BAB 13

Action Series 123

Aku duduk diam di tempat duduk belakang kereta Alphard berwarna hitam itu. Walaupun Mu'az telah hantar aku ke klinik disebabkan kaki aku terseliuh tapi hati aku masih belum tenang.

Di hadapan, Zaidan Mu'az sedang memandu sendiri dengan penuh fokus, manakala seorang lelaki berbadan tegap - pengawal peribadi Mu'az - duduk di kerusi penumpang hadapan. Motor Aku pula dihantar ke bengkel oleh seorang lagi pengawal peribadi Mu'az.

Kereta bergerak tenang meredah jalan, burung-burung bertebangan untuk pulang ke sarang masing-masing. Beberapa minit berlalu sebelum suara Mu'az memecahkan suasana.

"Adreena,"

Aku menoleh kepala sedikit, mata masih memandang luar.

"Aku minta maaf... kalau aku bentak kau tadi," katanya lagi.
"Aku... aku cuma risau kalau kotak hitam tu hilang. Aku tak boleh bayangkan kalau semua bukti tu musnah. Aku tak patut terbawa emosi tadi."

Aku hanya mengangguk perlahan, tidak membalas.

Mu'az menyambung, "Dan... kalau bodyguard aku tadi ada berkasar dengan kau... aku minta maaf. Diorang cuma ikut arahan aku."

Kali ni aku membalas, perlahan.
"Takpe. Aku okay..."

Beberapa minit kemudian, Alphard hitam itu berhenti di hadapan rumah teres dua tingkat milik abah. Sebelum sempat aku membuka pintu, pegawai peribadi Mu'az berpaling ke belakang dan hulurkan satu plastik makanan.

"Bos belikan ni tadi," katanya ringkas.

Aku teragak-agak sebelum mengambilnya. Aku menjeling ke arah Mu'az yang masih tenang di stereng.

"Thanks..." ucapku perlahan.

Mu'az senyum kecil. "Jaga diri, Adreena. Kita belum selesai lagi."

Aku angguk. Perlahan-lahan aku turun dari kereta, berjalan menuju ke pintu pagar rumah. Aku sempat berpaling ke arah kereta sebelum membuka pintu rumah.

Sebaik saja aku masuk, kereta Alphard perlahan-lahan berlalu pergi.

Aku pun melangkah masuk dan membuka lampu rumah, "MBAAAAA!"

"Astaghfirullah!" Aku hampir terlepas plastik makanan dari tangan.

Mak dan Abah muncul dari balik langsir ruang tamu sambil senyum besar. Tapi senyuman mereka bertukar jadi riak risau sebaik saja nampak keadaan aku yang comot dan berjalan sedikit terhincut-hincut.

"Ya Allah, Adreena! Kenapa dengan kaki tu?! Mana motor?! tanya Mak, berderet soalan keluar dari mulut Mak.

"Siapa yang hantar balik tu? Grab ke? Tapi... mewahnya naik kereta Grab macam tu," sambung Abah sambil kerutkan dahi.

Aku tarik nafas perlahan, cuba susun kata.
"Tadi... Adreena terbabas sikit masa bawak motor dekat jalan. Tayar tergelincir, kaki Adreena terseliuh."

Mak menekup mulut, "Allahuakbar..."

"Tapi nasib baik... masa tu ada orang tolong." Aku duduk perlahan atas sofa, sambil letak plastik makanan di meja.

"Orang tolong? Siapa?" soal Abah, kali ni nadanya lebih serius.

Aku pandang mereka bergilir-gilir. "Nama dia Zaidan Mu'az... dia yang bagitahu nama dia walaupun Adreena tak nak tahu. Dia kebetulan lalu masa tu, dia lah yang tolong. Dia yang hantar Adreena balik guna kereta dia. Bodyguard dia yang bawak motor Adreena ke bengkel. Nanti dorang hantar motor tu ke rumah."

Mak dan Abah saling berpandangan.
"Bodyguard?" ulang Mak perlahan.

Aku hanya angguk perlahan. "Ya... nampak gaya macam orang kaya."

Abah masih kelihatan pelik. "Dan makanan ni?"

Aku angkat plastik tadi. "Dia belikan. Mungkin sebab dia kesian tengok Adreena kut..."

Mak duduk di sebelah aku, periksa kaki aku yang terseliuh. "Aduh... bengkak sikit ni. Nasib baik tak patah."

Abah bangun, menuju ke dapur. "Abah ambik ais. Adreena makan dulu, lepas tu solat dan rehat."

Aku hanya tersenyum kelat.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience