BAB 19

Action Series 285

Aku terus memecut motor EX5 aku sekuat hati, peluh menitis di dahi walaupun angin petang menusuk kulit. Jalan makin sunyi, hanya aku, motor ini dan kereta Audi yang mengejarku tanpa belas kasihan.

"Ya Allah... tolong aku," bisik aku sambil mencari jalan keluar.

Aku nampak jalan menuju ke kawasan kilang lama di hujung jalan. Tanpa fikir panjang, aku terus membelok masuk. Tayar motor bergesek kuat atas jalan berpasir, hampir-hampir hilang kawalan.

"Aku kena lari dari diorang ni... Aku kena..."

Aku menoleh ke belakang. Ciss! Kereta tu masih ikut. Dua bayangan dalam kereta tu makin jelas. Salah seorang hulur tangan keluar tingkap, aku sempat nampak genggaman sesuatu iaitu besi panjang.

Jantung aku berdegup kencang. "Tak boleh jadi! Aku kena cepat!"

Aku cuba mencari jalan keluar dari kawasan itu, harap dapat hilangkan jejak. Motor EX5 aku meraung kuat, tapi malangnya jalan itu mati.

"Alamak... jalan mati!"

Aku cepat-cepat buat pusingan, tapi saat aku keluar semula dari kawasan itu-BAMMM!

Audi putih itu sengaja langgar belakang motor aku dengan kuat. Tubuh aku terpelanting ke udara, seolah-olah masa bergerak perlahan. Aku sempat rasa angin menyapu wajah, bunyi motor aku menggelongsor di jalan, dan pandangan gelap yang makin kabur.

"AARGHHHH!" jeritan aku terhenti bila tubuh aku terhempas keras ke atas jalan tar.

Sakit menusuk seluruh badan. Nafas aku tersekat-sekat. Kepala aku berdenyut kuat. Aku cuba bangun tapi lutut aku longgar dan tangan aku menggigil.

Dari jauh, aku nampak bayangan dua orang lelaki keluar dari Audi putih. Pintu kereta dihempas kuat. Bunyi tapak kaki deras menghampiri aku.

"Dapat pun kau..." suara garau kedengaran samar di telinga aku.

Aku cuba menjerit, tapi suara tersekat. Mata aku makin berat. Nafas aku semakin pendek. Akhirnya, gelap.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience