ABANG Zul cepat-cepat menutup pintu kereta apabila Zarul seperti mahu menerkamnya.Mata Zarul sudah merah seperti biji saga.Bibirnya pucat biru sewarna dengan kuku tangannya.Abang Zul akan terus membaca ayat Kursi dan menghembuskannya ke patung itu sehingga iblis itu meninggalkan tubuh Zarul.
Yang lain panik menyaksikan kejadian itu.Mata mereka terbuka luas tatkala melihat Zarul yang menggelepar di dalam kereta.Dia kepanasan dan mahu keluar dari situ.Namun setelah bergelut dengan kepanasan selama 10 minit,akhirnya ia keluar dari tubuh Zarul.Pemuda itu terjelepok di atas kerusi.
Abang Zul membuka pintu dan mengarahkan Ganesh masuk untuk memangku kepala Zarul.Mereka akan berpatah balik dan menghantar Zarul ke rumah Haji Hamid.Keadaan Zarul tidak mengizinkannya untuk bersama-sama ke sana.Walaupun sepatutnya mereka bertujuh yang harus bersama-sama mengembalikan patung itu.
Abang Zul memecut kereta untuk ke rumah Haji Hamid.
Haji Hamid merenung muka Zarul yang terbaring.
"Dah banyak kali dia dirasuk?"tanya Haji Hamid.
Lima sekawan itu mengangguk-angguk.Sejurus selepas itu,Abang Zul memberi kotak kecil berisi patung itu kepada Haji Hamid.Biar orang tua ini sendiri yang melihatnya.Mungkin Haji Hamid boleh melihat dengan lebih terperinci.
Lama Haji Hamid membelek patung itu.
"Patung ini kepunyaan seorang wanita yang mati bunuh diri beberapa tahun yang lepas."jelas Haji Hamid.
"Mati bunuh diri?"soal Isyraf ternganga.
"Tapi macam mana boleh ada kat dunia sana?"tanya Aniq kebingungan.
Haji Hamid senyum.
"Wallahualam.Saya pun tak tahu.Cuma wanita tu bunuh diri dengan cara yang sungguh dahsyat."
"Macam mana dia mati Bang Aji?"soal Abang Zul berminat untuk tahu.
Haji Hamid mengatur duduk.Dia memandang Zarul beberapa saat.
"Dia sembelih diri sendiri.Dia fikir dengan cara itu dia dapat bebas daripada semangat patung ini.Patung ni dia jumpa dan bawa balik.Patung ni antara yang paling kuat sumpahannya sebab dah dijampi dengan ilmu hitam.Mengganggu keimanan sampai orang itu bunuh diri."cerita Haji Hamid.
Fazziq menyilang lengan.Meremang bulu romanya.Dia yang telah membawa patung itu pulang tetapi dia tidak mahu menjadi seperti wanita itu.Dia tidak mahu imannya hancur dengan membunuh diri.
"Dalam kes Zarul,dia akan gunakan tubuh Zarul sampai lunyai.Tak apa,saya akan rawat dia.Dia akan sembuh dengan izin ALLAH."ujar Haji Hamid.Itu janjinya.
"Cuma apa yang saya pelik,kenapa Zarul yang kena?Kenapa bukan Fazziq,tuan aji?Sebab Fazziq yang bawa balik patung ni."tanya Ganesh.Sengaja mahu menyindir Fazziq.
Haji Hamid tersenyum tawar.
"Mungkin semangat Zarul lemah."jelas Haji Hamid.
Ganesh dengan yang lain mengangguk faham.
"Baik kau orang pergi hantar patung ni cepat.Buat sepantas mungkin.Jangan lama-lama kat sana,bahaya!"ujar Haji Hamid memberi amaran.
Sementara hari masih pagi,eloklah jika mereka berenam menyelesaikan misi ini secepat mungkin.
Abang Zul mengangguk.Dia bingkas bangun dan berlalu ke kereta selepas bersalaman dengan Haji Hamid.Fazziq dan Xiao bersama-samanya manakala Isyraf dan Ganesh satu kereta dengan Aniq.Zarul yang tidak sedarkan diri akan dijaga oleh Haji Hamid dan keluarganya.Apa yang penting sekarang ialah memulangkan patung berpuaka itu ke tempat asalnya.
Haji Hamid duduk bersila di sisi Zarul.Tapak tangannya menyentuh dahi Zarul buat beberapa minit.Kecederaan di leher turut diperiksa.Ianya merah dan mula kebiruan.Abang Zul harus memulangkan patung itu secepat mungkin sebelum keadaan Zarul semakin melarat.Dia memohon doa supaya keselamatan Abang Zul bersama lima lagi pemuda itu terjaga.
Selepas memastikan patung selamat berada dalam beg sandang Fazziq,Abang Zul menghidupkan enjin dan memandu keretanya pergi dari perkarangan rumah Haji Hamid.
Xiao yang duduk di belakang mengurut-urut bahu kiri yang sengal.Memang kuat Zarul memeluk bahunya tadi.Macam terseliuh pun ada.
"Xiao,okey?"tanya Abang Zul.
"Okey,bang."ujar Xiao.
Padahal tulang bahunya terasa mahu patah sahaja.Lepas selesai urusan ini,dia akan ke klinik untuk membuat pemeriksaan.Paling tidak pun dapat pain killer.
"Pasal perempuan yang bunuh diri tu..."
Fazziq tidak menghabiskan kata-katanya.Dia diserang rasa takut selepas mendengar cerita Haji Hamid.Dia tidak mahu kehidupannya berakhir seperti wanita itu.
"Lepas settle urusan ini,kita akan dengar cerita dengan lebih detail dari Haji Hamid."ujar Abang Zul sebagai menjawab kata-kata Fazziq.
Fazziq mengangguk lemah.Kisah tragis wanita itu telah berjaya membuatkannya hilang semangat.Dia yang terkenal dengan sifat prankster selama ini mula menjadi pendiam dan penuh dengan kebimbangan.
"Jangan risau.Lepas hantar,insya-ALLAH semuanya akan okey seperti sediakala."pujuk Abang Zul.
"Langit macam mendung je."ujar Isyraf mengintai langit.
Cuaca cerah semakin merangkak ke mendung.Susah hati pula dia.
"Kau perasan tak banyak dugaan nak hantar patung tu?"tanya Ganesh.
Isyraf memandang Aniq yang sedang memandu.Rakannya itu hanya mampu mengukir senyuman pahit.Perjalanan mereka pada pagi itu penuh dengan onak dan duri.Berliku-liku tetapi misi itu harus diselesaikan secepat mungkin.Mereka harus menamatkan apa yang mereka mulakan walaupun ianya berpunca dari Fazziq.
Sekarang mungkin cuaca tidak menyebelahi mereka.Hanya doa yang mereka titipkan.Kereta Abang Zul yang berhenti secara mendadak membuatkan pemanduan Aniq tidak terkawal.Mujur dia sempat mengelak kereta Abang Zul dan memberhentikan keretanya ke bahu jalan.Depan sedikit daripada kereta Abang Zul.
"Kenapa bang?"soal Aniq selepas meluru keluar dari kereta.
Dia mengintai keadaan Abang Zul dan dua lagi rakannya.
Cermin tingkap diturunkan.Muka Fazziq pucat lesi.Bibirnya bergetar.
"Kenapa ni?"soal Aniq sekali lagi.
Ganesh membuka pintu belakang dan melihat Xiao yang seperti orang bingung.Lelaki itu tersandar di kerusi dengan mata yang menghala ke hadapan.
Abang Zul mencapai telefon bimbitnya yang berada di atas dashboard dan menelefon Haji Hamid.
"Assalamualaikum Bang Aji,Zarul macam mana?"
Selepas berbual di telefon dengan Haji Hamid selama beberapa minit,dia akhirnya mematikan talian.Dia memandang Aniq yang terkulat-kulat sejak tadi.Manakala Ganesh dan Isyraf tercegat di sisi pintu belakang yang terbuka.
"Tadi Zarul ada dalam kereta ni.Kat sebelah Xiao."cerita Fazziq sebelum Abang Zul memulakan bicara.
"Haa?"jerit Aniq,Ganesh dan Isyraf serentak.
"Zarul kan ada dengan Haji Hamid."tegas Isyraf.
"Tak mustahi bro."ujar Ganesh pula.
Baginya selagi patung itu dipulangkan,selagi itu kejadian-kejadian misteri terus berlaku.
"Okey,cuba cerita dengan lebih detail."pinta Aniq.
Permintaan Aniq itu direalisasikan Fazziq.Dia membuka pintu dan menyusup keluar.Dia berdiri di sebelah Aniq dan memulakan ceritanya.
"Tadi masa kita orang bercakap pasal Zarul,dia tiba-tiba muncul kat belakang.Duduk sebelah Xiao sampailah Abang Zul berhentikan kereta.Sekarang dia dah tak ada."ujar Fazziq dengan panjang lebar.Sesekali matanya mencuri pandang ke tempat duduk belakang.
Ganesh dan Isyraf menelan liur.Okey,ini memang menyeramkan.
"Dia masih kat sini geng."kata Xiao.Dia menurunkan pandangannya ke lantai kereta.Seolah-olah tidak berani memandang keluar.
Abang Zul mengunci mulut.Ya,dia turut merasai kehadiran jelmaan Zarul di situ.Perjalanan untuk ke destinasi yang dituju masih jauh tetapi gangguan sudahpun bermula.Ini kerana patung berpuaka itu masih bersama mereka.
"Dia berdiri kat sana."ujar Abang Zul perlahan.Separuh berbisik.
Ganesh,Isyraf,Aniq dan Fazziq serentak memandang ke hadapan.Di seberang jalan adalah kawasan yang dipenuhi semak-samun dan berhutan.Berdiri bulu roma mereka.Tiada sesiapa pun yang menyapa pandangan mereka kecuali dedaun yang menghijau.
Xiao mengetap bibir.Dia seorang diri di dalam kereta.Tidak berani bergerak ke mana-mana.Pandangan Zarul terpaku tepat pada dirinya dari seberang jalan,di samping semak yang merimbun.
Suasana menjadi hening seketika.Tiada bunyi unggas atau apa-apa pun.Sunyi yang teramat.Pandangan Abang Zul menghala ke tempat di mana Zarul sedang berdiri.Ya,itu bukan Zarul kerana Zarul yang sebenar masih pengsan di rumah Haji Hamid.Itu cumalah jelmaannya sahaja.
Abang Zul tidak mudah melatah.Dia terus-terusan beristighfar dan meminta Fazziq masuk ke dalam kereta semula.Perjalanan akan diteruskan.Apa-apa pun yang terjadi selepas ini,dia akan terus menguatkan semangat.
Fazziq memeluk erat beg sandangnya.Tidak mahu patung itu terlepas ke mana-mana.Nanti menjadi satu hal pula mereka mencari patung yang hilang.
Tiba-tiba ada sesuatu melanggar kereta.Serta-merta kereta diberhentikan.Fazziq terhentak ke dashboard dan Xiao pula terhentak ke kerusi hadapannya.Abang Zul pula hampir-hampir tersembam ke stereng.
"Kenapa bang?"tanya Fazziq dan Xiao,panik.
Abang Zul menoleh untuk memeriksa keadaan Aniq,Isyraf dan Ganesh di belakang.Syukur mereka okey.Aniq sempat memberhentikan kereta sebelum ia sempat mencium belakang kereta Abang Zul.Kalau tidak,sudah pasti sudah berlaku kemalangan.
"Ada benda melanggar kereta tadi."balas Abang Zul selepas beberapa ketika.Dia masih tercengang.Tangannya masih memegang stereng.
"Nak saya check?"tanya Fazziq bersedia untuk membuka pintu.
Abang Zul menggeleng.Dia berasa tidak sedap hati.
"Tunggu.Jangan keluar."ujar Abang Zul.
Jari-jemari Fazziq melepaskan pintu secara perlahan-lahan.Dia menuruti arahan Abang Zul.Sebenarnya dia sudah serik.Akibat tidak mendengar kata,dia dan mereka semua telah ditimpa musibah.
"Jangan keluar.Duduk dalam kereta."arah Abang Zul di dalam talian.
Dia menelefon Aniq sebelum pemuda itu keluar.
Share this novel