BAB 2

Action Series 123

Matahari baru mula terbit waktu aku habis bersiap. Tudung aku sarungkan. Jaket denim dan jubah hitam kesayangan juga turut aku sarungkan.
"Adreenaaa! Kau tak bangun-bangun lagi ke? Dah pukul berapa dah ni?" Seperti biasa, tidak lengkap hari mak kalau tidak menjerit. Apa yang mak tak tahu ialah anak dara dia dah bangun dari pukul 5.30 lagi. Bukan sebab rajin, tapi sebab kena bertarung dengan selimut.

Di dapur, abah yang muka nampak ganas tapi dalam hati ada taman - sedang menggoreng keropok lekor dalam kuali 'Tefal' yang berwarna merah jambu sambil pakai apron 'Hello Kitty'. Mak tenung belakang abah sambil menyilangkan tangan.

"Abang, abang ni gangster tapi pakai apron 'Hello Kitty'."
"Apron ni kan favourite abang. Lagipun warna merah jambu ni melambangkan yang abang ni ialah pecinta wanita. Tengok ni, abang goreng keropok lekor ni guna kasih sayang tau," jawab abah sambil angkat keropok lekor untuk ditapiskan minyaknya.
Aku yang sedang sarapan di meja makan terasa seperti nyamuk pula.

"Masuk kerja hari ni pukul berapa, Adreena?" soal mak yang sedang berjalan ke meja makan.
"Pukul sembilan, tapi-" belum sempat aku habiskan ayat, abah mencelah.
"Cuti kerja hari ni. Jom ikut abah pergi markas." Aku terdiam. Markas? Aku tak pernah jejak kaki ke sana. Tak pernah pun abah benarkan.

"Tiba-tiba je?"
"Ada hal penting. Dee dah besar. Dah tiba masa Dee tahu semua tentang Pit Viper."
Aku pandang mak. Dia senyap, tapi aku tahu dia sedang risaukan aku.
Suasana di meja makan menjadi senyap, hanya bunyi kicauan burung sahaja yang kedengaran.

--

Abah mula menghidupkan enjin kereta 'Porsche' yang berwana merah jambu miliknya. Aku masuk tanpa banyak soal. Sepanjang perjalanan, kami diam. Hanya bunyi enjin menemani.
"Abah.. kenapa tiba-tiba nak bawa Dee?" Aku pecahkan sunyi.

"Abah takkan selamanya ada di sisi Dee. Kalau satu hari nanti ada apa-apa terjadi, Dee kena tahu siapa kawan siapa lawan."
Aku telan air liur. Nafas aku jadi berat. Ini bukan yang aku bayangkan akan terjadi lepas habis SPM.

Markas Pit Viper terletak di sebuah mansion mewah. Nampak seperti kosong, tetapi bila kami masuk dalam persekitaran markas... Penuh dengan kereta-kereta mewah seperti Audi, Lamborghini, Range Rover, Maserati,Bentley dan sebagainya. Aku rasa macam masuk dalam filem.

Kami melangkah masuk ke dewan utama. Di situ, ada ramai lelaki dan perempuan berpakaian biasa yang sibuk dengan senjata, komputer dan fail. Tiba-tiba ada seorang lelaki datang menghampiri kami.
"Ni anak abah ke?" Dia berkulit gelap, berambut kerinting ala-ala 'mullet' dan berbadan besar.
"Abang Aidil," jawab abah.
"Kenalkan, ni Adreena Nadeera. Abah panggil Dee je."

"Aku Sufyan. Panggil Yan je pun boleh." Aku angguk.

Seorang lelaki berwajah 'babyface' tapi ada parut dekat dahi datang menghampiri.
"Saya Naim. Orang kat sini panggil saya Bob sebab dulu saya berisi tapi lepas tu saya glow up. Akak jangan panggil saya 'adik', saya tak suka.
Aku tergelak kecil. "Baik..Bob."

Kemudian muncul seorang lelaki yang acah 'macho'.
"Dia Nadhim," kata abah.
Lepas sesi kenal-mengenal, abah terus buka topik utama.
"Geng Binturong Bloodline ajak kita untuk bertempur dengan mereka dekat kawasan kilang lama petang ni."

Sufyan bersuara, "Mereka recruit budak-budak baru. Ganas-ganas semuanya. Gila."

"Dan mereka ada senjata baru. Senjata-senjata tu diseludup dari Thailand." Sambung Nadhim yang dari tadi senyap membisu.

"Jadi kita nak buat apa?" Soal aku spontan. Semua pandang aku aku.

"Kita serang dulu. Ingat, petang ni dekat kawasan kilang lama yang berdekatan dengan pelabuhan tu. Dee ikut, tapi duduk dalam kereta je dengan Lily dan Jasmin. Belajar." Jantung aku berdegup. Nak serang? Aku ingatkan hanya sesi perkenalan sahaja, rupanya-rupanya...

--

Malam itu setelah habis pertempuran dengan geng Binturong Bloodline, aku pulang ke rumah dengan selamat. Aku disambut oleh mak yang sedang panik dan dia terus membebel. Abah yang baru menjejakkan kaki pun turut dibebel.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience