Series
                        
285
                    "Korang semua nak aku cerita kan? Baik. Aku akan ceritakan." Nazmi menghela nafas panjang.
"Aku... aku bernikah dengan Melur kerana niat yang tak baik. Bapak aku, Syafiq. Ketua lama Dark Phantom dan juga pengedar dadah yang besar. Dia sangat teliti dalam membuat kerjanya secara senyap-senyap. Tapi... ada satu makhluk ni yang pergi bongkarkan kerja bapak aku..."
"Mesti kau tahu kan Melur, siapa makhluk tu?" Tanyanya sambil menatap Mak dengan pandangan yang menakutkan.
Mak hanya mampu berdiam sambil menahan air matanya daripada menitis.
"Ayah Melur yang pergi bongkarkan kerja bapak aku. Selepas ditangkap, dia dikenakan hukuman gantung sampai mati. Masa tu, aku baru berusia 12 tahun. Aku dan ibu aku terpaksa bertahan hidup susah payah. Bekerja keras, siang dan malam untuk menampung enam lagi adik aku di rumah."
Aku menatap Mak, hatiku bergetar melihat wanita yang kuanggap mak ini. Wajahnya pucat, bibirnya menggeletar.
"Habis tu?! Apa yang sampai kau nak dera kita orang?! Kau siksa kita orang sampai nyawa-nyawa ikan! Takkan disebabkan hal bodoh macam tu je!!" Suara Kak Amaraa nyaring dan penuh amarah.
Nazmi menatap Kak Amaraa dengan mata dingin.
"Semuanya bermula dari situ. Aku dan Mak kau bersekolah di sekolah yang sama. Aku cemburu tengok kehidupan Mak kau. Hidup Mak kau terlalu sempurna. Dia disayangi dan disanjungi semua orang! Manakala aku... Dicaci, dimaki, dihina dan dibenci oleh semua orang. Bukan itu sahaja... Aku pernah dibuli dan dipukul beramai-ramai. Aku juga digelar penghisap dadah disebabkan bapak aku pengedar dadah. Jadi... disebabkan dendam yang aku simpan, aku berniat untuk bernikah dengan Mak kau. Aku ingin hancurkan keluarga ni supaya korang semua sengsara. Aku pukul korang, aku dera korang... semua tu cara aku melepaskan amarah aku yang terpendam selama ni."
Aku menelan air liur, terasa sakit di kerongkong. Mak menutup mulut dengan tangan dan tanpa disedari air mata mula menitis.
Kak Amaraa terkedu, matanya memandangku dengan penuh rasa tidak percaya.
"Dan Tan Sri Farid... dia tahu semua ni berlaku. Tapi dia biarkan je kerana rasa cemburunya dekat Melur. Dia pernah bagitau aku yang dia sangat bencikan Melur sebab Melur disayang, dimanjakan dan dibelai bagai menatang minyak yang penuh. Manakala dia... diperanak tirikan oleh mak bapak dia sendiri. Dia selalu cakap dekat aku, 'kenapa anak sendiri diperlakukan macam sampah tapi anak angkat dilayan macam anak raja'. Hahaha... Dia fikir bila dia cerita semua tu, aku akan simpati dengan nasib dia? HAHAHA, BODOH! Dia tak tahu rancangan aku. Aku nak hancurkan semua termasuk dia," Nazmi menambah, nadanya semakin dingin dan meninggi.
Aku rasa pening kepala. Dunia yang aku kenal, keluarga yang aku percayai, hancur begitu sahaja di depan mata.
Abah bangun perlahan. "Jangan ingat kau akan selamat lepas cerita semua ni. Setiap kesalahan yang kau buat, kau akan tanggung semuanya. Dan selepas ni, kau takkan dapat jumpa lagi keluarga ni.
Aku menarik nafas panjang, cuba menenangkan diri. Air mata mahu menitis tapi aku cuba tahan.
"Adreena... semuanya akan okay. Kau dah selamat. Kau dah tak perlu risau dah lepas ni," kata Mu'az yang duduk tidak jauh dari aku.
Nazmi menunduk, matanya redup. Dia tahu, permainan dendamnya berakhir di sini. Tapi aku... aku tahu banyak lagi perjalanan hidup yang perlu aku lalui dan aku sentiasa bersedia untuk melalui hari-hari ku.
Share this novel