BAB 7

Action Series 123

Aku letak telefon di meja semula dengan tangan yang masih menggigil. Cuba untuk tarik nafas dalam-dalam, cuba pujuk hati supaya jangan panik. Tapi rasa tak sedap hati tu... makin kuat. Entah kenapa, bulu roma aku meremang. Mata aku tertancap pada cermin panjang sebelah meja.

Ada kesan kabur... macam kesan tangan. Aku telan air liur. Aku pasti tadi cermin tu bersih. Kaki aku berundur perlahan. Tiba-tiba, klik. Lampu belajar di atas meja berkelip sendiri, dua kali, sebelum terpadam terus.

Tak tunggu lama. Aku terus capai telefon dan berlari keluar bilik. Nafas aku laju, langkah aku hampir tersadung dekat anak tangga. Turun ke bawah, aku nampak mak tengah lipat kain di ruang tamu.

"Mak!" aku jerit sambil berlari ke arahnya, terus peluk mak erat.
"Mak... Adreena rasa ada benda pelik kat bilik."

Mak pandang aku, dahi berkerut. "Kenapa? Apa yang jadi?"

Aku geleng kepala. "Tak tahu... tapi rasa tak sedap, macam ada orang perhati."

Mak tak tanya banyak. Dia cuma tarik aku rapat, usap belakang aku perlahan. Walaupun aku dah besar panjang, saat tu.. aku rasa macam budak kecil balik.

--

Pagi tu, langit cerah. Awan pun seolah-olah tenang hari ni. Selepas Subuh, aku terus bersiap ke Qahwa Café. Malam tadi... tiada apa-apa yang berlaku. Tapi rasa gelisah itu masih berbaki dalam dada.

Bunyi loceng pintu berdenting saat aku tolak daun pintu kaca.

"Awal hari ni," Aiman menyapa dari belakang kaunter. Tangan dia lincah susun biji kopi dalam balang kaca.

Aku senyum nipis. "Rasa macam rajin pulak nak datang awal."

Dia angguk perlahan, mata tak lepas dari kerjanya. "Baguslah. Customer ramai yang rindu dekat barista kesayangan," katanya, separuh bergurau.

Aku gelak kecil. "Barista kesayangan? Ada-ada je kau ni."

"Eh betul la. Semua orang suka bila kau yang ambil order. Aura positive katanya." Aiman pandang aku sekilas, tapi cepat-cepat alih semula.
Aku hanya geleng kepala.

"Kalau rasa tak okay... don't force yourself too hard," dia sambung perlahan.

Aku angguk. "Thanks, Aiman. Aku okay... Inn Sya Allah."

Aiman hanya senyum, dan kami pun teruskan kerja macam biasa.

--

"Alright, kerja aku dah habis," aku menanggalkan apron sambil menarik nafas lega. Kak Hani dan Zulaikha melangkah masuk sambil senyum, bersedia untuk ambil alih.

"Penat ke?" Zulaikha tanya sambil meletakkan begnya di rak belakang kaunter.

"Sikit je. Tapi alhamdulillah, pelanggan ramai jugak lah hari ni," aku balas sambil melipat apron dan letak elok-elok di tempatnya.

Aiman muncul dari dapur dengan gelas kosong di tangan.
"Zulaikha, tolong settle air dalam peti ya? Ada yang kena restock."

"Okey bos!" Zulaikha jawab selamba, kemudian menjeling ke arah aku, "Bye Adreena. Hati-hati naik motor tu."

"Okay, bye."

Aiman tiba-tiba mencelah, "Kau balik naik motor kan?" soal Aiman perlahan.

Aku angguk. "Ye. Kenapa?"

Aiman tengok aku sekejap, kemudian mengalihkan pandangan.
"Jaga diri. Kalau ada apa-apa bagitau."

Aku terdiam sekejap. "Okay. Thanks," jawabku pendek.

Aku pun menghidupkan enjin motor EX5 aku dan terus berlalu pergi meninggalkan Qahwa Café.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience