Bab 41

Thriller Series 1109

JERITAN yang sangat dahsyat di langit membuatkan jantung mereka bagaikan mahu gugur.Bersahut-sahutan bagaikan lolongan anjing.Alisya juga semakin galak ketawa mengejek.Semakin kuat dia memaki dan meronta-ronta.

"Mati!"pekik Alisya.

Muka dan tubuhnya lencun dengan peluh.Dirinya yang sebenar sudah lama keletihan tetapi jasadnya terus dipaksa untuk bergerak.

"ALLAH bang,macam mana ni bang?"soal Daniel berkali-kali.Dia sudah letih.

Abang Zul menadah tangan.Dia memohon doa dari ALLAH.Membaca ayat Kursi dan meniupnya kuat-kuat ke muka Alisya.Menggelepar gadis itu bagaikan disiram air panas mendidih.Abang Zul mengulangi proses itu sehingga Alisya terkulai layu di riba Sophian.

"Patah balik sekarang!"arah Abang Zul sambil membantu memapah Alisya yang sudah lembik.

Mereka berlari-lari anak tetapi bingung kerana arah yang tiba-tiba berubah.Pokok besar sudah tiada.Tiada apa-apa kecuali padang dengan permukaan yang merekah.Jadi di mana arah untuk keluar dari situ?

"Kita ikut jalan ni."beritahu Abang Zul sambil menunjuk ke kanan.

Ada tiga jalan di hadapan mereka.Tersilap pilih bahana yang muncul.

Naluri Abang Zul betul.Mereka akhirnya menemui rumah usang itu.Mereka mempercepatkan langkah untuk ke situ.Entah kenapa terasa ada sesuatu yang sedang membontoti langkah mereka dari belakang.

Daniella menoleh.Dia menggigil teruk.Wanita tinggi lampai yang sama sedang melayang-layang di udara.Kain putihnya yang menutupi seluruh bahagian kaki meleret hingga ke bawah.Menyentuh jalan yang kotor.

Mereka berlari memasuki rumah usang itu.Daniella menghempas pintu dengan kuat.Iblis itu ada di luar.

Dugaan lain pula yang menimpa ketika mereka di dalam.Ada seorang lelaki bertubuh kurus kering seperti anoreksia sedang menjilat-jilat lantai rumah dengan penuh nikmat.Merangkak-rangkak seperti binatang.

Abang Zul memberi isyarat diam.Dia bergerak perlahan-lahan ke tepi dinding dan mengarahkan supaya mereka membuat benda yang sama.Abang Zul memberhentikan langkah ketika lelaki kurus itu berhenti menjilat.Dia perlahan-lahan mengangkat muka dan kepalanya berpusing 90 darjah lalu berhenti tepat pada Abang Zul dan yang lain.

Hidung tirusnya kembang kuncup.Dia menghidu bau darah.Bebola matanya bergerak dan tertancap pada Daniella.

"Ya ALLAH..."bisik Daniella ketakutan.

Abang Zul tahu ada yang tidak kena apabila makhluk itu memandang Daniella.Dia merenung Daniella seperti mahu menelannya hidup-hidup sahaja.

"Maaf abang terpaksa tanya.Awak period ke?"

Daniella mengangguk dengan muka merah padam.Abang Zul mengeluh berat.Dia sudah berpesan jika datang bulan tidak digalakkan datang.Risikonya sangat tinggi.

"Awak cakap tak."ujar Daniel tidak puas hati.

"Saya pun nak join aktiviti ni.Sorrylah."balas Daniella perlahan.Dia bertambah malu.Dia terpaksa berbohong kerana sudah sampai ke Sarawak.

"Bila?"tanya Daniel lagi.

"Semalam."bisik Daniella.Ah banyak tanya pula si Danny ni!Kulit mukanya merah bagai udang kena bakar.

"Syy..."Abang Zul menyuruh mereka senyap.

Makhluk itu masih merenung tajam ke arah Daniella.Lidah hitamnya terjelir keluar dan berlendir-lendir.Dia menjilat bibirnya sendiri.Daniella berbau darah.

Daniel menarik Daniella dan meletakkan gadis itu di belakangnya.Dia akan melindungi teman wanitanya itu.Alisya pula sudah sedar tetapi masih lemah.Masih tidak mampu berdiri dengan kaki sendiri.Tenaganya sudah kehabisan ketika dirasuk.

"Pegang Alisya,lepas abang azan terus bawa Alisya keluar dari sini."pesan Abang Zul.Sudah tiada masa untuk dibazirkan lagi.

Sejurus kemudian,azan berkumandang di tengah-tengah rumah itu.Mengejutkan semua makhluk ghaib yang menghuni alam itu.

Sophian dan Iman segera memapah Alisya keluar seperti yang diajar oleh Abang Zul.Daniel dan Daniella mengekori dari belakang.Tinggal Abang Zul seorang di dalam rumah itu.Mengalunkan azan hingga ke puncak.

Di luar suasana membiru mengganggu penglihatan.Langkah diatur penuh hati-hati kerana bimbang akan meruntuhkan beranda dan tangga untuk turun ke bawah.Semuanya sangat rapuh.

"Abang Zul macam mana?"tanya Iman panik.

"Tu!"jerit Daniella tatkala melihat Abang Zul berlari menuruni tangga.

Muka Abang Zul cemas semasa berlari menghampiri mereka.

"Cepat!Cepat!"arahnya.

Mereka berlari ke lokasi terletaknya pintu keluar.

ALISYA direbahkan di riba Daniella.Mereka sudah keluar dan kembali ke kereta masing-masing.Abang Zul akan membawa mereka ke rumah Haji Hamid untuk mengubati Alisya.Semangat gadis itu harus dikembalikan.Kali ini,kedatangannya ke rumah Haji Hamid tidak bertelefon terlebih dahulu.

Alisya menangis teresak-esak di sepanjang perjalanan.Hatinya menjadi hiba secara tiba-tiba.Daniella mengesat air mata Alisya sejak berada di dalam kereta.Habis basah seluar jean hitamnya disebabkan Alisya.

"Siapa Haji Hamid bang?"tanya Iman.

"Dia pandai mengubat orang."jawab Abang Zul sambil memandu.

"Jauh lagi?"

"Dalam 10 minit lagi sampailah.Awak pun akan berubat dengan dia sekali."

Iman ternganga.

"Saya?Kenapa?"

"Leher awak tu merah bukan merah biasa.Biar Haji Hamid sendiri yang explain nanti."jawab Abang Zul.

Iman mengangguk dan perlahan-lahan memandang ke hadapan.Bercakap pasal kecederaannya,ya memang berdenyut-denyut.Tidak kurang sedikit pun.Bukan merah biasa?Seram sejuk pula dia mendengarnya.

Daniella mengurut ubun-ubun Alisya.Esakan gadis itu semakin kuat.

"Tak sangka jadi macam ni."ujar Daniella seakan tidak percaya.

"Mujur tak ada apa-apa jadi kat awak tadi!"marah Daniel.

Daniella terdiam.Ya,memang salahnya.Dia tidak bercakap benar tentang dirinya yang sedang haid.Takkanlah dia mahu tinggal di hotel seorang diri sedangkan yang lain berseronok di dunia mistik.

Ah,okey.Tak adalah seronok sangat.Getus hati Daniella.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience