BAB 15

Action Series 285

Aku melangkah masuk ke dalam bilik dan hempaskan badan perlahan atas tilam, kaki aku masih berdenyut tapi tak seteruk tadi. Kotak hitam itu aku letakkan sebelah komputer riba aku dan komputer riba aku dah terbuka dari tadi.

Di komputer riba aku, terpapar folder 'Encrypted Evidence'.

Aku klik pada satu fail rakaman video bertarikh dua minggu sebelum kejadian Pak Ngah meninggal. Suasana dalam rakaman itu... gelap. Cuma ada satu lampu malap yang menyuluh seorang lelaki sedang bercakap di telefon.

"Aku nak perempuan tu, abang dia, kakak dia dan anak-anak dia mati..."

Aku kerut dahi. Wajah lelaki itu tak jelas. Tapi suara dia... macam aku pernah dengar. Di mana? Bila?

Aku teruskan tengok video tu.

Tiba-tiba, pap!
Skrin komputer riba aku jadi hitam. Mati.

"Eh?"

Aku cuba tekan papan kekunci. Tak berfungsi. Tetikus pun tak gerak. Apa ni?

Aku paling kepala ke arah suis. Lampu bilik masih menyala. Penghawa dingin masih hidup. Tapi... laptop aku tiba-tiba mati sendiri?

Aku capai komputer riba. Masih tersambung dengan pemacu kilat. Aku tarik keluar dan cuba hidupkan komputer riba semula. Saat aku tekan butang kuasa-

Krekk... krek... krek.

Bunyi tu datang dari almari aku.

Aku kaku. Tangan masih atas papan kekunci. Bunyi tu... macam kuku cakar permukaan kayu. Perlahan. Perlahan sangat... tapi jelas.

"Mak?"
suara aku kecil. Tapi tak ada sahutan.

Aku capai telefon. Tengok jam. 11:47 pagi. Siang. Bukan malam. Tapi kenapa rasa seram sejuk?

Aku telan air liur.

Bunyi tu berhenti. Sunyi. Tapi...

Duk! Duk! Duk!

Pintu bilik aku diketuk. Aku rasa darah aku turun ke kaki.

Perlahan-lahan aku bangun, tarik nafas panjang dan buka langkah ke arah pintu. Tapi kaki aku berat. Selangkah... dua langkah...

Tangan aku dah nak capai tombol pintu-
Bam!

Pintu terkuak sendiri, terbuka luas.
Tak ada sesiapa.

Cuma angin masuk ke bilik tapi aku tak tau angin ni datang dari mana.

Aku cepat-cepat tutup pintu semula, kunci. Langkah ke belakang, terhincut-hincut.

Komputer riba aku tiba-tiba menyala sendiri.

Skrin menunjukkan satu ayat:

"DIA TENGAH CARI KAU. KAU TAK BOLEH LARI DARIPADA DIA."

Aku jerit kecil dan terus  tutup komputer riba tu. Nafas aku turun naik. Tangan menggigil. Apa yang aku baru tengok tadi?

Siapa yang tengah cari aku?

Aku duduk bersandar di dinding, memeluk lutut sambil cuba tarik nafas panjang. Tapi makin aku cuba, makin sesak. Air mata aku turun tanpa aku sedar.

Kenapa aku rasa macam ni... kenapa semua benda makin pelik?

Aku tak tahu sama ada aku takut dengan apa yang aku tengok tadi... atau aku takut semuanya jadi makin pelik.

Telefon aku tiba-tiba bergetar atas meja.
Nama yang terpapar: Zaidan Mu'az

Aku pandang skrin tu dalam keadaan kabur, jari aku menggigil semasa tekan butang hijau.

"H...hello..."
suara aku serak. Sakit.

"Adreena?" suara Mu'az di hujung talian, sedikit risau. "Aku just nak tanya pasal kaki kau. Dah okay sikit ke?"

Aku tak mampu jawab. Cuma suara tangisan aku yang kedengaran.

"Adreena?" suara Mu'az berubah serius. "Kau okay tak ni? Asal kau nangis?"

Aku cuba buka mulut, tapi suara tersekat. Nafas aku semput.
Panik.

"Adreena.... jawab soalan aku. Kau kat mana sekarang?" suara dia makin cemas.

"D-dalam b-bilik... aku... aku t-tak b-boleh na-nafas..."

"Okay okay okay... dengar suara aku." Suara Mu'az jadi perlahan, tenang. "Fokus pada arahan yang aku nak bagi. Boleh?"

Aku tak balas. Tapi aku cuba.

"Tarik nafas... perlahan... satu, dua, tiga. Hembus perlahan."

Aku ikut perlahan-lahan.

"Satu... dua... tiga... Hembus."

Dalam beberapa minit, tangisan aku makin perlahan. Nafas makin stabil.

"Dah okay ke?"

Aku angguk, walaupun dia tak nampak.

"Apa jadi sebenarnya?"

Aku pandang komputer riba yang masih tertutup di depan aku. Kotak hitam di sebelahnya.

"Muaz..." suara aku serak. "Aku rasa... ada orang tahu aku simpan kotak tu."

Sunyi seketika di hujung talian.

"... Memang pun. Ingat tak semalam kat Qahwa Cafe, ada satu pelanggan lelaki yang berkemeja hitam kemas? Lelaki tu ialah salah seorang yang ditugaskan untuk intip kau."

"Macam mana kau tahu?", tanyaku.

"Bodyguard aku bagitau. Dorang nampak lelaki tu keluar dari Qahwa Cafe pastu naik kereta Audi warna putih. Nombor plate DP 7. Nombor plate tu, budak-budak Dark Phantom je guna. And aku rasa, bapak kandung kau tengah cari kau. So, be ready."

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience