BAB 12

Action Series 123

Jam menunjukkan pukul 3 petang. Aku menanggalkan apron, lipat kemas dan ucap selamat tinggal pada Kak Nia serta Aiman sebelum keluar dari Qahwa Café.

Angin petang menyapa wajahku lembut sewaktu aku menunggang motosikal menuju pulang. Ada sesuatu yang buat jantung aku tak sedap. Aku perasan ada sebuah kereta hitam Alphard, tinted gelap sedang mengekori aku sejak aku keluar simpang tadi.

Aku perlahankan motor, bagi ruang untuk kereta tu potong,tapi... kereta tu masih ikut di belakang. Jaraknya terlalu dekat.

Kenapa dia tak potong?

Aku mula rasa resah. Tangan aku menggenggam kuat 'handle' motor. Nafas mula tak teratur. Aku cuba ubah laluan, masuk ke simpang kecil ke kawasan perumahan tapi kereta tu... ikut juga.

Tak, ni tak normal.

Aku lajukan motor. Degupan jantung aku makin kencang. Pandangan aku kabur sedikit sebab panik. Aku nak telefon sesiapa tapi tangan tengah pegang 'handle', tak sempat.

Aku pecut ikut jalan pintas, tapi...

"KRUKKK!"

Motor aku tergelincir dan aku terbabas di tepi jalan yang berbatu. Badan aku terhempas ke tanah. Sakitnya mencucuk tulang rusuk dan siku. Buku lali aku terasa pedih, mungkin terseliuh.

Aku cuba bangun tapi... terlambat.

Kereta Alphard itu berhenti betul-betul depan aku. Dua lelaki keluar dari dalam, berpakaian serba gelap, memakai topeng penutup muka. Salah seorang terus pegang bahu aku kuat.

"Lepaskan! Lepas! Apa pegang-pegang ni!" Aku meronta. "Tolong! Tolong!"

Tapi mereka pantas. Seorang lagi tarik tangan aku ke belakang, kunci pergerakan aku. Aku cuba tendang, tapi sakit di kaki makin menjadi-jadi. Dalam sekelip mata, mereka sorong aku masuk ke dalam kereta.

"DIAM!" bentak seorang lelaki yang duduk di sebelah aku. Matanya tajam merenung aku.

Aku jerit lagi, tapi mulut aku ditutup dengan kain. Dalam hati aku... hanya mampu berdoa.

--

Aku dibawa masuk ke dalam sebuah bangunan yang sunyi dan gelap. Bau besi, debu dan sedikit hangit menyengat hidung, Aku ditolak duduk di atas kerusi dan tangan diikat ke belakang.

Di hadapan aku... seorang lelaki berwajah bengis muncul. Dia duduk perlahan dan memandang aku tajam.

"Mana kotak hitam tu, Adreena?"

Aku kaku. Mata aku membulat. Macam mana dia tahu pasal kotak tu?!

"Jangan nak berpura-pura. Kau tahu kotak tu penting. JAWAB!" dia bentak lagi, meja di hadapan diketuk kuat.

"Apa... Apa yang kau nak sampaikan ni? A-Aku tak faham..." suara aku serak, gementar.

Lelaki itu tersenyum sinis.

"Kau takkan datang ke rumah lama tu tanpa sebab. Aku biar kau masuk... untuk bagi kau ambik kotak hitam tu. Dan sekarang... kau buat-buat tak faham."

Aku telan air liur.
Ini semua perangkap.

Dia tahu aku ambil kotak hitam yang aku jumpa dulu... yang penuh dengan dokumen, rakaman suara dan sebagainya. Tapi... aku belum sempat selidik lebih lanjut.

"Kalau kau tak nak cakap..." lelaki itu bangun, menghampiri aku, menunduk rapat di depan muka aku.

"Aku ada cara lain untuk bagi kau cakap."

Aku pejam mata seketika, cuba ingat balik memori yang berserabut.

Aku kerutkan dahi. Tiba-tiba sesuatu terlintas dalam fikiran aku. Aku toleh sedikit.

"Ada satu nombor tak dikenali yang hantar mesej dekat aku sebelum ni... yang arahkan aku pergi ke rumah lama tu. Nombor tu yang bawa aku kepada kotak hitam tu."

Nafas aku laju.

"Kalau nombor tu tak mesej aku, aku tak akan tahu pun yang ada sesuatu dekat rumah lama tu."

Lelaki tu ketawa kecil, tapi bukan ketawa yang menenangkan-sebaliknya ia membuat bulu roma aku meremang.

Kemudian aku tanya, "Siapa kau sebenarnya?"

Dia mengeluh sedikit dan balas dengan tenang,
"Seseorang yang sepatutnya dah mati tiga tahun lalu."

Aku terdiam. Dada aku berdegup kuat. "Apa maksud kau?"

"Nama aku... Muhammad Zaidan Mu'az. Bekas penyiasat persendirian. Aku ditugaskan untuk siasat kes pembunuhan Tan Sri Farid secara rahsia oleh beberapa pegawai tinggi yang curiga dengan laporan kematian tu. Tapi... sehari selepas aku beri laporan awal kepada pegawai tinggi..." dia berhenti seketika.

"...aku terlibat dalam 'kemalangan jalan raya' yang kononnya meragut nyawa aku."

Aku tergamam.
"Tapi... kau masih hidup?"

Dia geleng perlahan.
"Orang fikir aku mati. Itu yang mereka nak. Tapi sebenarnya... aku disembunyikan, dikurung... dan satu-satunya cara untuk terus hidup ialah... berdiam diri. Pegawai tinggi yang suruh aku siasat tu, semua dah kena beli dengan Nazmi Izham iaitu bapak kandung kau."

Nafas aku sesak. Tangan aku menggigil.

"Pak Ngah aku..." bisik aku perlahan. "Dia dibunuh..."

"Ya, dia dibunuh. Semua laporan dan bukti dia dibunuh, aku dah letak dalam kotak hitam yang kau ambik tu. Dan sebab itulah aku diburu oleh mereka tapi aku sempat disembunyikan. Selepas aku dibebaskan, aku plan untuk letak kotak tu dekat rumah lama mak kau dan pancing kau untuk datang ke situ menggunakan nombor telefon yang selalu mesej kau tu. Aku buat semua ni, sebab aku nak minta tolong kau."

Aku tutup mulut, hampir tak percaya dengan semuanya. Air mata bergenang, dada terasa dihentak berkali-kali.

"Adreena... kotak hitam tu... adalah bukti terakhir yang aku simpan. Tapi sekarang, hanya kau yang boleh dedahkan kebenaran dan kau perlu cepat sebelum orang-orang tu hapuskan kau juga."

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience