Series
                        
285
                    Kereta Nadhim meluncur masuk ke halaman 'mansion' Pit Viper. Nadhim menoleh ke belakang, memastikan kami baik-baik sahaja.
"Jangan risau... kita dah sampai," bisiknya.
Pintu besar 'mansion' terbuka perlahan. Langkah kaki kami menjejak lantai marmar, dingin dan mengilap.
Telefon Nadhim berdering tiba-tiba. Dia cepat menjawab.
"Ya, Abah. Kami dah sampai di mansion." jawabnya sebelum menutup telefon.
"Abah akan sampai tidak lama lagi," katanya pada kami. Ada senyuman tipis di bibirnya.
--
Tidak lama kemudian, pintu depan gerbang terbuka dan banyak kereta yang masuk ke dalam halaman 'mansion'. Sosok Abah keluar dari kereta Porsche merah jambunya itu dan melangkah masuk ke dalam 'mansion'.
Ahli Pit Viper yang lain pun turut masuk ke dalam 'mansion' dan ada dua orang yang memapah Nazmi. Mereka meletakkan Nazmi di kerusi tapi tangan dan kakinya terikat.
Abah melangkah maju, matanya tajam meneliti setiap sudut ruangan sebelum berhenti di hadapan Nazmi. Abah cuba menahan marah.
"Akhirnya, aku dapat juga tangkap kau." Suara Abah tenang tapi dingin.
Nazmi hanya menunduk dari tadi.
"Duduklah semua," Abah mengisyaratkan tangan. Kami duduk di ruang utama. Di situ juga ada Mak, yang wajahnya pucat tapi matanya berkaca-kaca, dan Kak Amara, yang terkejut mendengar cerita tentang penculikanku sehingga sanggup balik kerja awal dan bawa Mak datang ke 'mansion' ini.
Abah menatap Nazmi.
"Sekarang ni, aku nak kau ceritakan semuanya. Dari A to Z. Jangan kau berani nak menipu."
Nampak seperti Nazmi ingin mengelak pertanyaan Abah.
Abang Aidil berdirik dan menepuk meja dengan kasar.
"Kau dengar tak apa yang Boss aku cakap, Nazmi?! Cerita semuanya! Sekarang juga!" Nada marah Abang Aidil seperti guruh yang memecahkan kesunyian.
Nazmi hanya menoleh sekejap, senyumannya tipis seperti orang gila.
"Kenapa aku nak kena bagitahu korang? Korang semua ni siapa, sampai aku nak kena cerita dekat korang? Haha.. Ini semua rancangan aku...," katanya perlahan.
Sufyan pula bangun.
"Kau gila ke? Sampai bila kau tak nak bagitahu kita orang? Kau ingat kau sorang je yang berkuasa, ha?"
Nazmi menatapnya dengan mata yang kosong tapi tajam.
"Kuasa? Kuasa tu hanya untuk mereka yang cukup bijak untuk mengendalikannya. Korang semua bodoh! Naif!" Katanya sambil ketawa macam orang gila.
Aku tak suka sisi Nazmi yang macam ni. Orang gila yang suka memukul dan menyiksa orang sesuka hati. Langsung tidak ada perasaan simpati, tiada rasa takut.
Satu-satunya perasaan yang dia ada hanyalah keseronokkan melihat orang lain menderita.
Naim atau lebih dikenali sebagai Bob menjerit, "Kau takkan dapat hidup kalau kau terus macam ni! Aku tak kisah apa pun sebab kau... yang penting kau kena cerita sekarang juga!"
Nazmi ketawa, suara ketawanya panjang dan menakutkan. Membuatkan beberapa ahli Pit Viper mengundur setapak.
"Hidup? Oh... hidup... Aku dah puas hidup lah. Aku dah puas tengok orang menderita. Aku dah puas dengar jeritan dan rayuan diorang. Ketakutan, panik, tangisan... itu yang menghiasi hidup aku selama ni," katanya.
Matanya berkilat aneh, penuh kegilaan.
Mak menutup mulutnya, menahan tangis. Kak Amaraa menatap Nazmi, wajahnya penuh dengan kebencian.
Aku... aku rasa pening tapi pada masa yang sama aku juga rasa marah. Bagaimana seseorang itu boleh jadi begitu kejam sampai hilang sifat kemanusiaan?
Abah menatap Nazmi dengan mata yang penuh amarah.
"Kau gila, Nazmi. Kau fikir kau boleh mempermainkan kami semua? Tak ada siapa yang akan biarkan kau lepas."
Nazmi hanya tersenyum sinis, tanpa menunduk.
"Manusia... selalu mudah dijangka. Dan aku? Aku? Aku hanya buat apa yang sepatutnya aku buat... Dunia ni terlalu membosankan... jadi aku mewarnai hidup ni dengan melakukan apa yang otak aku suruh. Dan benda tu sangat menarik untuk di lakukan." Katanya sambil menatap aku, Mak dan Kak Amaraa sekejap. Senyumannya menakutkan.
Share this novel