BAB 1

Action Series 285

SPM sudah berakhir tapi mimpi buruk belum tamat.

Jeritan mak. Bunyi pinggan kaca pecah dan tangan besar ayah kandungku - seseorang yang dulunya ku gelar ayah menampar wajah mak bertalu-talu. Aku, kecil dan lemah, hanya mampu menyorok di balik sofa sambil tubuh menggigil. Mata aku tak mampu pejam walaupun hati aku menjerit menyuruh untuk tidak melihat situasi itu.

"Kau degil! Aku cakap jangan keluar rumah!"
"Saya cuma nak beli ubat,bang..."
Satu lagi tumbukan singgah ke perut mak. Tubuh dia jatuh ke lantai. Aku menekup mulut sendiri, cuba tahan tangis. Mak mengerang kesakitan. Di sebelah aku, Kak Amaraa turut menyorok. Matanya juga bergenang air mata. Tanpa sedar, kami berpaling antara satu sama lain dan terus berpelukan erat. Tubuh sama-sama menggigil, sama-sama menangis dalam diam.

"Diam... Nanti dia dengar," bisik Kak Amaraa dengan suara tersekat-sekat.
Kami berdua hanya mampu berdoa agar mak selamat. Dalam pelukan itulah, kami temui sedikit ketenangan dalam suasana penuh neraka.

--

"MAK!" Aku terjerit sambil terbangun dari tidur, peluh membasahi dahi. Nafas tercungap-cungap, jantung berdegup kencang macam dah nak tercabut. Aku pandang sekeliling. Bilik aku. Bukan rumah lama. Bukan ruang tamu yang penuh darah dan tangisan. Jam menunjukkan 6.45 pagi. Aku pandang siling beberapa saat, cuba stabilkan degupan jantung yang masih menggila akibat mimpi tadi. Nafas aku masih berat.

Tapi aku tahu.. aku tak boleh biarkan diri aku hanyut dalam bayang-bayang silam. Tanpa membuang masa, aku tergesa-gesa bangun. Kaki melangkah laju ke bilik air. Aku buka paip, terus jirus air ke muka. Sejuk. Tapi kesegarannya menyedarkan aku dari mimpi ngeri dan realiti yang serabut. Tak tunggu lama, aku ambil wuduk dan terus solat Subuh. Sujud pertama.. aku pejam mata. Dalam hati aku bisik,
"Ya Allah... Lindungilah mak. Lindungilah aku. Lindungilah Kak Amaraa. Jauhkan kami daripada sesuatu yang tak diingini. Aku serahkan semuanya kepada engkau Ya Allah."

Selesai salam terakhir, aku tarik nafas lega.
Pintu bilik aku tiba-tiba terbuka sedikit. Kepala mak menjenguk dari celah pintu, bersedia untuk membangunkan aku dengan suaranya yang kuat. Tapi kali ni, dia terhenti. Matanya terbuka luas seolah-olah tak percaya.

"Eh.. Adreena dah bangun? Solat dah?" suara dia tak sekuat seperti selalunya malah ada nada lembut dan terkejut. Aku senyum kecil sambil lipat sejadah.
"Haah. Dah solat. Pagi ni mood rajin sikit."
Mak hanya angguk perlahan dan tutup pintu semula tanpa banyak bunyi. Aku tahu, dia lega. Aku pun lega. Tak perlu dengar suara 'siren' pagi ni. Hari aku baru nak bermula dan aku harap ia tak seteruk seperti apa yang aku fikirkan.

Aku turun ke dapur, masih sempat lirik jam di dinding - 7.30 pagi. Boleh lagi nak sarapan sebelum keluar kerja. Mak dah siap letak pinggan nasi goreng kampung atas meja, dengan telur mata goyang yang nampak menggoda. Aku duduk, ambil sudu dan suap perlahan sambil pandang sekeliling. Abah tengah duduk bersila di lantai ruang tamu sambil lipat kain macam biasa, dengan muka fokusnya tengok 'TikTok' di TV.

"Awal bangun hari ni, Dee." tegur abah sambil tersenyum kecil.
"Hehe, mimpi buruk tadi. Terus terjaga, mandi solat.." jawab aku sambil curi-curi tengok mak kat dapur. Mak cuma geleng kepala sambil senyum nipis.

"Abah," aku panggil perlahan sambil hirup kopi o aku, "kalau satu hari nanti dee kerja jauh.. abah rindu tak?"

Abah pandang aku lama. Wajahnya serius tapi lembut.
"Abah tak tunggu hari tu pun dah rindu. Dee satu-satunya anak abah yang suka buat lawak pagi-pagi macam ni."

Aku senyum senget.

"Abah.. Dee nak minta duit belanja sikit boleh? Hehe." Abah gelak sambil hulur duit RM50.
"Nah. Jangan membazir."

Aku sambut duit tu sambil capai nasi goreng.
"Terima kasih, abah. Dee sayang abah," aku cakap perlahan. Abah balas dengan senyuman sambil letak tangannya atas kepala aku, gosok perlahan.

Dan waktu tu, aku tahu.. kasih sayang seorang abah tak perlu banyak kata. Cukup dengan rasa dan perilaku yang membuat aku rasa disayangi. Walaupun kami bukan ada darah yang sama, kasih sayang abah tu asli.

Di Qahwa Café

Langkah kaki aku perlahan masuk ke Qahwa Café, bunyi loceng pintu menyambut ketibaan macam biasa. Bau kopi dan kek burnt cheesecake yang baru keluar oven menusuk ke hidung aku.

Suasana pagi masih tenang - pelanggan belum ramai. Lampu gantung kuning keemasan buat ruang kafe nampak hangat. Kafe ni tak besar, tapi cukup selesa. Dinding berwarna 'dark vanilla', ada rak buku kecil di hujung dan bingkai gambar keluarga Aiman tergantung penuh nostalgia.

Aiman tengah kira stok gula kat belakang kaunter, pakai apron hitam dengan logo Qahwa. Rambut ala-ala 'buzz cut'. "Assalamualaikum," aku bagi salam sambil melangkah ke kaunter. Dia toleh bila dengar suara aku.

"Waalaikumussalam. Awal datang hari ni, luar biasa," tegurnya, sambil letak gula dalam bekas kaca. Aku letak beg di tempat biasa, pakai apron. "Saja nak datang awal."

Dia gelak kecil.

Gerak-gerinya tenang, macam dah terbiasa buat semua ni sejak kecil - memang ye pun. Kafe ni warisan ayahnya. Nama kafe ni diselitkan dengan bahasa arab iaitu 'Qahwa' yang bermaksud kopi. Ini disebabkan oleh ayahnya yang berasal dari Saudi Arabia. Sekarang dia uruskan dengan mak dia, dan aku?

Aku salah seorang pekerja 'part-time' yang menunggu keputusan SPM.

"Kau start buat croissant. Nanti lepas Zulaikha masuk, kita rotate shift kaunter," Aiman arahkan sambil tekan mesin espresso.

"Baik, boss," aku jawab sambil beri tabik. Aku terus ke dapur kecil di belakang dan mulakan kerja.

PETANG

Petang itu, aku naik motor EX5 kesayangan aku dengan stiker 'Gadis Purdah Jiwa Rempit' masih melekat dengan bangga. Tujuan: rumah Kak Amaraa Yasmeen.

Dia sedang duduk bawah pokok ceri belakang rumah, servis motor Yamaha R6. Dia pakai tudung labuh, seluar cargo dan jaket kulit. Nampak macam bidadari gangster.

"Hey, adik manis. Dari mana tu," dia tegur sambil gelak.
"Dari langit," aku balas.
Kami ketawa,kemudian terus naik motor.

Kami pusing bandar, lalu kawasan perumahan dan taman-taman. Kami menikmati angin petang yang indah.

MALAM

Malam tu, aku duduk di balkoni, buka buku lama ayah kandung aku. Buku catatan lama yang aku curi dari stor bawah rumah aku yang dulu. Tertulis nama 'Dark Phantom'. Logo dia - tengkorak dengan sayap.

"Ayah kandung aku.. ketua geng paling kejam di bandar. Dia jugak lah yang membunuh bekas ketua polis negara." Angin malam menyapa wajah aku. Aku genggam nota itu erat.

"Aku akan siasat apa sebab dia bunuh ketua polis tu. Tapi bukan untuk masa sekarang.. Aku nak tidur dulu sebab kena kerja esok pagi." Aku bangun, tutup buku dan masuk bilik. Letak jam dan tarik selimut.
"Assalamualaikum dunia.. Esok kita berjumpa lagi."

I'm new to writing, so please forgive any mistakes, and feel free to read the story I've written.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience