Bab 1

Thriller Series 1109

"DUNIA mistik?"soal Ganesh sambil membesarkan mata seolah-olah tidak percaya.

Isyraf dan Aniq mengangguk laju.Berharap supaya cadangan mereka diterima oleh rakan-rakan mereka.

"Tapi nak buat apa pergi sana?Tak bahaya ke?"soal Ganesh,bimbang.Dia mengerutkan muka dan kerisauan jelas terukir di wajahnya.

Isyraf tergelak.

"Mana ada bahayalah Ganesh.Dunia mistik aje bukannya kandang harimau."ujar Isyraf,berseloroh.

Ganesh mencebik.Siapa kata dunia mistik tidak bahaya?Getus hatinya.

Zarul menjongket bahu.Dia tidak mempunyai masalah jika pergi ke sana.Teringin juga hendak melihat sendiri dunia makhluk ghaib seperti itu.Manalah tahu ia menarik seperti apa yang divisualkan di dalam filem-filem seram Thailand.

"Kau orang macam mana?Berminat nak pergi tak?"tanya Aniq.

Wajah Fazziq,Zarul dan Xiao diperhati seorang demi seorang.Mereka bertiga ini tidak banyak bunyi seperti Ganesh.Mungkin mereka bertiga juga berminat untuk ke dunia tersembunyi itu.

Xiao dan Fazziq mengangguk.

"Boleh jugak."ujar mereka serentak.

"Kau?"soal Isyraf sambil memandang Zarul.

Akhirnya Zarul mengangguk.

"Nice!"balas Aniq dan Isyraf serentak bertepuk tangan.

Kini tinggal Ganesh sahaja.Jika lelaki ini bersetuju maka lengkaplah korum mereka untuk ke sana lusa nanti.

Mata tertancap pada Ganesh.

"Kau orang pasti ke tempat tu selamat?Aku selalu tengok hantu makan orang tau."omel Ganesh.

"Kau selalu tengok kat mana?"tanya Xiao.Bibirnya tersengih lebar.

"Dalam filemlah dey.Takut ooo..."

Tawa rakan-rakannya terburai.Jawapan Ganesh memang terbaik.Badan sado tetapi dalam hati ada taman.Mulut Ganesh muncung lagi.Ketawalah sepuas hati,jika dikejar hantu betul-betul baru tahu!

"Dongeng aje semua tu.Kita ni lelaki sejati,hati mau kental beb."usik Fazziq.Dia mengangkat-angkat lengannya dan berlagak seperti ahli bina badan.

"Sudahlah kau Fazziq.Badan kering ada hati nak jadi sado macam aku."balas Ganesh memulangkan paku buah keras.

Tawa rakan-rakannya terhambur lebih kuat.Apabila Ganesh dan Fazziq beradu tenaga memang tidak kering gusi mereka.Jika dua sahabat ini menyertai pertandingan maharaja lawak pasti menjadi peserta pilihan para juri.

"So,Ganesh macam mana?"soal Aniq masih tidak berputus asa.

Ganesh wajib menyertai pengembaraan mereka ke dunia mistik kerana mereka sentiasa berenam sekiranya hendak ke mana-mana.

Ganesh terdiam.Kalau diikutkan hati memang dia tidak ingin menyertai aktiviti yang tidak berfaedah seperti ini.Namun apakan daya,dia tidak mahu dicop sebagai pengecut.Mahu tidak mahu dia harus bersama-sama lima lagi rakannya untuk ke sana.

"Okey,okey!"Akhirnya kata persetujuan terlafaz dari mulut Ganesh.

Rakan-rakannya bersorak gembira terutama Aniq dan Isyraf.Mereka berdualah yang telah merancang aktiviti berani mati ini.Mereka tahu Zarul,Fazziq dan Xiao merupakan peminat paranormal sama seperti mereka.

"You're the man!"puji Xiao diselang-seli dengan tawa yang masih berbaki.

"Kau orang tahu dari mana pasal ni?"soal Zarul selepas keadaan kembali terkawal.

Dia menggoyang-goyangkan mug berisi air kopi suam dengan perlahan-perlahan.Sengaja dia melarutkan serbuk kopi yang termendap di lantai mug.

Aniq berbalas pandangan dengan Isyraf.Dua pemuda Melayu Sarawak itu kemudiannya mengangguk seolah-olah bersetuju tentang sesuatu.

"Kita orang berkawan baik dengan Abang Zul.Dialah yang akan bawa kita ke sana nanti."jelas Isyraf sambil tersenyum.

"Abang Zul tu siapa?"tanya Xiao penuh minat.Dia mendorongkan tubuhnya ke hadapan sedikit dan merenung tepat ke muka Isyraf.

Isyraf mengatur duduk.

"Abang Zul ni perantaralah kiranya.Dia ni selalu bawa orang masuk ke dunia bunian dan sewaktu dengannya dulu."

"Dulu?Sekarang dia dah tak bawa orang pergi situ
lagi ke?"soal Ganesh mula tidak sedap hati.

Mungkin Abang Zul sudah bersara dari membuat kerja-kerja sebegini.

"Dia dah stop buat kerja ni sebab dia busy dengan perniagaan dia."jawab Aniq.Dia tidak mahu Ganesh menjadikan hal ini sebagai alasan untuk tidak ke sana kelak.

"Aku dengan Isyraf yang pujuk dia supaya bawa kita ke sana tau.Dia setuju sebab kita orang ni kawan-kawan dia."ujar Aniq menambah.

Masih teringat dengan jelas bagaimana Abang Kipli serba salah mahu menyatakan persetujuannya.Alasannya,dia tidak mahu bertanggungjawab dengan apa yang mungkin berlaku ke atas Aniq,Isyraf dan rakan-rakan mereka.Dunia mistik ini bukannya seindah tapak pesta yang menjadi kegilaan anak-anak muda.

"Sampai berpujuk ke?Macam tak best aje aku dengar."celah Ganesh lagi.

Dia memang tidak berapa setuju dengan idea rakan-rakannya untuk menerokai alam mistik.Macamlah tidak ada tempat lain yang mahu dituju.Lebih baik mereka menghabiskan cuti seminggu ini dengan aktiviti yang lebih menarik.Ataupun melepak di rumah sambil bermain permainan video,itu lebih menarik.

Fazziq menggeleng-geleng.Ganesh memang seorang yang sangat berhati-hati sebelum melakukan apa-apa.Malah terlebih berhati-hati pula.

"Ganesh,kau takut eh?"usik Fazziq.

"Mana ada."

"Ala...mengaku ajelah Kalau berani,kau takkan banyak songeh."

Ganesh menghadiahkan jelingan maut kepada Fazziq.Rakannya ini memang suka mengusiknya dan suka menggelarnya penakut.

"Aku siku jugak kau ni Fazziq."balas Ganesh menunjuk penumbuknya.Cermin matanya bergerak-gerak kerana hidungnya sudah kembang kempis.

Fazziq menjelir lidah.Dia ketawa terbahak-bahak.Satu kemenangan kerana telah berjaya membuat Ganesh marah.Zarul dan Xiao tersengih-sengih.Tidak habis-habis,bagaikan anjing dengan kucing.

"So,bila nak pergi?"soal Ganesh,tidak sabar.Sengaja dia menunjukkan kesungguhannya untuk mengajar lelaki nakal bernama Fazziq ini.

Fazziq membesarkan mata sebagai tanda kagum.Hebat betul rakannya ini,sungguh berani!Belum sempat dia mahu mengusik Ganesh,Isyraf bersuara.

"Lusa.Kita jumpa dengan Abang Zul dulu petang esok.Ada benda yang dia nak bincang dengan kita sebelum ke sana."jelas Isyraf.

"Nak ke tempat macam ni ada pantang larangnya.Tak boleh nak main serbu aje."sokong Aniq.

Yang lain mengangguk faham.Tiba-tiba rasa tidak sabar pula mahu bertemu dengan Abang Zul.Pasti banyak cerita yang mereka boleh kongsi petang esok.Semangat paranormal berkobar-kobar di hati masing-masing kecuali Ganesh.

Malam itu,Ganesh lebih banyak mendiamkan diri dan termenung di atas katil bujangnya.Tingkah lakunya itu disedari oleh rakan sebiliknya,Xiao.Dia tahu pasti fikiran Ganesh melayang memikirkan dunia mistik yang bakal mereka terokai kelak.Tergambar kebimbangan pada wajah lelaki berkulit hitam manis itu.

"Kau fikir pasal tempat yang kita nak pergi nanti ke Ganesh?"

Ganesh tidak memberi apa-apa respons.Soalan Xiao dibiarkan tidak berbalas.Jauh benar fikirannya menerawang.

Xiao hanya mampu tersenyum.Membiarkan rakannya itu tenggelam dalam kata hati sendiri.Petang esok mereka akan berjumpa dengan Abang Zul dan berbincang tentang apa-apa yang patut.Khabarnya lelaki itu akan datang bertandang ke rumah sewa mereka.

Xiao menepuk-nepuk bantal,bersedia untuk tidur.

"Dah nak tidur ke?"soal Ganesh tiba-tiba.

"Hmm..."balas Xiao ringkas dengan mata yang tertutup separuh.Sudah hampir menuju ke alam mimpi.

"Awalnya?Borak-boraklah dengan aku dulu."ajak Ganesh.

Xiao mengetap bibir.Waktu-waktu beginilah si Ganesh mahu mengajaknya berborak.Semasa dia celik tadi tidak pula pertanyaannya dilayan.

"Awal apanya,cuba kau tengok jam tu dah pukul berapa?"arah Xiao.Telunjuknya diarahkan ke dinding.

Sudah pukul 12.00 tengah malam.Walaupun esok sudah bermulanya cuti selama seminggu tetapi matanya sudah mengantuk.Tiada mood mahu berbual dengan Ganesh.Matanya sudah tertutup sepenuhnya.Dengkuran kecil mula kedengaran.

Ganesh mengeluh.Rakan sebiliknya sudah tidur.Entah mengapa malam itu matanya tidak mengantuk.Selalunya pukul 11.00 malam dia sudah terbongkang di atas katil bujangnya.Akhirnya dia bangkit bangun dan mengatur langkahnya ke ruang tamu yang sunyi.Semuanya sudah beradu di dalam bilik masing-masing.

Cakera padat The Conjuring yang tersadai di atas kabinet televisyen menarik perhatiannya.Filem seram itu merupakan filem seram kesukaannya.Sudah beberapa kali dia mengulang tonton filem itu dan tidak pernah berasa jemu.Namun selepas mengetahui mereka akan ke dunia mistik,hatinya menjadi tidak tenteram.

Mungkin dia yang berfikir bukan-bukan.Dia memang begini sejak azali.Sebelum melakukan apa-apa dia banyak berfikir dan keliru dengan kata hati sendiri.Kerana siakpnya dia sering dilabel sebagai pengecut sejak di zaman persekolahan lagi.Dia bukannya seorang lelaki yang penakut,dia hanya seorang yang terlalu berhati-hati sebelum memutuskan untuk membuat sesuatu perkara.

Suara kucing-kucing jantan yang bercakaran di luar memeranjatkannya.Dia mengurut-urut dadanya.Jika Fazziq ada di situ pasti dia akan menjadi bahan lawak rakannya itu.Siapa yang tidak kenal dengan perangai Fazziq yang gila-gila.Dialah yang sering menjadi mangsa usikan Fazziq.Sakit hati betul!

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience