BAB 24

Action Series 285

Dengan tenaga yang ada, aku hentak siku aku tepat ke perut Nazmi. Dia terundur sedikit, terlepas genggamannya.

"Sial-!" Marah Nazmi.

Aku terus lari ke arah Mu'az.

"Cepat Mu'az!" aku jerit sambil menendang dua ahli Dark Phantom yang menghalang Mu'az, sebelum kami berlari meredah kekacauan.

Dalam huru-hara itu, aku nampak kelibat seseorang-

"NADHIM?!"

Lelaki bertubuh sasa dengan wajah acah 'macho' itu muncul dari belakang tiang, lengkap dengan pistol di tanggannya. Dia tembak dua ahli Dark Phantom yang cuba mendekat, peluru menembusi kepala mereka berdua.

"Cepat ikut aku!" jerit Nadhim.

Tanpa fikir panjang, aku dan Mu'az ikut. Aku hampir tergelincir bila terpijak darah yang masih segar.

Keluar saja dari pintu belakang halaman 'mansion' itu, lebih ramai lagi ahli Dark Phantom mengejar.

Nadhim buka pintu sebuah Range Rover hitam yang diparkir rapat di tepi.
"Cepat masuk!"

Aku dan Mu'az bergegas masuk. Nadhim terus masuk ke tempat pemandu, enjin meraung ganas bila dia tekan minyak.

"Pakai seatbelt dan pegang kuat-kuat!" katanya. Kereta terus meluncur laju dari kawasan itu.

Aku menoleh ke belakang dan ternampak sebuah Lamborghini 'matte black' muncul dari sisi gerbang, lampunya menusuk gelap malam. Nombor plat jelas kelihatan, DP  7.

"Shit... itu orang Nazmi!" jerit Mu'az, peluh membasahi dahinya.

VROOOOOM! Lamborghini itu terus mengejar kami di jalan raya besar, jarak semakin dekat. Dari tingkap kereta mereka, muncul tangan yang memegang pistol-

BANG! BANG! BANG!

Cermin belakang Range Rover pecah berderai. Aku menjerit kecil, tunduk sambil pegang kepala.

"Nadhim, laju lagi! Dorang makin dekat!"

Stereng dipulas kasar, mengelak ke kanan dan ke kiri.

Mu'az capai pistol dari pinggang Nadhim.
"Aku cover belakang!"

Aku ambil pistol kecil yang terselit di dalam sarung jaket Nadhim. Tangan aku menggigil.

Aku buka tingkap dan keluarkan separuh badan, rasa angin malam yang dingin. Aku acukan pistol ke arah Lamborghini yang semakin dekat.

BANG! BANG! Aku lepaskan dua das tembakan. Salah satunya mengenai cermin depan Lamborghini.

"Good shot!" jerit Mu'az.

Tapi Lamborghini tu langsung tak berhenti. Malah, dia semakin rapat. Dari tingkapnya, keluar lagi senapang panjang.

RATATATATA!!! Hujan peluru bertaburan mengenai bahagian belakang Range Rover. Api kecil mula terpecik dari belakang kereta.

"Diorang nak hentam kita hidup-hidup!" jerit aku.

Nadhim menggertap gigi.
"Kalau macam tu..." Dia tekan satu butang kecil di 'dashboard', tiba-tiba ruang di atas kepalanya terbuka sedikit. Muncul satu laras 'shotgun' pendek yang disimpan khas.

Dia halakan ke arah Mu'az.
"Ambik ni. Hentam tayar dia!"

Mu'az senyum nipis walau darah masih mengalir di tepi bibirnya.
"Dengan senang hati."

Dia keluarkan badannya separuh dari tingkap.

BANG!!

Peluru tepat mengenai tayar depan kanan Lamborghini. Bunyi geseran di jalan raya bergema. Kereta itu hilang kawalan, berpusing di tengah jalan sebelum terbabas ke tepi 'divider' dan melanggar tiang lampu.

Dentuman kuat kedengaran. Api mula marak dari enjin Lamborghini itu.

Aku pandang Mu'az di sebelah aku. Dia masih pegang pistol, termenung jauh tapi di muka dia penuh dengan dendam yang membara.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience