Series
                        
285
                    Aku tersentak. Perlahan-lahan mataku terbuka, cahaya lampu bilik yang malap menyilaukan pandangan. Nafas aku berat, dada terasa sakit, tapi... aku masih hidup.
Aku menoleh sekeliling. Terkejut.
Aku ada di bilik tidur. Bilik ini dihias cantik seperti bilik seorang anak perempuan. Katil dengan cadar bunga, langsir merah jambu lembut, banyak perabot putih berukiran floral. Terlalu sempurna dan pelik...
Di mana aku sebenarnya?
Pintu bilik terbuka. Seorang wanita pertengahan umur melangkah masuk, membawa dulang makanan. Dia berpakaian seperti pembantu rumah.
"Miss, you need to eat. You've been unconscious for hours. Please regain your energy," katanya dalam bahasa Inggeris, nada suaranya lembut tapi wajahnya tidak berani menatap aku lama.
Aku hanya membisu. Selera makan entah ke mana. Tubuh aku terasa sakit, tapi aku perasan ada balutan di pergelangan tangan dan dahiku. Siapa yang buat semua ni?
Wanita itu meletakkan dulang di meja kecil, tunduk sedikit, lalu keluar tanpa sepatah kata lagi.
Aku termenung. Tak masuk akal. Mula-mula aku dikejar, selepas tu aku dah tak ingat dah apa yang terjadi.
Dan ketika minda aku makin kusut, tiba-tiba...
Satu suara lelaki menusuk gegendang telingaku.
"Adreena..."
Aku kaku. Perasaan marah aku semakin membuak-buak. Itu suara yang aku kenal. Suara yang pernah buat hidup aku merana.
Nazmi.
Ayah kandung aku.
Tubuh aku serta-merta bangun dari katil, lutut masih lemah tapi semangat melonjak. Tanganku cepat-cepat mencapai gunting yang ada di meja solek. Aku genggam erat, mata aku memandang ke arah pintu.
Pintu pun terbuka perlahan. Seorang lelaki berkemeja coklat, wajahnya serius tapi penuh aura mengerikan, melangkah masuk. Pandangan matanya menikan aku.
"Letak gunting tu, Deera," ucapnya tenang.
Aku terketar-ketar, tapi aku angkat juga gunting itu, menghalakan ke arahnya.
"Jangan dekat dengan aku! Kau... kau Nazmi, kan?! Janggan sesekali panggil aku guna nama tu! Kau pembunuh! Kau penjahat!"
Nazmi terhenti sejenak, bibirnya terukir senyum kecil yang menyeramkan.
"Penjahat? Kalau aku betul-betul penjahat, kau takkan hidup lah sekarang. Kau fikir siapa yang panggil doktor untuk rawat kau? Siapa yang cuba untuk pastikan kau hidup selepas kemalangan petang tadi?"
Aku telan air liur, genggamanku pada gunting makin kuat.
"Kenapa aku ada dekat sini? Apa sebenarnya yang kau nak daripada aku?"
Dia melangkah perlahan, tangannya diangkat seolah cuba untuk mengusap kepalaku.
"Aku cuma nak kau tahu... kau tu darah daging aku. Anak aku. Dunia ni penuh dengan penipuan, dan orang-orang-orang di sekeliling kau dah banyak menipu dekat kau. Kau sepatutnya ada di sini, dengan aku. Tempat kau... adalah di sisi aku."
"Aku takkan pernah jadi sebahagian daripada kau!" aku jerit dan air mataku menitis tanpa sedar.
Nazmi ketawa kecil, tawanya dingin.
"Kau boleh benci aku sesuka hati, Adreena. Tapi ingat... kau tetap darah daging aku. Cepat atau lambat, kau akan sedar, tak ada siapa yang boleh lindungi kau... melainkan aku."
Share this novel