Series
                        
285
                    Aku genggam gunting erat, nafas turun naik dengan laju. Mata aku tertancap ke arah pintu. Kalau aku nak selamat, aku kena keluar.
Aku terus berlari ke arah pintu, tapi suara Nazmi menahan langkahku.
"Tan Sri Farid."
Aku menoleh ke belakang.
Nazmi senyum nipis. "Bekas Ketua Polis Negara. Disanjungi masyarakat... tapi nasibnya malang, dia mati. Kau mesti tahu macam mana dia mati kan?"
"A-aku dah tengok CCTV tu dengan Kak Amaraa! Aku nampak kau dalam rakaman tu...kau letak racun dalam minuman dia! Tapi apa sebab kau bunuh Pak Ngah aku?!"
Nazmi mendekat, langkahnya perlahan, kata-katanya bagai racun.
"Dia tak mati sia-sia, Adreena. Dia dibunuh... kerana dendam orang lain. Aku hanya alat. Aku hanya jalankan kerja."
Air mata aku jatuh tanpa sedar.
"Kerja?! Kau cakap bunuh orang tu ialah kerja?!"
Nazmi ketawa kecil.
"Dengar sini... musuh Pak Ngah kau ialah orang yang sangat rapat dengan aku. Dato' Mahadi. Kau tahu siapa dia? Dia upah aku untuk bunuh kawan baik dia sendiri. Kau tahu sebab apa?"
Aku menggigil, perlahan aku geleng kepala.
Nazmi menarik nafas panjang.
"Sebab adik dia, Maleeq. Seorang pembunuh bersiri. Lelaki gila yang suka bunuh orang tanpa sebab. Dia lari dari polis tapi sebelum tertangkap, dia cuba bunuh orang awam dengan pisau. Dan siapa yang hentikan dia? Aku rasa kau dah boleh agak siapa."
Aku terdiam dan hanya mengangguk.
Nazmi teruskan, matanya tajam menikam aku.
"Pak Ngah kau tembak Maleeq sebelum dia sempat kelar leher orang tu. Itu satu-satunya jalan. Tapi dendam tak pernah padam. Mahadi tak boleh terima yang adik dia mati ditangan kawan baiknya sendiri. Jadi... dia datang kepada aku. Dia minta aku habiskan nyawa kawan baiknya. Dan aku... aku *
tunaikan."
Aku rasa lutut aku lemah, tubuhku hampir jatuh.
"Tak... tak mungkin. Aku tahu Pak Ngah aku orang yang baik. Dia buat semua tu demi selamatkan nyawa orang awam!"
Nazmi mendekat.
"Ya. Dia wira. Tapi setiap wira ada musuh. Dan musuh tu lebih licik dari yang kau sangkakan."
Aku pejam mata, air mata deras menitis. Tangan aku masih pegang gunting, tapi tangan aku menggigil hebat.
"Kau bunuh dia... kau bunuh orang yang aku sayang!"
Nazmi meletakkan tangannya di bahuku.
"Dan aku akan bunuh lagi... kalau itu jalan untuk kau sentiasa berada di sisi aku. Sama ada kau suka atau tidak."
Share this novel