BAB 5

Action Series 123

Mak bangkit perlahan dari katil, pandang wajahku sejenak sebelum menoleh ke pintu.

"Mak keluar dulu. Kalau ada apa-apa, panggil je," ucapnya lalu melangkah keluar. Pintu ditutup perlahan - klik - dan bunyi itu terasa bergema dalam bilik yang tiba-tiba sunyi sepi.

Aku menarik nafas panjang, menyandar pada kepala katil. Cahaya matahari menerangi wajahkua.

Bzzzt
Telefon di sisi katil bergetar tiba-tiba.

Aku tersentak.
Satu notifikasi muncul.

1 Mesej Baharu - Nombor Tidak Dikenali
+60 11-7****64

Jari-jariku teragak-agak menekan skrin. Mesej itu hanya satu ayat.

"Adreena... Kau ingat kes bekas Ketua Polis Negara, Tan Sri Farid yang dibunuh 3 tahun lepas? Ayah kandung kau yang bunuh dia kan. Tapi dalam laporan polis, dia mati disebabkan sakit jantung. HAHAHAHAHA.. pandai dorang cover."

Dahi aku berkerut. Aku tatap skrin tanpa berkelip.

Bzzzt
Satu lagi mesej masuk.

"Adreena... Kau nak tahu kenapa ayah kau bebas walaupun semua orang tahu dialah pembunuh Tan Sri Farid?"

"Sebab dia ada cable besar... itu yang buat orang atas takut nak hukum dia. Kau takkan dapat cari bukti ni kat mana-mana. Aku je yang ada recording perbualan ayah kau dengan orang yang sebenar di sebalik semua ni. Datang ke Rumah No. 42, Jalan Merah sebelum pukul 12 malam ."

(1 voice note received - 0:14)
[Suara ayahku terdengar]
"Aku dah buat macam yang kau suruh... Tapi kalau kau ingkar janji, aku akan dedahkan nama kau kat mahkamah --" (terputus dengan bunyi tamparan keras)

Jantung aku berdegup lebih kencang. Rumah No.42? Itu bukan ke rumah lama mak? Tempat tu dah lama ditinggalkan sejak mak dan ayah bercerai... Tapi kenapa tempat tu juga yang kena pergi?

Bzzzt

"Dorang sembunyikan aku supaya aku tak perlu bongkar kan kes ni. Sebab dorang takut. Hanya kau je yang boleh bongkar kan kes ni. Ada masa sebelum 12 malam. Kalau kau lambat, mungkin kau tak dapat bukti ni langsung.

Pilihan di tangan kau."

Skrin telefon tiba-tiba padam. Aku terdiam. Badanku mula berasa seram sejuk. Kes yang telah lama aku siasat, akhirnya datang dengan sendirinya.

Aku tak tunggu lama. Jari-jariku pantas menaip mesej balas kepada nombor misteri itu.

"Aku akan ke sana. Sekarang."

Hantar. Tiada tanda-tanda mesej dibaca. Aku capai 'jersey' berlengan panjang dari almari, sarungkan purdah, dan perlahan-lahan keluar dari bilik. Mak tengah menjahit. Abah pula tiada di rumah. Aku tak tinggalkan apa-apa nota. Dan aku hanya bawa telefon bimbit sahaja.

--

Cahaya matahari memancarkan cahayanya dan angin bertiup dingin seolah-olah membisikkan sesuatu. Jalan ke rumah lama di Jalan Merah sangat sunyi walaupun sudah tengah hari.
Rumah itu muncul dalam pandanganku - usang, sunyi dan gelap. Cat di dinding sudah menggelupas, tingkap berdebu dan palang besi berkarat.
Serta... Pintu depan tidak berkunci.

Aku tolak daun pintu perlahan. Bunyi engsel berkeriut menggema dalam rumah. Bau hapak, debu dan sesuatu yang lebih... asing menyambutku.

"Hello?" suara aku keluar dalam bisikan. Tiada sahutan.

Bunyi tapak kasutku bergema di dalam rumah itu. Aku menyuluh menggunakan telefon. Debu menari-nari dalam cahaya. Di ruang tamu - kosong. Di dapur - gelap dan sejuk. Tapi di bilik belakang, pintunya sedikit terbuka.

Aku tolak.

Dalam bilik kecil itu, aku nampak satu kotak hitam di atas meja usang. Kotak itu seolah-olah sedang menanti kehadiranku.
Aku buka penutupnya perlahan.

Surat. Gambar mayat. Laporan bedah siasat. Transkrip rakaman. Resit pindahan wang. Pendrive.

Aku terkedu. Ini... ini semua bukti yang boleh bongkarkan kes ni. Nama-nama dalam dokumen itu buat darah aku mengalir laju termasuk nama Tan Sri Farid.

Aku tak tunggu lagi. Aku tutup semula kotak dan peluk erat di dada. Tapi saat aku pusing ke arah pintu -

KRIIEKK...

Aku terdengar bunyi sesuatu dekat tingkat atas.

Aku tahan nafas. Langkah perlahan, hampir tak berbunyi. Aku bergerak ke arah ruang tamu dan keluar ikut pintu depan. Kotak masih erat dalam pelukan.
Aku menghidupkan enjin motor EX5 dan terus berlalu pergi. Aku pecut secepat mungkin. Dalam hati, aku tahu - aku bawa sesuatu yang boleh buat seseorang meringkup dalam penjara.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience