BAB 17

Action Series 285

Mak terdiam. Aku nampak riak wajahnya berubah antara terkejut, risau dan tak percaya. Abah pula masih berpeluk tubuh, pandangannya tajam menikam aku.

"Mu'az..." Abah sebut nama itu perlahan, seakan cuba menghadam sesuatu.

"Kalau betul dia orang yang mesej Dee, maknanya dari awal lagi dia dah masuk campur dalam hal ni. Tapi... apa motif dia?"

Aku tunduk sekejap, tarik nafas panjang sebelum menjawab.

"Motif dia... dia nak bongkarkan kebenaran, Bah. Dia sendiri pernah cakap, Nazmi bukan orang yang biasa-biasa. Dia ketua dalam jaringan rahsia yang dah lama lindungi aktiviti gelap. Kalau bukan sebab Mu'az, kita semua takkan tahu pasal kotak hitam tu. Tapi..." Aku terhenti.

"Tapi apa?" Mak terus menyampuk.

Aku genggam tangan, cuba tenangkan diri.

"Tapi bila Adreena tahu semua benda ni... Mu'az dalam bahaya besar. Nazmi mesti akan cari dia. Kotak hitam tu bukan sekadar bukti... dalam tu ada fail nama orang yang terlibat. Termasuk..." Aku terdiam lagi, tekak terasa kering.

"Termasuk siapa?" desak Abah.

Aku pandang mata Abah. Berat, tapi aku terpaksa luahkan.

"Termasuk... seseorang yang kita kenal. Orang dalam keluarga kita."

Suasana bilik tiba-tiba jadi senyap. Mak tutup mulutnya, menahan nafas. Abah pula maju selangkah, wajahnya tegang.

"Siapa?!" suara Abah meninggi.

Aku tunduk. Perlahan-lahan aku jawab, "Pak Ngah..."

Mak terus mengucap panjang, manakala Abah terdiam membatu.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience