Belum sempat aku tenangkan nafas dan emosi, Kak Amaraa terus klik 'folder' lain di komputer ribanya.
"Ada satu lagi... yang kau perlu dengar, Adreena."
Aku pandang dia dengan mata yang masih berair. Dia hanya angguk, wajahnya penuh serius.
"Rakaman ni aku dapat dari pendrive ni jugak. Tapi ni... rakaman panggilan telefon antara ayah dengan seseorang yang aku rasa, orang dalam yang berpangkat besar jugak."
Dia tekan 'play'.
[Rakaman Audio Bermula]
Suara ayah kandung kami kedengaran dahulu. Garau dan tenang.
"Kerja dah selesai. Dia dah minum semuanya. Tak sampai lima minit, tumbang."
Suara satu lagi lelaki kedengaran. Suaranya dingin.
"Bagus. Satu beban dah lepas. Tapi ingat... kerja kau belum habis."
Ayah tergelak kecil.
"Aku tahu, tapi aku nak tahu satu benda. Bila kau nak lunaskan janji kau pada aku?"
"Bila semuanya dah selesai. Baru kau dapat bahagian kau. Sekarang... jangan silap langkah. Aku takkan selamatkan kau kalau kantoi."
Ayah diam sejenak.
"Jangan risau. Kau tak perlu selamatkan aku pun. Selagi aku ada back up, dorang tak boleh tangkap aku walaupun dorang tahu aku yang buat."
"Jangan yakin sangat."
[Rakaman tamat]
Aku tergamam. Ruang tamu jadi sunyi.
"Apa semua ni...?" bisikku perlahan, lebih kepada diri sendiri. "Siapa lelaki tu?"
"Kau perasan tak Pak Ngah okay je bila ayah datang rumah dia. Ekspresi muka dia pun nampak gembira je macam takde apa-apa. Siap berborak dan bergelak tawa lagi." kata Kak Amaraa.
"Entahlah... Aku ingat lagi masa dekat mahkamah. Pak Ngah siap warning lagi dekat ayah supaya jangan jumpa atau kacau hidup mak dan dia jugaklah yang paling gembira bila ayah masuk penjara sebab dah takde sape yang buat adik dia menderita lagi."
"Ye, itu aku tau. Tapi kenapa dalam rakaman tu dia nampak macam rapat dengan ayah? Siap bersalaman lagi."
Kak Amaraa diam sekejap sebelum menyambung percakapannnya.
"Lepastu, kau kenal tak suara dalam rakaman tu? Suara dia familiar tapi aku lupa lah suara sape."
"Aku pun macam pernah dengar."
Kami berpandangan. Masing-masing cuba mengingati dari mana suara itu datang.
"Adreena... Kau rasa mustahil tak kalau suara tu datang dari kenalan rapat Pak Ngah?" bisik Kak Amaraa perlahan, matanya merenung aku tajam.
Aku telan air liur. "Tak mustahil wey. Boleh jadi kawan baik Pak Ngah sendiri yang nak bunuh Pak Ngah."
Kak Amaraa angguk. "Ini firasat aku jelah eh. Mungkin... mungkin jelah... yang sebenarnya kawan baik Pak Ngah, tak suka Pak Ngah sebab, Pak Ngah dilantik menjadi ketua polis negara. Mungkin dia tak suka dengan kejayaan Pak Ngah tu."
"Kawan baik Pak Ngah banyak. Yang mana satu? Tapi apa kena-mengena dengan gelaran ketua polis ni? Kawan baik Pak Ngah ada ke yang kerja polis jugak?" tanya aku bertubi-tubi.
"Tak silap aku, ada sorang. Tapi kita jarang jumpa. Jumpa pun masa datang raya je." Jawab Kak Amaraa.
Bzzzt
Tiba-tiba telefon aku berbunyi. Satu mesej masuk. Nombor yang sama iaitu nombor yang memberi aku semua bukti ini.
"Hati-hati. Kalau dorang tau yang korang siasat kes ni, mampus korang. Memang dorang cari sampai lubang cacing."
Bzzzt
Satu lagi mesej masuk.
"Aku nak tolong korang tapi aku tak dapat. Aku mampu bagi mesej dekat kau je."
Ting
Telefon Kak Amaraa berbunyi tiba-tiba. Satu pesanan suara masuk. Dari nombor yang tak dikenali.
Pesanan suara
"Kalau kau teruskan selidik, kau akan ikut jejak Pak Ngah kau. Berhenti sebelum nyawa kau, adik kau dan mak kau melayang. Benda yang kau tak patut tahu, jangan kau cari tahu. Duduk diam-diam."
Kami berdua tergamam.
"Macam mana dia tahu...? Macam mana dia dapat nombor kau?" Bisik aku, hampir tak keluar suara.
Kak Amaraa pegang tangan aku erat. "Jangan risau, aku ada dengan kau."
Share this novel