Bab 14

Thriller Series 1109

"MASIH tak mahu buka pintu?"tegur suara dari luar.

Abang Zul mengetap bibir.Di luar ada,di dalam pun ada.Ke mana dia mahu lari lagi?Ya ALLAH,semua bacaan ayat suci lesap dari kotak ingatannya.Lidahnya bergetar.Begitu juga dengan seluruh tubuhnya.Namun begitu,dia menggagahkan dirinya untuk keluar dari kancah permainan iblis ini.

Dia mengatur langkah ke pemain VCD dan bertindak memasang cakera padat bacaan ayat kursi.Jika dia sendiri tidak berdaya untuk membacanya,maka dia akan menggunakan kaedah lain.Dia bersyukur kerana rumahnya dipenuhi dengan CD yang memuji keagungan ALLAH.Dia mendapat pengajaran yang besar dua tahun lepas.

Dan sekarang ia berulang kembali.

"Ayah dah tak sayang Ariana?"Suara kanak-kanak itu menyapa dari muka pintu bilik tidur.

Allahuakbar...dia tersekat di tengah-tengah.Sebenarnya dia sudah tidak kuat untuk menghadapinya sendirian tetapi dia kuatkan imannya.Hanya gentar pada Maha Pencipta sahaja.

"Bukalah pintu ni.Dah tahu ke?"

Abang Zul cepat-cepat meletakkan cakera padat ke dalam alat pemain dan memasangnya dengan volume yang kuat.Biar iblis dan syaitan yang mengganggunya terusir.

"Ayah tak sayang Ariana!"tempik makhluk yang menyerupai Ariana itu.

Begitu juga dengan jelmaan Azlin di luar,terpekik terlolong.Bersahut-sahutan seperti anjing.

"Bukalah pintu ni!Bodoh!"

Daun pintu utama bergoncang kuat.Rumahnya bergegar bagaikan mahu runtuh sahaja.

Volume dikuatkan.Biar makhluk-makhluk laknatullah ini mampus!Dia sudah tidak peduli.Bunyi amukan di luar rumah dengan tangisan di bilik benar-benar membuatnya lemas.Dia serik apabila diganggu sekali lagi.Bagaimana agaknya nasib enam sekawan itu sekarang.Hatinya dirundung kebimbangan.

Kesunyian menyelubungi.Hanya bunyi cengkerik yang berbunyi di luar rumah.Pintu sudah tidak bergoncang lagi.Suara persis Ariana juga sudah tiada.Abang Zul mengatur langkah berhati-hati ke bilik dan memang benar jelmaan Ariana sudah senyap.Sejak dari petang tadi dia ditemani dengan jelmaan anak dan isterinya.

Terbayang-bayang di mata bagaimana anehnya senyuman di bibir Azlin selepas Isyak.Tidak banyak bercakap dan kerap merenungnya dengan tajam.Ariana juga begitu.Asyik menangis dan menjerit-jerit.Astaghfirullah,rupa-rupanya mereka bukannya manusia.

Jam sudah sudah menunjukkan pukul 4.15 minit pagi dan dia tiada mood untuk menyambung lena.Semangatnya bagaikan terbang sebentar tadi.Tubuhnya masih menggigil.Pagi kelak dia akan menghubungi Aniq atau Isyraf dan bertanya beberapa perkara ada perkara yang harus diberi pencerahan.

?????????? beralih ke kiri dan kanan.Dia tidak selesa.Badannya lencun dengan peluh.Dadanya terasa sesak.Terseksa untuk bernafas.Dia sudah sedar tetapi matanya tertutup tidak mampu dibuka.Dia berguling-guling dan akhirnya jatuh dari katil sehingga mengejutkan Fazziq dari tidur.

"Rul!"panggil Fazziq panik.

Dia menendang kain selimut dan meluru mendapatkan rakannya.Wajah Zarul pucat dan badannya sejuk seperti ais.

"Rul,kau okey tak ni?Ya ALLAH!"

Dia cuba menyedarkan Zarul.Dia menampar-nampar lembut pipi lelaki itu.Zarul tetap berguling-guling dan nafasnya berbunyi.Zarul sesak nafas.

Fazziq berlari ke bilik Aniq dan Isyraf.Pintu diketuk bertalu-talu.Dia menjerit-jerit memanggil nama mereka.Zarul harus dibawa ke hospital dengan segera!

Aniq membuka pintu dengan muka mamai.Dia memandang Fazziq dengan pandangan kosong.Separuh jiwa masih terperangkap di alam mimpi.

"Zarul...Zarul!"

"Kenapa ni?"

"Zarul sesak nafas!Kita kena bawa dia ke hospital cepat!"

"Hah?"Terbeliak mata Aniq.

Dia berlari ke bilik hadapan dan mendapatkan Zarul yang sudah tidak sedarkan diri.Isyraf yang terperanjat terus bangkit dari tidur dan tercegat di muka pintu bilik Fazziq dan Zarul.Dia tercengang.

"Tolong ambilkan kunci kereta aku."arah Aniq.

Isyraf berlari masuk ke bilik dan mencapai kunci kereta yang terletak dia atas meja belajar.

"Ziq,kau ikut aku!"pinta Aniq.

Kemudian kedua-duanya memapah Zarul masuk ke kereta.Dalam sekelip mata,kereta itu lenyap di balik kegelapan.

Isyraf serba tidak kena di ruang tamu.

"Kenapa Isyraf?"soal Ganesh yang baru tersedar dari tidur.Dia tercegat di muka pintu dengan wajah hairan.Entah bila dia tertidur pun dia tidak ingat.

Isyraf bergegas mendapatkan Ganesh dan menceritakan apa yang telah berlaku.Berkerut-kerut muka Ganesh mendengarnya.Xiao pula sekadar mendengar dari atas katilnya.Patutlah riuh semacam bilik sebelah.

"Tunggu dia orang ????????."ujar Isyraf selepas Ganesh bertanya tentang keadaan Zarul.

Ganesh,Xiao dan Isyraf melepak di ruang tamu selepas itu.Masing-masing tenggelam dalam fikiran sendiri.Menanti berita daripada Aniq dan Fazziq.Apa agaknya yang menyebabkan Zarul tiba-tiba sesak nafas seperti tadi.Sedangkan mereka arif dengan tahap kesihatan Zarul.Lelaki itu tidak menghidap asma.

Resah menunggu berita yang tidak sampai-sampai.Terukkah keadaan Zarul sehingga Aniq dan Fazziq tidak menghubungi mereka.

???????????? dan Aniq menunggu di luar bilik doktor.Doktor dan beberapa orang jururawat sedang merawat Zarul yang pengsan.Dua sahabat itu senyap membisu.Tiada mood untuk berbual.

"Eh?"Fazziq mengengsot ke sebelah Aniq.

"Kenapa Ziq?"tanya Aniq,bingung.

Fazziq memandang ke tempat yang sama sekali lagi dan benda itu sudah hilang.Aniq terpinga-pinga menanti penjelasan.

"Kau nampak apa?"tanya Aniq lagi.Semacam sahaja reaksi Fazziq.

"Tak ada apa-apa."bohong Fazziq sambil menelan liur.

Tekaknya terasa kering.Dia berpeluk tubuh dan bersandar ke dinding.Cuba menyembunyikan ketakutan yang dirasai sebentar tadi.

Aniq tidak mahu bertanya dengan lebih lanjut.Daripada duduk,dia berdiri dan berjalan mundar-mandir di hadapan bilik doktor yang sedang merawat Zarul.Lama dia merenung pintu bilik itu.

"Bimbang pulak aku tengok Zarul.Dia sesak nafas ke macam mana?"tanya Aniq.Dia memandang Fazziq tidak berkelip.

Fazziq mengangguk perlahan.

"Kau rasa semua ni ada kena-mengena dengan aktiviti kita tu ke?"

Soalan Aniq sukar untuk dijawab.Fazziq juga tidak tahu.Mukanya berubah serta-merta.Gelisah dan serba tidak kena.

"Kenapa Ziq?"soal Aniq lagi.

Bertubi-tubi pertanyaan dari Aniq.Sejak tadi dia nampak Fazziq gelisah.Entah apa yang sedang bersarang di kepalanya.

Fazziq menggeleng-geleng.Dia juga tidak banyak bercakap.Berbeza dengan sikapnya yang sebenar.Sebenarnya dia tiada mood untuk bercakap dengan sesiapa pada waktu itu.Sempat dia melirik jam di tanggannya.Tidak lama lagi waktu subuh akan tiba.

Aniq merenung Fazziq dengan penuh tanda tanya.Lain macam betul perangai Fazziq pada pagi itu.Panggilan telefon daripada Isyraf membantutkan niatnya untuk terus bertanya.

"Ha,waalaikumussalam Isyraf.Belum lagi,dia masih dalam bilik doktor.Insya-ALLAH dia okey."

Fazziq memejamkan mata buat beberapa saat.Fikirannya kusut dan perasaannya berkecamuk.Sepasang bahunya bagaikan terbeban dengan batu ratusan kilogram.Berat!

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience