dan semua. Saya nak buat pengakuan”.
Air Mata Que mula turun dipipi. Mama dan Yah Que berkerut wajah, melihat anaknya dalam keadaan begitu. Que setia berdiri tegak.
“Saya bukan orang yang baik. Saya bersalah kepada semua orang disini. Terutama Rosa”.
Que memandang Rosalinda. Roslinda tidak memperdulikan Que. Dia hanya mahu mendengar apa yang Que mahu katakan.
“Saya nak buat pengakuan. Yang saya budak jahat. Saya telah merosakan ramai anak gadis dekat kolej. Saya juga telah menjual Rosalinda dan Darshini dekat kawan kawan saya. Sampai meraka berdua diiii.”.
Que terhenti dari berkata dan mula tunduk kebawah. air mata tak henti henti mengalir. Sesekali Que terbatuk batuk. Terperanjat bukan kepalang Mama Dan Ayah Que. Que kembali berbicara.
“Sampai mereka dirogol beramai ramai”.
Que menjadi lemah, bila buat pengakuan itu. Latas Ayah Que bangun dan memukul Que beberapa kali. Mama Que mula meraung. Rosalinda dan Darsini berpelukan sambil menagis. Manakala Khairul dan Sepupu Que menahan Ayah Que dari terus memukul Que. Que terlepas dari pukulan ayahnya.
"Anak tak guna!. Aku hantar kau belajar, bukan untuk rosakkan anak orang. Aku nak kau pandai. Kau betul betul anak tak berguna”.
Jerit Ayah Que. Que terbatuk batuk dengan lebih keras lagi. Sambil sedikit meraung.
“Maafkan saya Ayah. Saya anak yang jahat. Saya tak tau, sampai bila masa saya. Saya kena sihir. Saya tau masa saya dah tak lama. Saya nak berubah, saya nak tebus dosa saya”.
Que merangkak terus kepada Rosalinda.
“Maafkan aku Rosa, maafkan aku Dar”.
Que melutut sambil bersujud meminta maaf.
Darshini betul betul tidak tahan dengan tindakan Que. Darshini lantas memeluk Que.
“ I maafkan u”.
Terkejut Rosalinda. Bila Darshini memaafkan Que.
“Kau dah kenapa Dar! kau lupa apa yang dia buat pada kita?”.
Marah Roslinda. Darshini melapaskan pelukannya dan berpaling kepada Rosalinda.
“ Aku tak akan pernah lupa Rosa. Sampai aku mati pun, aku tak akan pernah lupa. Tapi sampai bila kita nak hukum orang?. Dia dah mak berubah. Tak salah kita bagi dia peluang”.
Rosalinda hanya terdiam, bila Darshini kata begitu.
“Maafkan saya Rosa”.
Que berlutut dihadapan Rosalinda. Sambil megengam jari jemari Rosalinda. Roslinda membiatkan sahaja jarinya dipegang Que. Tetapi wajah nya tidak memandang Que. Rosalinda berpaling ketempat yang lain.
“Saya dah tak boleh tahan macam ni. Dada saya sentiasa panas. Batuk saya bertambah teruk. Setiap kali saya makan, saya akan muntah makan itu. Tolong Rosa, Tolong saya. Tarik balik Sihir yang awak hantar kepada saya. Saya bersumpah dekat awak, saya akan jadi orang yang baik. Saya akan ambil bertangungjawab dengan apa yang dah laku kan. Saya akan jadikan awak isteri saya”.
Terkejut semua yang ada disitu, bila tau Que disihir oleh Rosalinda. Begitu juga Khairul. Khairul tak sangka, Rosalinda bertemu Qistina untuk menyihir Que dan kawan kawnanya. Khairul tertunduk, tidak tahu untuk berkata apa.
“Bagusss, padan muka kamu. Itu lah balasan anak yang tak kenang jasa. Aku bagi kau belajar untuk kau lebih hormat orang. Ini kamu yang jadi ketua Setan”.
Marah Ayah Que lagi.
“Selagi meraka tak maafkan kamu. Selagi itu lah, kami tak akan maafkan kamu”.
Ayah Que menarik tangan Mama Que agar masuk kedalam rumah. Tidak mahu campur dengan apa yang terjadi sekarang. Dia mahu anaknya selesaikan sendiri masaalah yang dia buat sendiri. Mama yang setia menagis,mengikut kehendak suaminya.
“Auncle pun tak tau nak cakap apa lagi Que. Que dah besar. Que ada akal untuk berfikir. Auncle tak dapat nak tolong Que. Auncle memang marah dengan apa yang kamu dah buat. Tapi siaplah auncle untuk menghukum kamu. Auncle nak kamu selesaikan sendiri berdua dengan Roslianda”.
