Series
                        
285
                    Aku baru keluar dari simpang jalan utama, angin petang menyapu wajah aku yang penat balik kerja. Tiba-tiba, dari cermin sisi aku nampak ada kereta yang sedang mengekori aku sepanjang perjalanan. Sebuah kereta Audi meluncur rapat di belakang aku. Nombor platnya ialah DP 7.
Jantung aku seakan berhenti berdetak. Itu... kereta yang Mu'az pernah bagitahu hari tu. Orang yang intip aku, orang yang dia kata ahli Dark Phantom. Dan sekarang, kereta tu tengah kejar aku.
"Astaghfirullahalazim..." Aku genggam kuat 'handle' motor, cuba kawal perasaan panik.
Kereta tu tiba-tiba tekan hon panjang, diikuti dengan bunyi enjin menderu. Audi putih tu cuba himpit aku dari kanan. Aku sempat elak, motor aku bergoyang hampir-hampir nak terjatuh.
"Tak boleh jadi ni... diorang mesti nak culik aku."
Aku pecutkan motor, cuba cari jalan tikus ke kawasan perumahan tapi jalan waktu petang ni sesak, ramai orang balik kerja.
Dari belakang, aku nampak dua orang dalam kereta tu. Salah seorang buka tingkap, aku nampak bayangan lelaki dengan kaca mata hitam.
"Ada masa kau boleh lari, Adreena... ada masa kau kena lawan." suara Mu'az terngiang-ngiang dalam kepala aku, pesannya tempoh hari bila dia cerita pasal Dark Phantom.
Aku cuba bertenang. Audi tu makin rapat, cuba menghalang jalan depan aku. Aku segera tarik brek tangan, buat pusingan kecil dan hampir terhumban ke tepi. Bunyi tayar gesek jalan kedengaran kuat.
"Let's go Adreena!" aku jerit, cuba naikkan semangat sendiri.
Aku terus pecut semula ikut lorong sempit yang lain. Audi tu ikut juga, bunyinya garang, tayar meluncur ganas atas jalan tar. Hati aku makin berdebar.
Kalau aku tak dapat lari ni, mungkin aku takkan dapat balik rumah lagi...
Share this novel