Khairul bangun dari kerusi dan terus berjalan menuju keluar dari rumah untuk kekereta. Darshini juga bangun untuk mengikut Khairul pulang. Sepupu Que juga masuk kedalam rumah. Kini tinggal Que dan Rosalinda sahaja diluar pekarangan rumah. Sepertinnya mereka semua mahu memberi Que dan Rosalinda ruang. Que masih diposisi yang sama sedari tadi. berlutut dihadapan Rosalinda. Lebih 10 minit Que merayu agar Rosalinda memaafkannya. Tiba tiba rosalinda bangun dari tempat duduknya. Menolak sedikit Que agar ketepi. Rosalinda berdiri sejenak. Seperti memikirkan sesuatu.
“ Ikut aku “.
Ayat itu yang keluar dari mulut Rosalinda. Que juga bagun dari tempat dia berlutut.
“Awak nak kemana Rosa?”.
Tanya Que yang kebungungan.
“Ada sesuatu yang aku perlu selesaikan. Kau mesti ada dengan aku. Kalau kau nak selamat”.
Que menganguk tanda faham. Walau pun ada sedikit kebingungan.
“Bawak aku kesana?”.
"Kau nak tau Que?. Dari kecik aku kehilangan ibu aku. Aku sangka ibu aku dah meninggal dunia. Hidup aku hanya ada Papa aku sahaja. Dalam rumah aku hanya dapat meluahkan apa yang aku rasa kepada Papa yang strok. Papa sentiasa ada didalam hidup aku. Walaupun hanya didalam rumah. Dia tak boleh bawak aku jalan jalan. Dia tak boleh berlari kejar aku. Tapi aku tak kesah. Aku tau dia akan sembuh satu hari nanti. Sampai lah aku dewasa. Aku terpandang kau Jiwa aku mula tak kosong. Aku mula ada pilihan lain untuk disayangi. Aku bahagia bila kau ada dekat dengan aku. Tapiii”.
Rosalinda berhenti dari bercerita. Tetapi disambung oleh Que.
“ Saya tau sayang. Saya telah hancurkan hidup awak. Saya yang bodoh. Saya orang jahat. Saya tak patut buat awak, mau pun gadis gadis yang lain. Saya betul minta maaf. Saya bersalah Rosa, tak akan ulang semula sikap jahat saya”.
Rosalinda merenung tajam Que. Bila Que memotong ceritanya.
“ Tapi aku berterima kasih dekat kau”.
Berkerut wajah Que bila Rosalinda kata begitu. Qie betul betul tak fahan dengan Rosalinda...Rosalinda meyeringai dan setia merenung Que. Membuatkan Que menjadi seram dan sedikit mengalihkan diri. Agar berjauhan sediki dari Rosalinda.
“Saya buat jahat, Awak masih nak berterima kasih”.
Que mengerutkan dahinya. Rosalinda menyeringai dan semakin menyeramkan.
“Berterima kasih dekat kau, sebab kau dah ketemukan aku dengan ibu aku. Walaupun aku jumpa dia sebagai dukun. Hahhahahhahahhahhahahhahah”.
Roslinda ketawa dan sedikit mengilai. Bagai nak gugur jantung Que. Bila Rosalinda buat begitu. Rasa takut, nak menangis, bimbang. Macam macam bermain difikiran Que. Lebih lebih lagi Que tidak tahu hala tuju nya.
“Aku nak tau sangat, kenapa dia boleh jadi wanita yang jahat. Mesti ada sebab, kenapa dia tinggalkan aku. Tapi tau lahhhh. Aku juga berterima kasih dekat dia. Entahhhh lahhhh”.
Rosalinda berdengus panjang.
“Kalau bukan kerana dia, aku tak dapat bunuh kawan kawan kau. Hahhahahha Iris yang pertama kena sihir dari aku dan Darshini. Boy, Syuk, Azhar… Hurmmmm padan muka. Joshua aku tak nak usik. Itu semua kerja Darshini. Sampai angau lah, dia dekat Darshini. Aku ingat Darshini nak simpan Josh, macam aku simoan kau. Tapi itu lah. Dia tak kuat, akhirnya mampus jugak. dan akhir sekali kau. Kau sungguh beruntung, sebab masih hidup”. Rosalinda setia terseyum sambil berbicara.
“Saya tahu dosa saya dekat awak Rosa. Saya minta maaf. Saya dah siap terima apa sahaja hukuma dari awak. Walaupun dengan kematian. Saya banyak buat salah, bukan dengan awak. Tapi dengan orang orang lain juga. Saya lepas tanggungjawap saya. Lepas inaya orang”.
Nada Que seperti orang yang sudah putus asa. Rosalinda berpaling dari memandang Que. Beralih memandang kehadapan.
“Belok kiri”.
Arah Rosalinda. Que mengikut arahan. Lebih 20 minit Que memandu. Tetapi masih tidak tahu kemana tujuan Rosalinda. Sehingga Rosalinda mengarahkan Que berhenti. Dan dituruti Que. Rosalinda memandang rumah teres dua tingkat dihadapannya dan termenung.
“Ini rumah siapa?”.
Que mula bertanya.
“Rumah bomoh yang santau kau lah”.
Jawab Rosalinda selamber. Que terkejut dengan apa yang dikatakan oleh Rosalinda. Bermakna, itu adalah rumah ibu Rosalinda. Rosalinda lama didalam kereta. Sebelum dia mengajak Que keluar dari kereta.
“Jom masuk”.
Que yang berdebar debar menurut sahaja Rosalinda. Rosalinda membunyikan loceng beberapa kali. Sebelum pintu utama di buka oleh Zura. Zura terkejut dengan kehadiran Rosalinda dan Que disitu. Zura berjalan membukakan pintu pagar dipekarangan rumahnya.
“Ehhh ada apa ni sayang?”.
Tanya Zura sambil mempelawa Rosalinda dan Que masuk kedalam rumah. Que dan Rosalinda masuk dan terus duduk diruang tamu. Zura juga duduk diruang tamu bersama sama mereka berdua.
“ Aunte Zu, Antie Tina mana?”.
Rosalinda mula bersuara. Zura mengerutkan wajahnya. Sebelum bersuara.
“ Ibu kamu dah pergi Lin”.
Terkejut Rosalinda, bila Zura kata begitu.
“ Dia pergi mana auntie?”.
Zura hanya diam membisu. Tidak memjawab soalan Rosalinda.
“Auntie minta maaf Lin. Auntie tak boleh bagi tau kamu. Ini amanah yang ibu kamu”.
Rosalinda tertunduk sejenak. Perasannya bercampur aduk.
“Ibu dah tak sayang saya lagi ke? Kenapa dia selalu tinggalkan saya. Saya benci ibu”.
Rosalinda mula menangis. Zura datang duduk disebelah Rosalinda, sambil memegang bahu Rosalinda.
“Kamu tak tau apa yang ibu kamu dah lalui. Auntie tak pernah salah kan ibu kamu dalam hal ni. Dari kamu kecil, dia sudah menderita. Setiap saat, nama kamu sentiasa dibibirnya. Kata kata rindu selalu diluahkan kepada auntie. Dia adalah wanita yang cukup cukup kuat. Dia adalah mangsa keadaan. Walaupun dimata kamu dan yang lain. Dia adalah wanita jahat. Auntie dan ibu kamu, tak pernah salahkan kamu”.
Cerita Zura kepada Rosalinda. Membuatkan Rosalinda menagis teresak esak.
“Tapi kenapa auntie? Saya tak faham. Yang saya tau dia perempuan sihir. Dia dah hancurkan hidup saya. Dia tinggalkan saya masa saya kecik. Kenapa dia tak pernah datang jumpa saya auntie?. Apa dosa saya dekat dia?”.
Zura juga turut menitiskan air mata. Memdengar keluhan Rosalinda. Que hanya duduk dan mendengar sahaja.
“Semua ini salah Papa kamu Lin. Dia lah punca segala galanya”.
Dengan air mata yang sentiasa mengalir. Rosalinda memandang Zura. Wajahnya sedikit berkerut.
“Dari rumah Tok wan, semua sebok salahkan papa. Apa yang telah papa buat, sampai dia boleh tinggakan saya”.
Zura terdiam sejenak dan menarik nafas panjang.
“Lin dan dewasa. Antie rasa Lin patut tau cerita sebenarnya. Walaupun sudah beribu kali ibu kamu mengingatkan Auntie untuk setia merahsiakan hal ini. Tapi auntie kena berterus terang. Auntie tak mahu kamu salahkan kawan baik auntie. Auntie sudah bersama ibu kamu, sedari kami kecil lagi. Sudah tidak ada rahsia antara kami”.
Terang Zura.
“Papa kamu telah mengkhianati cinta ibu kamu. Dia telah curang bermain cinta dengan beberapa orang perempuan dan menghancurkan jiwa ibu kamu… Semua terbongkar, Bila ibu kamu pulang kerumah tok wan. Dia membawa pulang perempaun dirumah kamu. Kebetulan ibu kamu dan buat kejutan. Ibu kamu pulang kerumah bersamam kamu. Bila sampai di tingkat ke dua. Dia lihat dengan mata nya sendiri. Papa kamu melakukan perbuatan terkutuk. Tapi dia tak sedar ibu kamu dan kamu ada disitu. Ibu kamu menyuruh kamu diam. Kamu dan ibu kamu berpatah balik pulang ke rumah Tok wan. Itu lah kali pertama ibu kamu tau yang papa kamu bukan lelaki yang baik”.
Hati Rosalinda terkejut dengan apa yang diceitakan oleh Zura. Rosalinda megengam jari dengan kuat. Dadanya turun naik kemarah.
“Itu bukan pengakhirnya Lin”.
Zura teruskan bercerita.
“Selepas Ibu kamu tahu. Dia mula dapat tangkap papa kamu dengan wanita wanita yang lain juga. Tapi hanyalah dari jauh. Papa kamu sedikit pun tidak tahu, yang perbuatannya diketahui Ibu kamu. Kerana Ibu kamu tidak memunculkan diri dihadapan papa kamu. Auntie lah saksi perbuatan papa kamu”.
Satu satu perbuatan buruk Khairul dibongkarkan oleh Zura. Rosalinda mula kasihankan ibunya setelah mendengar cerita itu.
Share this novel